February 01, 2015

Short Getaway to Langkawi Island, Kedah (PART 3)

Ok last entry untuk vacation ke Langkawi ni.

Day 3.

Pagi - pagi kami dah siap packing barang, load masuk dalam kereta. Check out siap-siap. Plan pagi ni nak ke Gunung Mat Cincang. Sebelum tu cari warung untuk sarapan. Boring breakfast kat hotel. Teringin nak makan roti canai pulak :D Dah kenyang, teruskan perjalanan ke Gunung Mat Cincang. Alhamdulillah, cuaca cantik sangat pagi ni. Harga tiket untuk cable car ni, RM20 (dewasa). Ni pakej untuk Sky cab & Dome. Sebenarnya few times dah aku nak naik cable car, tapi asal pegi je cuaca tak ok. So kali ni memang rezeki aku dapat naik. Cuma tak berapa bertuah pulak sebab sky bridge tu tutup untuk kerja-kerja naiktaraf, mungkin sebab tu harga tiket murah sikit. Takpe, redho je la. Masa queue sebelum naik cable car tu, kami perlu masuk dalam Dome dulu. Dome ni 6D cinema, which is tayangan dalam bentuk 6D around 5-10 minutes. Serious pening masa kat dalam Dome tu. Aku memang tutup mata sebab pening tengok roller coster berpusing. Keluar je dari Dome, baru proceed ke cable car. Tadi dah pening, kali ni gayat pulak. Gayat-gayat pun, still excited :D Rasanya dari stesen bawah sampai ke stesen atas, lebih 3x kot ada servis tangkap gambar. Staff situ snap gambar kita, print out, then buat keychain, letak dalam frame bentuk cable car, buat bentuk poskad, tapi tak semestinya kita wajib beli ye. Mana yang berkenan beli la, tapi kalau rasa tak berbaloi, tak de nya dipaksa kena beli jugak. 






Selesai je di Gunung Mat Cincang, kami balik semula ke Kuah, terus ke Jeti untuk beli tiket feri. Ambil tiket pukul 2.30ptg. So sempat untuk kami makan tengahari dan last minute shopping sebelum balik. Disebabkan esoknya aku dah masuk kerja, dan yang lain-lain pun ada kerja masing-masing, tak boleh gerak balik lewat sangat. Berat betul rasa nak balik, maklumlah tak puas berjimba lagi. Tu pun dah beria plan for the next trip. Tapi...biasa la plan akan kekal jadi plan...hahah. Pukul 1.30ptg kami dah sampai jeti untuk pulangkan kereta dan tunggu feri ke Kuala Perlis. 

Tiba di Kuala Perlis hampir pukul 4 petang. Jauh lagi perjalanan untuk sampai Padang Rengas. Sebelum gerak balik, sempat lagi kami duduk minum air kelapa kat depan stesen bas Kuala Perlis tu. Cuaca panas punya pasal. Balik ni aku kembali jadi driver. Isi bonet fuhhh memang sendat habis dengan beg-beg dan hasil shopping kami. hahaah lepas ni kena bawak kereta lagi besar la kalau nak bercuti dengan geng.

Sampai Perak, drop Lyana kat Bandar Baharu, tunggu kawan Lyana pick up dia untuk balik ke USM. Then baru teruskan perjalanan kami ke Padang Rengas. Alhamdulillah selamat sampai rumah around 9pm. The next day pulak kena masuk kerja dah. Terpaksa la paksakan diri untuk ke ofis esoknya T_T



Selesai our short getaway to Langkawi Islan, Kedah (23-25 January 2015). 'Till then :)




**malam last di Langkawi, kami buat mesyuarat kewangan. Kira duit yang keluar dari awal perjalanan sampai la estimate untuk perjalanan balik. Semua dah kira include petrol pergi balik, tol pergi balik, parking, tiket feri, kereta sewa, tiket cable car, island hopping, dan hotel. Total cost is RM 1,390.60 which is setiap orang keluar RM 231.76. Bagi kami it's quite okay since dah set bajet untuk whole trip ni tak boleh lebih RM500. As our mission accomplished, dah boleh plan for next trip pulak la kan? yayyyyyyy