January 31, 2015

Short Getaway to Langkawi Island, Kedah (PART 2)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Ok, sambung cerita jalan-jalan kita.

Day 1.

Plan asal nak gerak sebelum subuh. Tapi memandangkan Tikan kerja shift malam dan sampai rumah around 7am, so kena lewatkan sikit waktu gerak. Aku jadi driver, Safara co-pilot. Pukul 9am kami gerak dari Padang Rengas dan singgah Bandar Baharu untuk pick up Lyana. Breakfast dalam kereta je. Raja dah prepare sandwich siap-siap. Alhamdulillah, highway pun okay je takde sesak. Sampai Kuala Perlis around 1pm. Aku terus ke tempat parking yang selalu abah park kereta bila nak ke Langkawi. Yusuf Bee Enterprise. Parking berbumbung RM15/day. Kami bayar RM30 untuk 3 hari 2 malam, dari Jumaat - Ahad. 

Dah unload beg masing-masing, terus ke jeti, beli tiket feri. Harga tiket untuk dewasa cuma RM18 sehala ye. Dapat tiket pukul 3 ptg. Tengok jam baru pukul 1.30 ptg. Kami lunch dulu kat restoran depan jeti tu. Masing-masing dah lapar sebab breakfast makan sandwish je, pastu sepanjang perjalanan dari Perak tak berhenti sembang dan ada je topik nak gelak. hahah tu la jadinya bila dah berkumpul. Tapi at least, tak la aku boring drive 4 jam bila ada je topik depa nak sembang. Pukul 3 dah boleh naik feri dan kami tiba di jeti Kuah lebih kurang pukul 4 ptg. 



Di jeti Kuah, kami cari agent yang Lyana contact untuk sewa kereta. Kat sana kami sewa Perodua Alza. Disebabkan kereta ni condition memang tiptop, kereta pun still baru, dan transisi auto pulak, so quite mahal sikit sewanya. RM150/hari. Dan untuk itu, kami perlu bayar RM300 untuk 48 jam. Lyana & Tikan take over jadi driver sepanjang di Langkawi. Hehee. Kebetulan tempat agent kereta tu ada offer package untuk island hopping. Kami terus booking untuk group esok pagi. Dah dapat kereta, terus ke hotel untuk rehat. Tempat penginapan kami, Simfoni Resort Langkawi. Tak jauh dari pekan Kuah. Pada aku, lokasi dia ok, space parking pun banyak, tempat makan pun dekat je. Hotel ni well recommended for those yang bercuti dengan group macam kami ni sebab affordable. Hotel ni memang sediakan bilik dalam bentuk apartment. Ada apartment 1 bilik, 2 bilik, dan 3 bilik. Yang aku booked, apartment 2 bilik, ada hall yang luas and kitchen. Sampai je bilik, kami rehat dulu sebelum aktiviti 'ukur jalan'. 

Dah rehatkan diri, kita ke Dataran helang dulu, Tapi Tikan tak dapat nak join, dia kepenatan sangat sebab kerja shift malam, Takpe, bagi dia rehat dulu. Kami keluar berlima je la. Sampai Dataran Helang dah lewat petang. Feeling-feeling tengok sunset kat tepi laut la konon. 





Dah bergambar, hari pun nak masuk Maghrib, kami cari kedai makan pulak. Sebab Tikan takde, so kami decide untuk tapau je. Makan ramai-ramai kat hotel, baru sehati-sejiwa gittew. hahah. Balik hotel, segarkan diri, penuhkan perut. Lepas tu termenung tak tau nak buat apa dah. hehe. Lepas makan, kami ke Pasar Malam Pekan Kuah. Jalan-jalan cuci mata, makan somtam. Meriah jugak sebab hujung minggu. Dari Pasar malam tu nampak pulak spotlight funfair, laju-laju kami ke sana, Tadaaa memang ada funfair. Kami main satu game tu, ala-ala King Frog. Best memang best, tapi memang sekali tu je la naik. Tobat tak nak naik dah. Sakit badan sakit tengkuk. Terhentak-hentak dibuatnya. Penat badan. Balik hotel. Tidur. 


Day 2.

Awal-awal pagi lagi semua dah siap. Excited nak pegi island hopping pulak. Kami call agent yang kami book pakej tu. Dia bagi direction ke tempat bot tunggu. Mulanya ingat kena share bot dengan orang lain. Sebab lain harganya pulak kalau kami je 1 bot. Oh ya, untuk island hopping ni, satu kepala kami dicaj RM35. So untuk 6 orang, RM210. Kalau tak silap, kalau sewa 1 bot pulak RM300. Tapi kalau nak sewa 1 bot terus la tak nak share kan. Tapi macam mana entah arrangement yang depa buat, satu bot tu memang kami 6 orang je. Memang boleh buat perangai gila la. Sebelum naik bot, ada pekerja situ mintak kami pose sorang-sorang tepi bot. Untuk apa? tunggu... Excited ni nak pi island hopping. Walaupun dah banyak kali pi Langkawi, tapi tak pernah lagi cuba island hopping. 



1st sekali, bot bawak kami ke Pulau Beras Basah. Tapi masa kami dtg tu air tengah surut. Aktiviti pantai macam banana boat pun tak jalan lagi. Dapat tangkap-tangkap gambar je la. Tapi takpe, bukan niat nak mandi laut pun. Cuci mata cukup :D



Lepas sejam, kami balik ke bot, dibawa ke tempat untuk makan helang pulak. Bukan makan helang, tapi bagi makan kat burung helang. hehee. Habis kat situ, kami ke Tasik Dayang Bunting pulak. Sini penat sikit sebab orang ramai. Nak naik ke jeti pun queue panjang. Sebelum turun bot, driver bot tu bagi kami nombor bot untuk rujukan masa nak balik nanti. Nak menapak dari jeti ke tasik pun jauh jugak. Kat sini kami main celup-celup kaki je. Kan dah kata, takde niat nak mandi pun. 




Dah penat berjalan, kami balik ke jeti. Masa ni tak sesak sangat, sebab petugas kat situ panggil group yang dah complete members je naik. Nasib la kami 6 orang je satu bot. So tak payah tunggu penumpang lain. Just bagitau nombor bot kat petugas situ, petugas tu panggil driver bot kami untuk angkut kami balik ke jeti utama. Sampai je jeti tengok ada cenderamata siap gambar kami pose lagi depa dok jual. Ooo patut la beria mintak kami pose awal-awal tadi. Untuk kenangan, kami pun beli je la. Boleh buat hiasan kan. 


Habis island hopping dah tengahari. Terus cari gerai makan nasi campur. Perut pun kenyang, kami balik hotel, mandi rehat dan sebagainya. Petangnya plan nak naik cable car di Gunung Mat Cincang, tapi tengok cuaca macam tak berapa okay, berangin je, kot sia-sia pulak pegi tapi tak dapat naik cable car nanti. So, postponed plan ke hari esoknya. Tukar plan untuk shopping !! 

Ke mana lagi nak shopping kalau bukan Haji Ismail Group, Idaman Suri, Rams, Langkawi Saga. Mula-mula sekali kami ke Rams, tengok cadar, dan Raja nak cari towel kecik untuk letak dalam goodies bag kenduri dia nanti. Kemudian kami ke Idaman Suri tengok pinggan mangkuk. Macam mak-mak pulak kan. Bukan beli apa pun, saja suka cuci mata. Seterusnya ke HIG. Masa ni baru seronok semua, pakat borong coklat la. 

siap bersila makcik ni 😁
Halo haloo apa serius sangat muka tu

Puas shopping, hari pun dah nak Maghrib. Balik hotel, rehat sekejap. Lepas Maghrib kami ke Pantai Cenang pulak. Cari makan malam kat sana. Tak sure apa nama restoran yang kami makan ni, tapi not bad la. Dah makan, jalan-jalan sepanjang kedai kat Pantai Cenang tu. Memang best. Tapi lenguh kaki berjalan, tak semua kedai pun yang kami masuk. But seriously, suasana malam kat Pantai Cenang memang hidup, memang best. 








Short Getaway to Langkawi Island, Kedah (PART 1)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Destination : Pulau Langkawi, Kedah
Date : 23 - 25 January 2015



Betul la kata orang, kalau dengan kawan-kawan ni tak payah nak plan beria kalau nak ajak bercuti. Memang la ada jenis geng yang memang nak plan betul-betul in details bila nak vacation kat mana-mana untuk elak kelam-kabut. Tapi bagi geng aku rasanya adhoc punya plan ni lagi efektif kot? heheee

Ok, nak dijadikan cerita. Sebenarnya dah lama plan dengan geng nak pegi bercuti sama-sama. Tapi macam yang dikatakan la, bila dah plan beria, alih-alih last minute nanti ada je la perkara yang menghalang. Nak buat macam mana kan.... So, trip kali ni memang simple je. Dari mana datang idea pun tak sure, tapi a week before tu saja-saja sembang dengan geng kat whatsapp group, and ada one of us yang mention pasal trip ke Langkawi. Yang lain pulak setuju. Decide untuk stay 3hari 2malam dari Jumaat - Ahad. Semua excited. Excited tu bukan sebab tak pernah pergi Langkawi, tapi excited sebab this would be out 1st vacation sama-sama. The next morning, masuk je office aku pun cepat-cepat apply cuti and on the spot dapat approval. hehehe. So aku confirm. Lyana & Safara tengah further Master so takde masalah cuti sebab tengah tak busy dengan projek. Raja pulak tengah cuti sem. Mulanya ingat Raja tak dapat join. Yelah, dia nak kawen dah kot within a month, tapi parents dia lepas jugak. Last fling before the ring gituu. Kira boleh jadi bacheloratte party la ni untuk Raja. Hahah. Tikan pun on. Once semua dah confirm, aku terus google tempat penginapan kat sana. Tengok kat Agoda ada insider deal di Simfoni Resort Langkawi. RM 308.00 / 2 nights untuk 2 bedroom apartment include breakfast. Bila tanya dengan geng, semua setuju. So, BOOKED !

Untuk pengangkutan, aku minta pinjam CRV abah sebab bonet besar. Boleh sumbat segala beg-beg kami. Harap 'celuih' la semua. A day before pergi tu, adik aku balik cuti sem. Dia pulak nak ikut. Aku dah pening, macam mana nak sumbat masuk kereta. Plan asal cuma 5 orang je. Aku - Lyana - Raja - Safara - Tikan. Memang just nice la naik CRV. Tapi ni dah 6 orang. Tawakkal je la. Bila bincang balik dengan geng, semua ok.

Ok, sambung next entry. Daaaa!