May 22, 2013

Degree's Convocation 2013

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


Date : 21st May 2013
Venue : Dewan Sri Iskandar, UiTM Seri Iskandar, Perak.

Istiadat Konvokesyen ke-78 UiTM. Sidang ke 3. Alhamdulillah, my second convocation, and kali ni konvo untuk degree pulak. Last 2 years, aku dah selamat konvo di DATC, Shah Alam for my diploma. Kalau dulu, just mak dengan abah je yang dapat datang, tapi kali ni abang dengan manja pun datang. Too bad my youngest sister can't make it, busy bebenor gayanye kat ukm nun.

Suasana konvo kat kampus Seri Iskandar ni biasa2 je, takla semeriah Shah Alam, but everything went well. Pukul 8.30pagi kami graduan berarak masuk ke dalam dewan sebelum barisan tertinggi kampus dan pro canselor. ohh, pro canselor ni orang yang sama yang sampaikan skrol kat aku masa di DATC dulu. hehe. Jumlah keseluruhan graduan untuk sidang ni lebih kurang 500 graduan. Sebelum jam 11 pagi dah selesai majlis. Seronok okay sebab tak lama nak tunggu majlis istiadat tu habis. Dah la nama aku awal sangat kena naik since kos aku kos kedua yang disusun. 

Yang menariknya kat sini, kami graduan ni dipakaikan kad RFID kat lengan (bawah jubah), dulu kat Shah Alam tak ada okay! Apa tu RFID? sila tanya pakcik google. hehe. Alaaa, dia macam code, bila scan akan keluar information. So, sebelum graduan naik atas pentas, kami akan lalu kat detector yang scan maklumat kami, then nama kami akan automatically keluar kat skrin besar dengan nama program sekali. Untuk kad tu kami kena bayar RM15 masa ambik jubah, and boleh refund kalo tak nak simpan kad tu. 

Selesai je istiadat, aku terus keluar cari family aku, then pi studio untuk tangkap gambar family. Masa tu kaki dah sakit sebab pakai kasut tinggi. Nasib la aku bawak spare kasut flat, senang nak berlari sana sini. hehe. Masa kat studio tu nasib baik orang tak ramai lagi, so takyah tunggu lama. Selesai tangkap gambar, aku berlari pulak ke pusat islam cari Ina dengan kak Nad, tangkap gambar kenangan dengan depa. Nak cari kawan2 lain dah tak sempat. Kesian kat mak abah aku lapar dari pagi tak makan. Laju2 aku settle kan penghantaran jubah dan ambik skrol. 

So, selesailah sudah istiadat konvokesyen untuk kali ni. And i'm now officially a degree holder. All praises to Allah S.W.T. One step ahead. Kalo ada rezeki dan peluang boleh la fikirkan untuk sambung master pulak ye dok? hehe Insyallah.





 

May 12, 2013

Responsibility

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Berakhir sudah PRU13 Malaysia pada 5 May yang lepas. Dah diketahui umum parti mana yang dapat membentuk kerajaan. Alhamdulillah. Okay, ni bukan nak cerita pasal ketidakpuasan hati dengan result PRU, even sampai harini tak habis2 lagi cerita pasal PRU kat laman FB tu. Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Setiap hari, still ada je yang update berkenaan PRU walaupun dah seminggu pun berlalu. Bukan aku tak ambik peduli pasal apa yang terjadi, aku tak kisah pun parti mana yang membentuk kerajaan asalkan biar adil dan telus. Aku doakan yang baik-baik je untuk Malaysia tercinta kita ni.

Aku cuma nak kongsi rasa teruja sebab this is the 1st time aku mengundi. Awal-awal dulu aku dah mendaftar, rasanya 2 tahun lepas kot, masa tu umur pun baru cukup 21 terus semangat pi pejabat pos nak daftar mengundi. Disebabkan rasa excited tu, awal-awal pagi on 5th may aku dah bangun, tapi tak dapat nak atasi rasa excited abang aku, seawal pukul 8pg dia dah keluar rumah pi tempat mengundi. Ohh dia mengundi di Taman Bunga Raya since dia tak tukar alamat dalam IC lagi. Aku pulak mengundi di Padang Rengas, belakang masjid tu.

Dah siap-siap pagi tu, rasa nervous pulak. Bukan sebab apa, tapi sebab takda kawan nak ajak pegi sama. hahaha. Abah aku mengundi kat tempat lain. Aku je yang tercampak kat pekan Padang Rengas. Puas roger sana-sini, jumpa pun kawan satu tempat mengundi. Dalam pukul 10pg, aku gerak ke tempat mengundi dengan Wan. Nasib kami baik, masa sampai tu memang tak ramai orang pun. Lepas park kereta, terus amik slip nombor dari pegawai bertugas tu. Tak payah nak kalut beratur, lebih kurang 5 minit je dah settle mengundi. haaa kan seronok tu. Smooth sangat proses mengundi ni.

Balik dari mengundi, aku kena gerak ke Kuala Kurau pulak. Abah suruh aku bawak mak balik mengundi kat kampung. Sepanjang perjalanan tu memang happening. Asal lalu je kat kawasan mengundi, semua kereta seronok main hon, kiranya bagi sokongan la kat kumpulan penyokong parti kat situ. Puas la aku main hon haritu. Meriahnya pilihan raya ni melebihi meriahnya sambutan hari raya. And i'm waiting for the next general election. Peace!


Pilihanraya dah habis, seeloknya kita bersalaman bermaaf-maafan, tak perlu ada yang bermasam muka dah. Kata 1 Malaysia kan :)