April 22, 2016

BRIDESMAIDS

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Nowadays dah jadi trend, setiap kenduri kahwin mesti akan ada bridesmaids yang mengiring pengantin perempuan. Kalau tengok artis kahwin lagi gempak, bukan bridesmaids je, groomsmen pun ada. Gila tak melting tengok satu group lelaki segak dengan baju melayu + samping ??

Trend ni bukan je kat bandar, even kat kampung pun sama. Tapi makcik-makcik kat kampung lagi senang sebut dayang-dayang la, tergeliat lidah deme nak nyebut ‘bridesmaids’. Bagi aku sendiri, macam dah jadi kebiasaan, bila ada je kawan rapat yang nak kahwin mesti akan tanya kawan-kawan lain, “kita nak boria baju warna apa pulak kali ni?” Design baju tak kisah, asalkan dapat kain ela warna sama. Maka jadi la dayang-dayang masa kenduri nanti.

Setakat ni, memang ramai dah kawan-kawan baik aku yang dah kahwin. So few times jugak la dapat merasa pakai sedondon dengan kawan-kawan lain, buat meriah kat kenduri kahwin orang :D

Aku suka konsep bridesmaids ni. Salah satu sebabnya, aku rasa sangat dekat dengan pengantin which is kawan rapat kita tu. Dekat tu maksud aku bukan la dekat yang duduk sebelah pengantin, tapi rasa dekat sebagai kawan baik yang cuba menenangkan bila dia gementar, menceriakan bila dia resah dan membantu bila dia perlu. Bila dah jadi pengantin, dah tak boleh buat kerja-kerja lain selain duduk dan senyum je, jadi sebagai bridesmaids ni kena la bantu uruskan pengantin memandangkan family pengantin pun dah tentu sibuk dengan tetamu dan memastikan kelancaran majlis. Bear in mind, as a bridesmaid jangan kerja posing dengan baju cantik je. Nanti meluat pulak tetamu-tetamu nengok. Hahahh

Ok, here few pictures taken masa aku jadi bridesmaid.









Too bad, gambar masa wedding tikah tak ada pulak dalam simpanan :(