October 22, 2010

Pulun Kedah Pulun



Aduhh..tiba2 lak naik semangat bola sepak neh.
Kalo dulu 'kejor yop kejor'
tp skng dh tukar ke 'pulun kedah pulun'
yelah..almost 3years dok kedah kn..

Ok2, actually last saturday nite, aku n kwn2 pi Stadium Darul Aman
Tngok match Kedah vs Terengganu.
Ntah apa mimpi, tiba2 seronok nk pi.
Mmg berbaloi pn pi, Kedah menang 3-0
walawehh, best siott, meriah gila kt stadium
Penonton membanjiri stadium, mmg penuh la stadium mlm tu
Yelah, nk rebut tempat ke separuh akhir kn.

Dh lama sebenarnya aku tak jejak kaki pi stadium
Kalo dulu almost every week abah bwk pi Stadium Ipoh
tengok Perak lawan. Dpt lak dok kt grand stand, mmg dkt ngn pemain.
Bila final, sah2 sampai ke Bukit Jalil kami pi, konvoi lg ngn sepupu sepapat.
suma pakai kuning hitam jer..hehe

Smlm lak ada 'live' kt TV1 Kedah vs Kelantan
Separuh Akhir Pertama..
Aku dok dpn tv dr mula smpai habis match ngn shirt hijau kuning
but kecewa la sbb seri 0-0. Mcm ssh je nk menang kt Klntan nnt.
Tak pe la, tengok je la nnt k..!

 semangatnya kami??



October 09, 2010

Syawal Terakhir~



Aku tak tau macamana nk mulakan entry ni. Berat sgt tangan ni nk menaip, tapi demi utk abadikn kenangan2 juga detik2 terakhir dgn 'dia', aku gagahkan jugak. Hari ni 09/10/10, tepat jam 2.20am dan mata aku still tak mampu utk lelap. Mcm2 yg b'main dlm kepala. Assignments yg melambak, study, test, exam yg dh dkt sgt n yg paling menyesakkan kepala ni is kenangan2 lalu dgn 'dia'. Mcm tak percaya dgn apa yg dh jadi n rasa mcm mimpi. Bila aku bukak balik album gambar2 lama, aku semacam rasa yg 'dia' still hidup, sihat & ceria spt yg tertera dlm gambar2 tu. Whatever it is, aku tetap kena terima kenyataan yg 'dia' dah takda. 'Dia' dh pergi tinggalkan aku, tinggalkan keluarga, tinggalkan rakan2nya & tinggalkan semuanya utk menghadap Ilahi. Walau seberat apa pun dugaan ni, aku harus tetap kuat utk teruskn hidup tanpa 'dia'...

Imbas Kembali
01/10/10. Aku di Sg.Petani. Lebih spesifiknye, aku kt rumah one of my housemates. Bermalam kt sana demi utk belajar resepi puding cocktail yg paling sedap aku pnah rasa. Ye, berjaya menghasilkn puding cocktail tu utk majlis open house rumah ina. Meriah dgn hadirnya saudara mara ina juga rakan2 uitm. Terasa mcm rumah sendiri bila diri ke sana ke mari, sibuk tolong itu ini. Around 9.00pm, baru lengang rumah dgn tetamu. Aku mmg rasa sgt2 letih. Plan nk balik rumah sewa mlm tu jugak, tp sbb dh penat sgt, decide balik esok paginye. T'lelap dgn badan yg still melekit. Around 10.00pm, baru aku bangun mandi, then duduk2 dpn tv dgn alia. Hmpir pukul 12.00pm, aku masuk tdo. Habit sblm tdo, belek2 hp if ada any missed call or sms. Clear, then baru lelapkan mata. Aku set hp in silent mode. Yup, mmg tabiat aku silent kn phone b4 tdo taknak ada gangguan wktu tdo.

Tepat jam 5.00pg, aku tiba2 tersedar. Hati rasa tak tenang. Terus aku capai hp tepi bantal. '29 missed call, 5 new messages'. Pelik. Aku click butang call history. 29 missed call dr mak-abah-abang-pkah-maksu since 12.30am. 'hp aku ni rosak ker? nape bnyk sgt mscall mak ni'. Aku bukak inbox sms lak. Notification sms dr celcom, sms dr abg n satu lg dr kwn. Aku bukak sms dr kwn dulu. 'Takziah atas kehilangan adik kamu. Bnyak2 b'sabar'. Terasa mcm jantung ni direntap tiba2. Speechless. Aku tak tau apa yg patut aku buat masa tu. Mati akal. Aku toleh kiri, Lia lena. Toleh kanan, Diz pn lena. Serak2 suara aku kejut Lia tp Lia tak sedar. Diz tiba2 terjaga bila dgr suara aku menangis. Yg pasti bilik tdur tu tiba2 huru hara ngn suara aku. Suddenly ada call dr abg. Abg dh ada di Merbok. Nk jemput aku balik Perak. Aku tanya abg, apa dh jd? Tp abg mcm tergagap. Then abg kata 'dekmi accident, aku on the way nk ambik kamu'. Terus abg end call. Aku mintak ina hantarkan aku kat dpn Tesco Lagenda Height sbb abg tak tau jalan pi rumah ina. Sementara tggu abg sampai, aku call abah sbb tak puas hati dgn jwpn abg. Abah pn mcm gugup. Aku tanya apa dh jd dgn dekmi. Abah cakap, 'dekmi accident'. Aku tanya lagi, dekmi mcm mana sekarang?. Abah jawab, 'dekmi dah takda....' Then aku dgr abah teresak. Terus aku end call. Rasa mcm kena renjatan elektrik je. Aku tak percaya! Lia usap2 bahu aku. Sekali lg aku meraung. Aku meraung dlm kereta. Ina-Diz-Lia pn sama menangis.

Jam 7.15pagi aku sampai rumah dgn kereta kwn abg. Mak dh tunggu dpn pintu. Mata mak basah. Aku sndiri tak mampu nk cakap apa2. Mak Tam peluk aku. Mak Tam nangis. Aku terus hayun kaki masuk bilik. Teleku atas katil. Jam 9.00pagi, rumah dh penuh dgn saudara mara, org kampung, kwn2 abah, cikgu2 yg dtg ziarah juga utk sampaikn salam takziah. Abah, abg, ke hospital uruskan jenazah. Jam 11.30pagi, jenazah sampai di rumah utk disembahyangkan. Beberapa minit kapan yg membalut muka dilepaskan buat tatapan terakhir. Sedih! Aku sedih sgt2 bila tengok mukanya. Riak wajah itu persis mcm dia tengah tdur. Tak nmpak teruk, cuma sedikit lebam kt tulang pipi juga dahi. Dlm hati aku ucap syukur sbb jenazah masih sempurna. Mak lap air mata aku sebelum aku kucup pipi jenazah. Sejuk pipinya. Sebaik kain kapan kembali membalut mukanya, hujan turun selebat-lebatnya. Selebat air mata yg menitis ke pipi aku. Tikan & Syarifah yg dtg ziarah sempat tenangkan aku. Selesai disembahyangkn, keranda diusung masuk ke dlm van. Hujan yg tadi lebat sedikit reda, seakan memberi laluan utk kami mengiring jenazah ke tanah perkuburan. Masih ramai yg yg iringi jenazah hingga urusan pengkebumian selesai. Kaki aku yg paling akhir meninggalkn tmpat persemadian abadinya. 'Semoga kau b'semadi dgn tenang adikku..'

3mlm berturut majlis tahlil diadakn kt rumah. 3hari jugak aku missed kuliah. Test + presentation aku mintak postpone kt lecturer. Nasib baik lecturer memahami. Sehari lepas hari pengkebumian arwah, keluar berita pasal kemalangan dia kt newspaper. Ni yg dpt aku attach.




Dari apa yg dibaca, jelas, arwah seperti dipersalahkan 100%. Tp apa yg dilaporkn tak sama dgn apa yg sebenarnya terjadi. Bkn aku cuba nk tegakkan benang yg basah sbb adik aku yg jd mangsanya, tp aku sgt2 terkilan. Saksi kemalangan yg juga kwn arwah nmpk kereta tu cuba nk buat u-turn kt lorong garisan b'kembar dan yg memandu wktu tu bkn seorg wanita berumur 47 tahun, tp sorg ppuan muda yg juga tnpa lesen memandu. Ok2, tak perlu nk dipersoalkan lg dan arwah adik aku pn takkan hidup balik. Finish!

Ya Tuhan...rindunya aku kt dia... Mmg hubungan kami adik-beradik tak begitu rapat since aku-abg-pkah habis spm n further stdy kt uni. Arwah lak jd semakin pendiam. So, tinggal arwah sorg kt rumah temankn abah + mak. Sblum arwah pergi, bnyk perubahan pd diri dia. Tahun ni juga fizikalnya cukup berubah. Ketinggiannya naik mendadak, malah lg tinggi dr abg. Tp, dia makin kurus. Mmg lain dr sebelumnya. Tahun ni jgk arwah makin jarang ke sekolah. Bila mak tanya & marah, just air mata yg mengalir dr matanya. Tak ada kata2 lawan utk mempertahankn diri. Mcm2 mak abah usaha utk kembalikn dia ke sekolah. 2x surat amaran dtg dr sekolah sbb ponteng berturut-turut. Surat ke-3 jd amaran terakhir sblum dibuang sekolah. Usaha t'akhir, mak jnjikn utk hantar arwah ke skolah memandu utk dptkn lesen motosikal. Arwah jd semangat utk kembali skolah. Katanya pd sepupu aku 'mulai Isnin dpn aku nk skolah, taknk ponteng sampai spm tahun dpn. mak aku nk buatkn lesen mtor. aku nk bli mtor'. katanya pd kwn2 pulak, arwah nk beli motor dgn no.plat AHM sempena namanya ~Amir Hakimi Mazlan~. Tapi hajatnya tak sampai. Allah terlebih dulu menjemput dia.. 2hari selepas pemergian arwah, dtg surat dr posmen. Surat Pembuangan Sekolah. Pd hari yg sama arwah jnji utk kembali skolah. Surat tu tak bawa apa2 mkna lg sbb arwah dh tak ada....arwah sudah berhenti serta merta.. Kini kami smua faham akan sbb arwah makin jarang ke skolah. Mgkin dia terlebih dulu rasa yg dia akan pergi selama-lamanya. Pesannya pd sepupu beberapa mlm sblum kemalangan tu, 'tlg jaga bilik aku ni elok2, jgn biar kosong, sawang2 kt atas tu tlg bersihkn, bwh katil pn bg bersih, baju2 aku kalau nk pakai tu pakai la'. Sempat jgk arwah kemas baju2nya, dilipat & disusun elok yg mana arwah tak prnah ambil kisah pn sblum ni. Kat Facebook, makin pelik status2 yg di publish. Status t'akhir yg di publish sehari sebelum nyawanya diragut, 'away from keyboard'. Kini mmg dia takkan lg sentuh keyboard tu sbb dia dh takda... 


Syawal tahun ni akan jd syawal yg paling aku ingat. Syawal terakhir bersamanya.. Tinggal kini hanya kenangan2 dgn arwah.. Kenangan2 manis kami sekeluarga.. Tinggal la aku 3 beradik. Hilang sorg ahli keluarga yg cukup disayangi. Hidupnya dia kini di dlm hati kami.. Doa kami agar rohnya dicucuri rahmat & tenang di sana.. Hanya doa yg mampu dikirim di samping surah al-fatihah jg bacaan yassin sbg hadiah..

kini...




Ku punyai sepasang mata, namun tak lagi dpt melihatmu stp masa
Ku punyai sepasang telinga namum tak lagi dpt mendengar suaramu memecah bicara
Namun ku punyai sekeping hati yg mampu mengingatimu sampai bila-bila.
Ku redha dgn kehendak-NYA. Moga kau tenang di sana.
Adik tercinta.....~




DALAM KENANGAN
AMIR HAKIMI MAZLAN
02.08.94 ~ 02.10.10

Al-Fatihah...






09.10.10 ~ 04.13am