November 17, 2011

STudy dan Study dan Study,,,,,,


Sekarang dpt rasa lega sekejap sbb baru lepas 1st test utk one of the killer paper for this semester. Management of Change. Memang susah! Buku text tu baca banyak kali pun tak faham. Tak tau la kenapa complicated sangat nak faham dgn ayat-ayat yang jargon, ditambah dgn examples yang arghhhh tak paham! Tiba-tiba rasa macam study untuk final exam je bila kena tidur lewat dan bangun lak awal pagi untuk STUDY LAGI DAN LAGI DAN LAGI. Masa lecturer ajar dalam class ok jer, tapi bila revise sendiri tiba-tiba otak jadi gelong kejap. huhu. Sadis sungguh dan sangat-sangat tension dengan text book Australasian edition tu lagi. Nasib la ada buat study group and it help me a lot. Alhamdulillah dapat la jawab test tadi dgn tenang sikit. 

Habis je test dapat info yang class seterusnya CANCEL. Lagilah hati senang. Lepas balik lunch dan submit assignment, terus lepas rindu kat katil dan bantal kesayangan. hehe. Petangnye keluar makan dengan Kak Nad bila tiba-tiba rasa lama tak keluar makan sama since kitorang lain-lain kelas dan minggu ni asyik 'dating' dengan buku masing-masing. Untuk seketika relaks sekejap seblum tension balik dengan test-test seterusnya next week. SEKIAN!






**tiba-tiba rasa rindu nak having dinner + long chit chatting with my GKPs

November 14, 2011

Family Day with LPP

In the Name of Allah Most Gracious, Most Merciful

1st of all, just to tell that i'm having mental disorder currently. hahahh. ni lah yang jadi bila musim test disulamkan dengan assignments yang melambak dan tak putus-putus. Sumpah TENSION! Cuti mid term yang seminggu pun rasa macam tak cuti jer. About my Raya Haji, nothing to update kot since semuanya biasa je. Yelah, biasa je sebab pagi raya pun aku bagun lambat penat punya pasal sampai tak dapat ikut ziarah kubur arwah adik (sorry dekmi T_T ). Tapi...dalam sibuk pikir pasal test pun, i managed to complete 2 novels in 3days. Yeahhh 2 NOVELS. aiyoooo, apa nak jadi. Jap..jap, bukan salahkan novel, tapi nak salahkan buku teks boleh tak? Ohh text book, kenapa la hangpa tak as interesting as my novel? kalo tak, confirm aku dah pulun study sampai lebam! hahaah, merepek! Tak pasal-pasal duit melayang beli novel Ombak RIndu yang cover depannye Aaron Aziz. Oh Aaron....ok gedik cukup!

Ok, actually nak update pasal family day office mak je, tapi meleret pegi ceriter benda lain pulak. It was held at Teluk Batik Resort from 12-13 Nov 2011. Even my brother can't make it, but aku and my sista also the gedixx girl Manja accompanied my parents. So, 5 of us la. Tapi sebelum gerak ke Teluk Batik, i need to drive my car to Seri Iskandar dulu. Hantar kereta kat rumah sewa then baru abah datang ambik aku kat rumah sewa. 

Overall, memang happening family day kali ni sebab sangat ramai staff yang join. Mak cakap ada 220staff yang check in dengan family masing-masing. But then, aku tak tanya pulak berapa total yang hadir include the family members. Cost pun memang tinggi la kan sebab dah ramai dan untuk penginapan je dah telan almost RM100,000. Belum masuk cost hadiah dan cenderahati. Hadiah pun boleh tahan, ada 100 hadiah untuk cabutan bertuah yang mana semuanya barangan elektrik dan grand prize nye 3 bijik LCD TV. Bersinar-sinar mata aku tengok tv besar-besar tu, tapi takde rezeki la nak dapatkan. huhu. Hari 1st just pendaftaran peserta dan malamnye ada perasmian dan anugerah perkhidmatan cemerlang. Selesai majlis tu, ade sesi karaoke. hehehe, yg ni aku suka! Mulanya aku dok dalam dewan tu just untuk jadi penonton sebab seronok tengok gelagat pakcik makcik yang join karaoke tu. But then, mak aku suruh aku nyanyi jugak sebab anak bestfren mak aku pun join nyanyi jugak. Dan dan la buat ketaq lutut kan. Bila tengok orang dalam dewan dah kurang sikit baru jadi berani kejap nak pegi melalak. hehe, nangis mak abah tengok aku melalak atas pentas.






Esok paginya acara sukaneka dan cabutan nombor bertuah. Aku tak join mana-mana game pun sebab segan. Manja je yang join pertandingan mewarna. apa yang diwarnanye pun aku tak tau. hehe. Lain-lainnya memang happening tengok pertandingan antara kanak-kanak, pakcik-pakcik makcik-makcik & pasangan suami isteri. Tak dapat nak tunggu sampai majlis selesai, we need to rush sebab nak hantar adik aku naik train kat Ipoh untuk balik Bangi pukul 3ptg. Abah drop aku kat Seri Iskandar as i need to attend my class macam biasa balik sebab CUTI DAH HABIS, FOKUS KAT STUDY PULAK! Harap maklum.

Ok, tu je. 'Till then :)

October 21, 2011

Beginning of 4th semester


Dear blog...do forgive me for taking sooooo much time to update about my 'dunia'. Tak tau apa la yang buatkan mental & fizikal jadi sangat demotivated untuk menaip some entries here. Kalau dulu, punya la rasa tak menyempat nak story macam-macam. But now, it feel like 'ohhhhhh, lain kali lah update' for sooo many time sampai terperam cerita sampai dah basi. Shame on me! Ok, tonight i force myself to spend some time untuk update some stories about my life in my 4th semester of degree. Yeahhh, i just realized that i didn't update about it at all! sebulan berlalu macam tu je. haishhh.

1st month...tak busy sangat pun lagi. Everything just nice except for my class schedule! arghhh, kenapa la pack sangat jadual?? Rasa macam nak bina kampus sendiri je yang bolehkan aku buat jadual sendiri. boleh tak macam tu? ok, NONSENSE! But the best thing is, i got no class on Friday. So yes, this 1st month, aku boleh balik EVERY WEEK with my lovely A-DY. Bila dah jadual pun pack, badan pun lesu la tiap kali habis kelas. So, macam sem lepas jugak, 11.++pm, memang dah lena walaupun housemates semua masihhh energetic.

Pasal rumah sewa..i'd move out dari rumah sewa lama untuk stay with my classmates Mas-Ina-Camy, juga my EX-DBS kat Merbok dulu, Kak Nad,Salwa & Kak Rehan. It's a double storey house. So, quite selesa untuk kami bertujuh.

Bila ada kelapangan, jauh lak langkah bila dah dengan A-DY. Setia dia bawak kami ke sana ke mari. Cayang awak ketat2 A-DY!! Last 2weeks (see, dah basi punya citer baru nak update) kami ke Kellie's Castle. Noooob betol. Nama je dok perak, student UiTM SI, tapi baru nak jejak istana tu. cissss. Yelah, dulu takde A-DY nak bawak kami. Snap gambar atas bumbung istana sampai berpeluh-peluh. And the following week, we went to Teluk Batik, picnic with classmates. Even tak mandi laut pun, snap gambar masih wajib.



Ok......i think tu je dulu for this time. Entah bila pulak la nak update lg. Lain macam rasa jari jemari lama tak menari-nari ligat kat papan kekunci lappy. 'Till then ~




October 02, 2011

A Year



In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


Genap setahun pemergian adik tersayang ke rahmatullah. 
Tragedi oktober, tanggal 2.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
AL-FATIHAH ~




this pic was taken 3years ago - masa beraya kat kampung :)












August 28, 2011

Selamat Hari Raya


On the Name of Allah Most Gracious most Merciful

InsyaAllah, kurang dari 48 jam lagi, sama2 kita melangkah ke bulan Syawal meninggalkan Ramadhan. Ishhh, sayu lak rasanya dh nak habis Ramadhan ni.

Okeh2, just wanna say a very Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin to all my Muslim Friends, 
SK Tun Dr. Ismail Batch 1996-2001, SMK Tun Perak Batch 2002-2006, Lower 6 Art 2 2007 Clifford School, warga DBS 2007-2010 UiTM Merbok, warga BHR 2011 UiTM S.Iskandar, juga pada yg mengenali diri ini.

Semoga raya tahun ni memberi lebih erti dari yg sebelumnya :)



August 24, 2011

Kemaafan Dendam Terindah


Setiap orang punya ego tersendiri. Yang membezakan setinggi mana ego tu. Tak kisah setinggi menara KLCC sekalipun ego tu, lama-lama makan diri sendiri jugak. That was what i felt. Jadi seorang yang sangat ego. Taknak kalah dengan kesalahan sendiri. Akhirnya, sendiri yang merana.

Dengan itu, sempena bulan suci ni, aku cuba ambik kesempatan ni nak runtuhkan keegooan aku, and ask for forgiveness dari orang-orang yang aku dah banyak buat salah disebabkan terlalu ikutkan kata hati aku. ' Di kala bulan Ramadhan ni, pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, ini masa yang sangat sesuai untuk mintak maaf, jangan tunggu raya baru nak mintak maaf '. That's what i heard. Untuk itu, i got positive feedback yang buat aku jadi kembali segar untuk menjernihkan kembali apa yang tak sepatutnya keruh.


FORGIVENESS isn't something we do for OTHER PEOPLE
We do it for OURSELVES to GET WELL and MOVE ON

Dalam persahabatan perlu ada win-win situation. Tak boleh nak rely on one side je utk put effort to harmonize the relationship. Both side perlu participate supaya semua salah faham dapat dileraikan, percanggahan pendapat dapat diselesaikan, thus make the relationship lasts longer.

To those yang aku maksudkan, you know who you are, thanks for giving me such opportunity untuk perbaiki semula persahabatan kita. BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH. Aku SAYANG kamu KAWAN :)




August 13, 2011

Kenangan Ramadhan


In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 13 Ramadhan 1432H.
Maka dah hampir separuh bulan la kan kita menjalani ibadah puasa.
Lega rasanya sebab sampai hari ni masih semangat.
Kalau last year, sepanjang bulan puasa memang keje aku ulang alik ke hospital buat check up, operation & follow-up, sampaikan puasa aku pun tunggang langgang.  Makan ubat tak boleh putus.
Tension jangan cakap la..  Nasib ada kawan-kawan yang selalu bagi semangat.  Orang kata, sakit penghapus dosa, jangan kita yang cari penyakit ~

Bila ada dalam bulan penuh keberkatan ni, macam-macam kenangan yang datang menyinggah kat kepala ni. Kenangan di bulan puasa tahun-tahun lepas la kan.


@  Sahur & Berbuka

Yang paling melekat mestilah kenangan bersahur & berbuka kat kampus dengan geng. 3tahun diploma aku kat Merbok means 3x la aku dan geng dapat sambut Ramadhan bersama. Firstly pasal sahur, awal Ramadhan memang semangat la lagi nak bersahur. Tiap-tiap malam turun ramai-ramai ke dining hall pakai baju tido. Masuk minggu ke-2, just bersahur minum air masak jer. Tapi, last year dah dok rumah sewa lain la sikit suasananya.  Yang rajin bangun sahur just Intan,Shiela,Mai je. Aku?? ohhh tidak.. macam biasa, siapkan air masak tepi bantal sebelum tido, so sahur nanti senang. hehehe

fesyen ke dining hall utk sahur :)

Berbuka pulak bergilir-gilir ambik turn dari bilik ke bilik.  Geng aku divide ke 3bilik, so rotate la tiap-tiap hari.  Hari ni bilik aku/lia/mai/bib,  esok bilik Shiela/dayah,  lusa bilik Intan/ina/diz/shera, dan pusing balik bilik aku sampai la akhir Ramadhan.  Memang happening berbuka ramai-ramai. Kami lebih kurang 10org berbuka sama-sama, so riuh la bilik,  juadah pun memang variety la. Besttttt..  Then kitorang akan arrange satu event berbuka outdoor punya. Tempat pilihan kalau nak berbuka mesti kat Tanjung Dawai.  Ikan bakar dia perghhhh...terangkat kot !  Then, last sem kat Merbok, aku kerap jugak la berbuka puasa kat rumah family angkat.  Asal weekend jer mesti balik rumah family angkat.  Juadah berbuka memang penuh la satu meja.  Kembung terlebih perut.

 Sem 2.  1st time berbuka outdoor with GKP @ Tjg Dawai

Sem 2 jugak, berbuka puasa dgn group kokurikulum @ Tjg Dawai 

 Sem 4,  again berbuka puasa outdoor with GKP @ Tjg Dawai


Masuk 2nd week Ramadhan, kitorang berlumba pulak pasang lampu raya lip lap lip lap.  Kira satu floor kitorang tu, just 3bilik ni je la yang rajin pasang lampu tu.  Then masuk pertengahan Ramadhan baru la ada bilik-bilik lain yang follow.  Memang seronok bila ingat zaman tu.  Bila dah dok menyewa kat luar, lampulampu tu kitorang combine kan dan sangkut kat atas sliding door rumah sewa pulak.  Malam kitorang sakan main mercun.  Dah tak kesah sebab takda guard yang nak control. Anak-anak jiran siap join main sama.  Mau tak happening?  


R . I . N . D . U



July 11, 2011

REUNION SKTDI Batch 1996-2001



Date : 9 July 2011
Venue : Kuala Kangsar, Bandar Diraja
Event : Reunion SKTDI, Batch 1996-2001

Macam tak sangka, impian jd nyata
Ingatkan lepas dah tinggal sekolah rendah dulu,
terpisah la dengan kawan-kawan yang bawak haluan masing-masing.
Ni dapat jugak berkumpul balik selepas hampir 10tahun.
Masing-masing dah lain wajah juga perwatakan.
Yelah dulu still budak-budak kan, now dah layak jadi mak-bapak budak.
Ada yang still study, ada yang dah berkerjaya
tak kurang, ada yang dah popular, selamat dah jadi artis.
Ishhhh, nk tumpang glamor boleh tak?? hehe
Thanks to those yang plan reunion ni.
Even it's just a small reunion, but dah memadai.
Lepas ni boleh la organize yang gempak sikit than previous one.
Macam-maca, benda dok sembang, bertukar cerita, snap2 gambar.
Conclusion..... I'M HAPPY :)



 p/s ada yg pelik tengok ketinggian aku,
ye, 10tahun dlu mmg la aku kecik molek jer
sekarang dah renjong merimbun :)




July 10, 2011

10 Hari Menyembunyi



As- salam

Wahhh tajuk nak gempak je kan. Menyembunyi la sangat. Aku just lari sekejap ke negeri yang banyak tinggalkan kenangan manis untuk aku. Ye, negeri Jelapang Padi. Tak well planned pun. Tapi bila dapat call dari ayah angkat yang beria pelawa aku datang sana, aku pun jadi seronok nak pegi. Aku just plan nak dok sana around 5 days, tapi macam mana entah boleh extend sampai 10 hari. Seronok sangat la tu kan?? hehe

28 Jun lepas, aku beli tiket ke SP dari KK ni. Beli pun on the spot je, terus naik bas. Aku nak buat surprise kat ayah. Aku memang cakap nak datang rumah ayah, tapi tak bagitau pun bila. On the way ke rumah ayah masa kat Tol Gurun, baru aku call ayah risau kot ayah pegi mana-mana kan. Ayah tak percaya bila aku kata aku dah kat Gurun. hehe. Dah sampai depan pintu rumah baru dia percaya. Sengih sampai ke telinga dia bila tengok anak-anak angkat dia ni datang. Ohh, lupa nk bagitau, aku datang dengan Diz...  Diz yang jemput aku kat SP. Tapi Diz tak boleh lama kat rumah ayah. Sampai je terus ayah jamu durian then bawak kami pegi dusun.

 
The next day, picnic kat dusun. Abg ngah panggang ikan. Kami goyang kaki. hehe. Lepas maghrib aku, diz, cousin diz, dan abg ngah pegi SP. Nak tengok wayang katanye. Sayangnye, Transformers dah full house, so layan KL Gangster je la. Then pi lepas kempunan kat Le Boss. Terbaek wokkk. Still sedap dan puas hati mcm dulu-dulu. hehe. Lepas dinner, kami singgah kejap rumah Adlina. Dah alang-alang kat SP kan, tunggu la kejap Ina balik keje. Sembang-sembang dengan Ina juga Shera. Seronok sangat. Balik tu kami tak tido rumah ayah, tapi tido kat dusun, ayah dengan mak pun memang dah tunggu kat dusun. 1st time aku tido atas dangau yang terbuka. Perghhh sejukkk.

muka puas dpt lepas kempunan :)

 a big thanks to abg ngah :)
 
Esoknye diz dah kena gerak balik Kelantan. Tinggal la aku je kat rumah ayah.  Sedihhh... Tapi aku cuba cool jer sebab ada Putri. Eeee, seronok gila dapat layan baby comel ni. Weekend tu, mak abah aku datang dari K.Kngsar. Abg pulak dengan 3 kawan dia datang dari Kangar. Kami semua picnic kat dusun lagi. Ayah seronok bila tengok ramai tetamu. Pakat melantak durian. Siap bawak balik lagi. 

 
tempat beradu aku kat dusun

Tak lama lepas tu, Aliah pulak datang dari KL. Baru la aku hidup sikit sebab dah ade teman. hehe. Malam tu kami BBQ pulak kat dusun. Ade Kakak-kakak angkat dengan family masing-masing. Memang huru hara la kejap dusun yang sunyi tu. Depa semua pakat tido kat dusun, aku aliah mak & ayah je balik tido kat rumah.

Esoknye aku dan aliah teman mak ayah pi Hospital Sultanah Bahiyah, bawak adik Putri buat check up. Kesian adik Putri, kecik-kecik dah kena berulang alik ke hospital. Seram sejuk pulak rasa kat hospital tu. Tetiba teringat masa aku yang buat check up - operation - follow up kat Hospital SP tahun lepas. 

Putri Nur Azeera Dayana yg super comel :)

Lama jugak rasanya spend time kat rumah ayah. Dannn sampai jugak la waktu berpisahnye kan. Malam sebelum aku & aliah balik rumah masing-masing, ayah jamu kami kat Tanjung Dawai. Memang habis hati aku dapat pegi sana lg. Yelah rasanya last aku datang Tanjung Dawai pun masa menuntut kat Uitm Kedah dulu.  Ahhh gaya macam la lama sgt. hehe.

Dah balik rumah sendiri ni tiba-tiba rasa rindu pulak dengan suasana kat sana. Tiap-tiap pagi mak jamu nasi lemak, makan tengahari pulak mmg sedap-sedap mak masak. Lagi, tiap-tiap hari aku melantak durian fresh kat dusun. Jadi driver mak ke dusun tiap-tiap hari. Melayan ragam adik Putri yang comel tu. Rasa macam saat ni jugak aku nak terbang balik ke sana. Ishhhh... RINDU.......



June 08, 2011

Today's Challenge



Today's challenge. Buat cake.
Tiba2 tekak terasa nk mkn kek.
Adik nk kek coklat, aku nk kek batik.
Nk taip panjang2 pun malas.
Ye, saya sgt2 mls nk berblogging buat msa ni.
Thus, layankn je la gmbar ni yer.
Peace ~

 kek batik aku
sedih sbb salah masuk bekas,
suppose buh bekas kecik sket baru padat T_T

 kek coklat topping pkah
nice try for the 1st time

ok, masuk perut. terima kaseh!

June 01, 2011

Hello June



Salam
Hey, hye :)


pejam celik dh masuk bulan jun
3months to go before new semester begins :)
So aku nk bukak entry June ni dgn kisah cuti2 Msia.
Yelah, sekarang kn musim cuti skolah.
Tapi...cuti cmni pon still boring
Mak keje, abah pon. Nama je cikgu tp tak cuti pon
sejak dh naek pangkat neh, medang je bz..aishhh

Apa2 pun, abah dh cover cuti awal2
Last week abah bwk jalan2.
Mula gerak ke cheras dulu. bertanggak kt rumah ayah cho.
Esok paginye baru gerak ke Melaka.
Actually the main obj g melaka neh sbb nk attend kenduri.
Kenduri kawan abah masa muda2 dulu. katanya.
Pkul 10.45pg dh sampai rumah kenduri. gler awal.
Tp makan awal, balik pon awal la kn.
Pusing g MITC, Bandaraya Melaka, cari hotel.
Tp last2 menginap kt Ayer Keroh je. 
Resort yg sama msa g dulu. Boleh la....

Petangnye abah bwk g Umbai Baru.
Dh smpai melaka mmg tu tmpt wajib la kan.
Perkampungan Ikan Bakar Terapung
Lepak2 tepi laut. Terasa mcm kt Tnjung Dawai lak.
Ikan dia jgn ckp la. suma besar lengan. haishh
Tak tau nk lauk apa, bantai je ikan jenahak buat bakar + 3 rasa.
Mmg puas la mencekik 4kepala kan. kenyang giler2.
Then abah ckp nk g Muar sbb dh sempadan je
Tp memandangkn cm dh lewat, cancel.
Jln2 Bandaraya Melaka je. Tengok beca wktu mlm warna warni.
Gi Heritage Baazar kt Dataran Pahlawan, then Mahkota Parade.
Tp tak tau nk bli ape. Bnda yg sama je suma.


The next day, lepas breakfast gerak g N.9 lak.
Shopping kt Nilai 3. Beli tudung..tudung...dan tudung..
On the way balik singgah KL lg.
Pusing Jln TAR. Naik SOGO.
Kiri kanan sale 20%-70%. Rambang mata lg.
Dpt la rempat jeans ngn blouse. Sorry mak. hehee
Dh tu baru gerak balik perak. Tp singgah ipoh lak.
Maghrib jugak baru smpai k.kangsar. penat.
krohhh..krohhh..krohhh ~