November 17, 2011

STudy dan Study dan Study,,,,,,


Sekarang dpt rasa lega sekejap sbb baru lepas 1st test utk one of the killer paper for this semester. Management of Change. Memang susah! Buku text tu baca banyak kali pun tak faham. Tak tau la kenapa complicated sangat nak faham dgn ayat-ayat yang jargon, ditambah dgn examples yang arghhhh tak paham! Tiba-tiba rasa macam study untuk final exam je bila kena tidur lewat dan bangun lak awal pagi untuk STUDY LAGI DAN LAGI DAN LAGI. Masa lecturer ajar dalam class ok jer, tapi bila revise sendiri tiba-tiba otak jadi gelong kejap. huhu. Sadis sungguh dan sangat-sangat tension dengan text book Australasian edition tu lagi. Nasib la ada buat study group and it help me a lot. Alhamdulillah dapat la jawab test tadi dgn tenang sikit. 

Habis je test dapat info yang class seterusnya CANCEL. Lagilah hati senang. Lepas balik lunch dan submit assignment, terus lepas rindu kat katil dan bantal kesayangan. hehe. Petangnye keluar makan dengan Kak Nad bila tiba-tiba rasa lama tak keluar makan sama since kitorang lain-lain kelas dan minggu ni asyik 'dating' dengan buku masing-masing. Untuk seketika relaks sekejap seblum tension balik dengan test-test seterusnya next week. SEKIAN!






**tiba-tiba rasa rindu nak having dinner + long chit chatting with my GKPs

November 14, 2011

Family Day with LPP

In the Name of Allah Most Gracious, Most Merciful

1st of all, just to tell that i'm having mental disorder currently. hahahh. ni lah yang jadi bila musim test disulamkan dengan assignments yang melambak dan tak putus-putus. Sumpah TENSION! Cuti mid term yang seminggu pun rasa macam tak cuti jer. About my Raya Haji, nothing to update kot since semuanya biasa je. Yelah, biasa je sebab pagi raya pun aku bagun lambat penat punya pasal sampai tak dapat ikut ziarah kubur arwah adik (sorry dekmi T_T ). Tapi...dalam sibuk pikir pasal test pun, i managed to complete 2 novels in 3days. Yeahhh 2 NOVELS. aiyoooo, apa nak jadi. Jap..jap, bukan salahkan novel, tapi nak salahkan buku teks boleh tak? Ohh text book, kenapa la hangpa tak as interesting as my novel? kalo tak, confirm aku dah pulun study sampai lebam! hahaah, merepek! Tak pasal-pasal duit melayang beli novel Ombak RIndu yang cover depannye Aaron Aziz. Oh Aaron....ok gedik cukup!

Ok, actually nak update pasal family day office mak je, tapi meleret pegi ceriter benda lain pulak. It was held at Teluk Batik Resort from 12-13 Nov 2011. Even my brother can't make it, but aku and my sista also the gedixx girl Manja accompanied my parents. So, 5 of us la. Tapi sebelum gerak ke Teluk Batik, i need to drive my car to Seri Iskandar dulu. Hantar kereta kat rumah sewa then baru abah datang ambik aku kat rumah sewa. 

Overall, memang happening family day kali ni sebab sangat ramai staff yang join. Mak cakap ada 220staff yang check in dengan family masing-masing. But then, aku tak tanya pulak berapa total yang hadir include the family members. Cost pun memang tinggi la kan sebab dah ramai dan untuk penginapan je dah telan almost RM100,000. Belum masuk cost hadiah dan cenderahati. Hadiah pun boleh tahan, ada 100 hadiah untuk cabutan bertuah yang mana semuanya barangan elektrik dan grand prize nye 3 bijik LCD TV. Bersinar-sinar mata aku tengok tv besar-besar tu, tapi takde rezeki la nak dapatkan. huhu. Hari 1st just pendaftaran peserta dan malamnye ada perasmian dan anugerah perkhidmatan cemerlang. Selesai majlis tu, ade sesi karaoke. hehehe, yg ni aku suka! Mulanya aku dok dalam dewan tu just untuk jadi penonton sebab seronok tengok gelagat pakcik makcik yang join karaoke tu. But then, mak aku suruh aku nyanyi jugak sebab anak bestfren mak aku pun join nyanyi jugak. Dan dan la buat ketaq lutut kan. Bila tengok orang dalam dewan dah kurang sikit baru jadi berani kejap nak pegi melalak. hehe, nangis mak abah tengok aku melalak atas pentas.






Esok paginya acara sukaneka dan cabutan nombor bertuah. Aku tak join mana-mana game pun sebab segan. Manja je yang join pertandingan mewarna. apa yang diwarnanye pun aku tak tau. hehe. Lain-lainnya memang happening tengok pertandingan antara kanak-kanak, pakcik-pakcik makcik-makcik & pasangan suami isteri. Tak dapat nak tunggu sampai majlis selesai, we need to rush sebab nak hantar adik aku naik train kat Ipoh untuk balik Bangi pukul 3ptg. Abah drop aku kat Seri Iskandar as i need to attend my class macam biasa balik sebab CUTI DAH HABIS, FOKUS KAT STUDY PULAK! Harap maklum.

Ok, tu je. 'Till then :)