January 17, 2018

Trip to Ho Chi Minh (PART 5)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


Untuk entry kali ni, just nak share gambar kami satu family jalan-jalan di District 1. Tak banyak tempat pun yang pegi. Bermula dari Saigon Square hingga la ke Hard Rock Cafe. Tak tau la berapa kilometer kami berjalan. Tapi kalau naik teksi agak rugi kot sebab tempat-tempat tumpuan ni semua dekat-dekat je.

Kalau ke Vietnam tak sah kalau tak cuba sup. Kat sini sangat terkenal dengan sup atau org vietnam panggil pho. Untuk aktiviti pagi ni, kak ipar bawak kami makan kat satu kedai pho ni. Tempatnya agak tersorok, dan jauh sikit dari area Ben Thanh. Pho Muslim. Kami naik teksi dalam 10 minit untuk sampai sini. Dah sampai, kena jalan pulak celah-celah rumah org untuk sampai betul-betul depan kedai pho ni. Boleh tanya pakcik google untuk alamat lengkap tempat ni. Bagi aku kalau nak compare pho ni dengan pho lain kat area Ben Thanh, yg ni memang sedap. Dihidang pulak dengan roti panas-panas. Fuhhh memang best. Mungkin sebab tu meja-meja kat kedai ni sentiasa penuh.



Selesai makan, kami balik ke Ben Thanh. Bermulanya aktiviti shopping kain dan baju raya hunting. Sempat kami pilih kain lace corak ranting yg tengah in kat FB sekarang. Kalau kat FB tengok seller jual dalam range RM80 semeter, kat kedai di Ben Thanh ni boleh dapat RM40 per meter. Selesai shopping kain, kami balik hotel sekejap untuk rehat. Then teruskan aktiviti ke Saigon Square. Ohhh ye, aku rasa ralat sangat. Ada certain barang, kat Saigon Square are much cheaper dari area Ben Thanh market tau. Malam sebelum tu aku dgn adik beli long sleeve tshirt lambang Adidas kat pasar malam ben thanh. Dari 1st day sampai ben thanh memang kami dah aim tshirt tu, then malam ketiga baru kami beli. Asalnya penjual tu letak harga almost RM100 untuk sehelai tshirt, konon katanya kain tu berkualiti dan diamonds kat baju tu tak mudah tercabut. Sebab dah berkenan punya pasal kami nego sampai kurang jadi RM60. Tapiiii masa jalan dalam Saigon Square, kami jumpa tshirt yg sama dengan harga RM45 je. Tu belum nego lagi. Agaknya kalau nego mesti dapat lagi murah. fuhhh sabar je la. Mak pulak beli sling bag kecik bentuk musang untuk babyNa kat dalam ben thanh market pagi tu dengan harga 200,000 dong. Puas mintak kurang tapi penjual tu tak layan konon katanya kat situ semua fixed price. Tapi kat Saigon Square ni depa jual separuh dari harga yg mak beli. Kesimpulannya, survey la harga kat semua tempat dulu dan compare sebelum beli ye.

Dah puas jalan dalam Saigon Square, kami rehat sekejap kat bilik hotel kak ipar @ Sheraton. Lepaskan lelah sekejap. Seterusnya kami teruskan berjalan ke Central Post Office. Untuk makluman, pejabat pos ni masih beroperasi sehingga hari ni. So kalau datang masa hari kerja, boleh la tengok depa cop cop surat. hahahh motippp 😛



Bersebelahan Central Post Office pulak ada Notre Dame Cathedral. Tapi kami tak pegi tangkap gambar pun sebab masa tu kiri kanan gereja tu penuh scaffolding, under renovation la kot. Makanya, kami teruskan berjalan ke Hard Rock Cafe pulak. Tak jauh pun dari Central Post Office ni. Dalam perjalanan nak ke HRC tu kami lalu kat Book Street. Serious cantik tempat ni. Ala-ala vintage gitu. Dah nama pun book street, memang berderet la kedai buku sepanjang jalan tu.


Di penghujung Book Street ni, dah nampak Hard Rock Cafe kat seberang jalan. Kami cuci mata je dalam tu. Datang nak tangkap gambar je kan 😜


Dari Hard Rock Cafe, kami berjalan balik ke Sheraton. Kak ipar bawak makan malam kat restoran nyonya. Rasanya lebih 8KM kami berjalan sepanjang hari. Maka dah tak larat nak jalan kaki balik ke Ben Thanh. Penyelesaiannya kami tahan je teksi balik ke hotel. Dalam penat-penat pun, sempat jugak aku dengan pikah turun ke pasar malam pekena kopi akak motor. Fuhhh 4 malam kat Ho Chi Minh ni, berderet jugak 4 malam minum kopi akak motor ni. Boleh ketagih dibuatnya. Yang peliknya, dah minum kopi pun, tidur malam tetap lena 😝

January 14, 2018

Trip to Ho Chi Minh (PART 4)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


DELTA MEKONG 1 DAY TOUR


Jam 8 pagi, kami dah berkumpul depan Bismillah Tours. Tour ni diketuai oleh sorang tour guide yg berbahasa inggeris campur-campur melayu sikit. Dia gelar diri dia Mawi. Tang mana yg mawi tu aku tak sure. Rombongan ni ada lebih kurang 25 org yg mana lebih kurang 3/4 adalah Malaysian. Bas yg disediakan adalah bas aircond dan siap ada wifi dlm bas. Perjalanan ke Delta Mekong makan masa lebih kurang 2 jam. Dinasihatkan sarapan pagi terlebih dahulu supaya tak kebulur nanti. Satu jam pertama perjalanan, si Mawi ni cerita la serba sedikit  pasal sejarah Delta Mekong, tak kurang jugak dia kasi tips dan nasihat untuk elak kena tipu oleh penjaja dan pemandu teksi kat area ben thanh. Sejam kedua tu rasanya semua pun hanyut menyulam mimpi.


1st Stop - Souvenir Shop

Kami diberi masa 30 minit kat sini. Kedai souvenir ni terletak lebih kurang dalam jarak 5 minit dari jeti bot Delta Mekong. Kat sini ada dijual t-shirt, jubah, kasut sukan, handbag, bag, topi dan cenderahati. Harga rasanya lebih kurang dengan harga kat night market Ben Thanh. Kat sini kami cuci mata je sebab barang yang ada sama je boleh dapat kat area ben thanh.

2nd Stop - Jetty

Sampai di sini, kami terus naik bot. Sekali tengok cantik pulak bot-bot yang bawak pelancong ni, kerusi elok tersusun cantik, dengan langsir lagi keliling bot. Dalam bot ni dah disediakan air kelapa fresh untuk setiap org. Ambik la sorang sebijik, FOC. Ehh ni dah caj sekali dalam pakej ni. Memang refreshing dan feeling betul minum ayaq nyoq sambil kibar kibar shawl effect angin dalam bot. Sambil minum ayaq nyoq tu dengar la tour guide dok cerita pasal pulau-pulau kat sungai mekong ni. Memang banyak pulau yang kami lalu (unicorn, dragon, turtle, phoenix, etc)

3rd Stop - Coconut Candy Workshop

Kat sini kami ditunjukkan macam mana gula-gula kelapa dihasilkan. Bukan takat tunjuk je, dapat rasa jugak. Dan lastly mesti kena beli la kan? hahahh tapi kami tak beli pun sebab kurang minat gula-gula kelapa. Kalau bagi rasa free memang la tak tolak. Selain gula-gula kelapa, ada jugak dijual souvenir lain.


Selesai kat workshop gula-gula kelapa ni, kami naik kuda padi ke sebuah pasar tempatan. Tak ingat apa nama pasar tu. Ye, naik kuda padi/horse cart. Satu kuda tu boleh naik 5-6 org. Tak boleh lebih, kesian kuda tu semput nanti. Kat pasar ni kami semua tak cuci mata pun, cuma lalu je lorong-lorong dalam pasar sampai la ke jeti kat penghujung pasar. 



4th Stop - Bee Farm

Dari pasar, kami naik semula bot untuk ke bee farm. Kat bee farm, kami dapat rasa madu fresh dari sarang lebah. Siap korek pakai jari lagi. Memang sedap. Boleh bergambar jugak sambil pegang sarang lebah. Lepas tu kami dihidangkan dengan teh madu sambil promote segala kegunaan dan khasiat madu lebah dan royal jelly. Kat sini jugak ada ular sawa okay. Boleh selfie dengan ular sawa. Aku memang takkan la. Mau mengigau seminggu. Tengok pun dari jauh je.



Ok, sepatutnya lepas stop kat workshop gula-gula kelapa tu kami lunch dulu. Tapi memandangkan air sungai akan surut, kami postpone lunch dan teruskan aktiviti seterusnya. Kalau tak nanti tak sempat nak naik perahu. 

5th Stop - Kebun Buah-Buahan

Dari bee farm, kami berpecah 4 org sekumpulan untuk naik perahu pulak. Ni yg highlight pun dari mekong tour ni. Naik perahu dengan pakai topi dan feeling feeling ala local. Dari bee farm ke kebun buah, jarak lebih kurang 2 km. Memang tak jauh, tapi tengahari rembang wehh dok mendayung sampan dengan heavy traffic lagi. hahahh heavy traffic pun bolehhh. Tapi seriously, memang agak sesak waktu tu, maybe semua nak kejar masa naik sampan waktu tu. Tour guide inform yg waktu petang air akan surut, dan kalau nak dayung jugak, memang melekat la sampan ko kat tengah-tengah selut tu. Naik sampan ni kena bayar tips ye. Supposedly bayar lebih kurang RM2 sekepala, tapi masa tu takde duit kecik dong, aku campur je dgn RM. Entah berapa total aku bagi entah.




Sampai kat kebun buah mesti la dihidang buah kan. Banyak buah-buahan dihidangkan dalam piring-piring kecil. Tak cukup tu, telinga pun dihidangkan dengan nyanyian oleh orang local. Untuk nyanyian tu pun depa mintak tips ye. Disebabkan waktu dah agak lewat dan kami semua memang dah kebulur, memang lahap la makan buah. 




6th Stop - Lunch @ halal restaurant

Dari kebun buah, kami naik semula bot ke halal restaurant. Waktu masa ni lebih kurang jam 2.40 ptg. Memang masing-masing dah lapar. Kami singgah makan tengahari dan solat zohor kat sini. Sampai je memang makanan dah dihidang untuk group kami. Ada nasi putih, gulai ikan, telur dadar, sup, dan sayur. Makan tengahari ni dah include dalam pakej. 



Dah kenyang, kami naik semula bot untuk balik ke jeti. Di jeti, bas kami dah tunggu untuk gerak balik ke Ho Chi Minh City. Disebabkan penat, masing-masing tidur dalam bas. Tour guide pun tido. Nasib driver bas tak tidur sekali.

Last Stop - Kilang Pakaian

Ok last stop. Kalau ikut resit, nama tempat ni Danny's Shop. Area Binh Tan, Ho Chi Minh. Kat sini ada jual baju kurung, jubah, lace, blouse, telekung, dannn segala mak nenek tudung/shawl. Tapi sekarang kat sana tengah in shawl Duck dan Ariani. Memang banyak design. Tinggal nak bersila dan pilih je. Tapi aku tak beli pun sebab harga mahal sikit kalau compare dgn area Ben Thanh walaupun beli borong. So kat sini aku, mak & pikah just beli telekung. 

Around 5.30 ptg kami sampai semula di Malaysian Street. Masing-masing dah kepenatan. 

Overall, aku sangat recommend pakej tour dari Bismillah Tours ni. Harga pun berbaloi. Actually harga asal ialah VND 320,000 sekepala. Since kami book lebih dari 2 org, dapat VND 300,000 sekepala. Kalau nak private tour pun bolehhh. Kalau tak silap RM120 sekepala. Tapi bagi aku lagi syok pegi group ramai-ramai camni, meriah sikit. 

Okayyyy, next post please!



Trip to Ho Chi Minh (PART 3)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Destination : Ho Chi Minh City, Vietnam
Date : 05 - 09 January 2018

Alhamdulillah, tahun ni dapat sekali lagi jejakkan kaki di bumi Vietnam ni. Since sebelum ni aku ada post pasal trip ke Ho Chi Minh, so aku sambungkan je post untuk trip kali ni ke Part 3. Kali ni aku pegi dengan family. Al-kisah sebenarnya, nak bawak anak buah jumpa mommy which is my kak ipar yg kena outstation 7 minggu kat Ho Chi Minh. So, alang-alang kami bercuti satu family terus la.

Untuk kali ni, since kami akan stay selama 5 hari 4 malam kat sana, aku survey hotel yg murah sikit dari hotel yg aku dan kawan-kawan stay sebelum ni. Survey punya survey, aku tertarik kat satu hotel ni, RED RUBY HOTEL. Memang sebelah Ben Thanh Market je hotel ni. So aku book Family Room untuk 4 org dgn rate RM660 untuk 5 hari. Bilik agak selesa untuk 4 org, and ada balcony menghadap jalan besar. Based on review hotel yang aku baca, waktu malam agak bising la dengan bunyi motor. Untuk itu, masa booking tu aku dah request bilik at high floor supaya pencemaran bunyi dapat dikurangkan. Abg & babyNa akan stay dgn mommy kat Sheraton Hotel. Oh ye, hotel-hotel kat sini quite strict ye pasal bilangan org yg stay dalam satu bilik. Kalau lebih, they will charge per head. Hari tu 2x tapi receptionist yg berlainan la tanya berapa org sebenarnya yg stay dlm bilik kami sebab masa tu abg & kak ipar tumpang bilik sekejap nak tukar pampers babyNa lepas shopping kat pasar Ben Thanh.

This time around sampai je di Tan Son Nhat International Airport, lepas settle proses imigresen, terus aku & pikah cari simcard. Kami ke kedai simcard yg kami beli dulu, harga lebih kurang sama je dgn sebelum ni. So kami survey kejap kedai-kedai simcard area tu dan kami jumpa this one simcard yg agak berbaloi utk beli. MOBIFONE. Untuk 5gb data hanya VND 120,000. Selama 5 hari tu memang puas la menghabiskan data. Tu pun ada baki lebih kurang 1gb data masa nak balik KL. Dah dapat data internet, dengan senyum meleretnya kami pun keluar dari arrival hall dan cari teksi ke Ben Thanh. Konon dah arif dengan teksi kat sini walopon baru sekali pegi vietnam, kahkahkahh, terus kami ke bahagian kiri airport dan cari staff teksi Vinasun yg pakai kemeja hijau bertali leher merah. Dari airport ke Ben Thanh = VND 140,000 tambang teksi. Sampai depan hotel, kak ipar dah menanti kami & babyNa. Rindu anak yg dah sebulan tak jumpa kan. Once settle check in hotel, kami turun ke Malaysian Street untuk dinner.

Ok, disebabkan last time aku datang Ho Chi Minh dgn kawan-kawan tu tak sempat join any tour, kali ni aku nak pastikan aku dapat pegi delta mekong tour. Untuk itu, kak ipar dah book siap-siap tour ke Delta Mekong untuk kami semua. Kak ipar book dengan Bismillah Tours & Travel. Kedai dia kat Malaysia Street ni jugak. Berdekatan Restoran Halal Amin. Untuk 1 day tour, VND 300,000 / adult termasuk lunch halal. So lebih kurang RM50 sekepala. Ikut tentatif, program bermula jam 8 pagi which is bertolak dari Malaysian Street dan akan tamat jam 5 petang. Ye memang makan masa sehari sebab Delta Mekong ni agak jauh dari District 1 HCMC. So next post aku ceritakan in details tentang tour ni ye.