December 01, 2012

Trip to Indonesia


In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah, selamat pun dah aku pegi dan balik Lawatan Sambil Belajar ke Indonesia selama 4 hari 3 malam. Tapi kalo ikutkan, dah jadi 4 hari 4 malam kalo campur masa perjalanan. Actually, at the first place aku pun tak mengharap yang GM bagi aku ikut serta rombongan ni disebabkan aku hanya pelajar praktikal yang sepatutnya bekerja pada hari-hari lawatan tu. Tapi since cuti aku pun approve, so aku on je la. Ni pun aku pegi atas ‘tiket’ emak aku.

Few days sebelum pegi, aku dengan mak punya la excited sampai pegi pre-shopping dulu barang-barang yang nak bawak nanti. Termasuklah toiletries, sweater, and kasut yang comfy. Duit pun awal-awal lagi dah tukar. Plan asalnya aku dengan mak nak tukar dalam 3,000,000rp je which equals to RM1000+ but then mak cakap dah alang-alang pegi, nak la belikan buah tangan untuk makcik-makcik kat kampung. So tambah lagi 2,000,000rp. Elok pulak sebelum pegi tu elaun praktikal aku pun masuk.

3rd Oct, macam biasa pegi office, then kak sal mintak kat GM balik awal sebab malamnya nak gerak dah. On the way balik rumah sempat lagi pegi cari money changer sebab bawak extra money untuk perbelanjaan office. Malamnya, kak Sal dengan abg Ashmi datang jemput kat rumah untuk ke Ipoh. Dari Ipoh, kami berpecah naik sebuah van + 3 4wheel drive ke LCCT. Rasa macam perarakan je sebab nombor plat kenderaan semua seakan-akan and 4WD tu semuanya hilux. Semua sekali peserta rombongan 20 orang. Tiba kat LCCT jam 4pagi. Travel agent dah tunggu kami untuk uruskan check in.

Dari LCCT kami berlepas jam 7pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta Soekarno Hatta Terminal 3 yang dikhaskan untuk penerbangan AirAsia pada jam 7.55pagi waktu tempatan. Perbezaan waktu Malaysia dan Indonesia cuma satu jam je, yang mana waktu di Indonesia lewat satu jam berbanding Malaysia. Di airport dah ada travel agent yang dah tunggu, Ranah Wisata Tour & Travel dan lawatan kami selama 4 hari tu akan diketuai oleh Pak Adi. Dari Jakarta, kami terus ke Bogor. Di dalam bas persiaran atau di Indonesia dikenali sebagai parawisata, bermula sesi ice breaking antara kami ahli rombongan dengan travel agent. Lawak betul bila Pak Adi nak pronounce nama kami semua, yelah nama kami nak disebut dalam dialek Indonesia. Bila Pak Adi panggil aku nona, kembang kencup rasanya. Hahahah. Ahli rombongan yang lain majoritinya ibu-ibu dan bapak-bapak.


On the way ke Bandung kami singgah lunch masakan padang dan kemudian ke daerah yang terkenal dengan barangan kulit *tak ingat apa nama tempat tu. Mulanya rasa agak asing dengan environment negara orang walaupun tak jauh beza dengan negara sendiri. Nak berkomunikasi pun terpikir-pikir lagi perkataan yang sesuai. Selesai satu aktiviti, bermulalah aktiviti lawatan kami. 1st destination, Ladang Tapos di Bogor yang mana kami melawat ladang lembu. Lembu kat Tapos kalo nak dibandingkan dengan lembu di Malaysia, fuhh jauh jugak bezanya. Aku terkejut sekejap masa tengok saiz lembu-lembu tu. Selesai melawat dalam jam 3ptg, aku dah mula rasa tak selesa sebab still belum dapat mandi. Bau lembu pun dah melekat kat baju. Dari Bogor, kami teruskan perjalanan ke Bandung pulak melalui Punchak. Berhenti sekejap kat Punchak, hari mula nak hujan. Dengan cuaca sejuk kat atas Punchak tu memang cepat-cepat cari sweater. Punchak tu lebih kurang Cameron Highland jugak la, suhu rendah, kiri kanan bukit penuh ladang teh. Lebih kurang jam 9 mlm, kami selamat tiba di Bandung dan terus ke local restaurant untuk dinner. Turun-turun je bas, kami diserbu oleh penjual-penjual jalanan yang jual bermacam jenis souvenir. Untuk dinner, kami makan makanan sunda pulak sambil dijamu nyanyian karaoke lagu-lagu dangdut. Selesai makan, terus ke hotel. Kami check in di Naval Hotel. Masuk je bilik terus serbu katil nak rehatkan badan dan tulang-tulang yang dah naik kematu seharian dalam perjalanan. Dapat pulak mandi lepas seharian tak mandi, lagi lah rasa nikmat. Lepas mandi, cecah je kepala kat bantal memang terus lena. Charge energy untuk aktiviti esoknya.

 

2nd day di Indonesia. Kami masih di Bandung. Lepas breakfast kat hotel, kami ke Balai Penelitian Tanaman dan Sayuran (BALITSA) untuk melihat aktiviti pertanian di sana. Kami diberi taklimat dan seterusnya bersoal-jawab dengan pegawai-pegawai BALITSA. Selepas sesi bersoal jawab, kami dibawa melawat kawasan tanaman dan sayuran. Cantik sangat environment kat sana dan tanaman pun sangat subur. BALITSA ni berdekatan dengan salah satu kawasan gunung berapi di Indonesia dan ini menyebabkan tanah di sana subur dan sesuai untuk aktiviti bercucuk tanam. Selesai di BALITSA, kami lunch masakan padang lagi sebelum ke Pasar Baru. Kami para wanita memang makan sungguh-sungguh nak isi tenaga sebab aktiviti seterusnya memang memerlukan tenaga yang banyak :D Tiba di Pasar Baru, masing-masing berpecah. Pasar Baru ni memang sangat terkenal sebagai tempat membeli belah pakaian, kain pasang, sarung, tudung, telekung, dan merupakan tarikan utama kaum-kaum ibu. Bangunan Pasar Baru ni sangat besar dan kami cuma diberi masa selama 3jam untuk shopping. Aku dengan mak cepat-cepat membeli apa yang patut. Seronok sebenarnya bargain kat sana. Dari harga asal yang peniaga letak, kami cuba bargain harga serendahnya. Hasilnya banyak jugak kain pasang dan telekung yang dapat diborong sampai tak cukup tangan. Kaki aku masa tu memang dah letih ikut mak. 1st time aku tengok mak aku tersangat excited shopping. Maybe sebab abah takde kot, kalo ada abah memang terbatas sikit langkah kami. Hehe. Selesai di Pasar Baru, kami ke Jalan Riau pulak, shopping di factory outlet. Ni masa para lelaki pulak shopping baju dan seluar. Kaki yang dah sedia letih ni bertambah letih bila masuk satu persatu factory outlet untuk belikan abang seluar jeans. Akhirnya jumpa jugak jeans Levi’s dengan harga yang sangat reasonable. Aku pulak sempat beli kemeja panjang. Then, aku cuma duduk tunggu mak aku pusing-pusing dalam factory outlet tu sebab aku dah tersangat letih nak berjalan. Selesai shopping, kami dinner seafood pulak sebelum balik hotel. Dah balik hotel, masing-masing buat aktiviti sendiri. Kak sal dengan kak fiza siap panggil service mengurut kt bilik hotel. Aku tak terpikir langsung nak panggil orang datang urut. Charge pun murah. Memang rasa rugi tiba-tiba. Aku duduk kat bilik layan sinetron, mak pulak pack barang-barang yang shopping tadi dalam luggage. Tapi bila kaki dan mata dah letih, alih-alih layan sinetron dalam mimpi la pulak.


3rd day di Indonesia. Awal pagi lepas breakfast, kami check out untuk ke Jakarta. Dari Bandung ke Jakarta memakan masa lebih kurang 3 jam. Destinasi seterusnya, ke Taman Mekarsari yang terkenal dengan pelbagai jenis buah-buahan. Kami dibawa melawat sekitar taman dengan menaiki kereta api. Taman Mekarsari ni memang sangat besar dan cantik. Macam-macam jenis buah ada. Yang uniknya, banyak buah-buahan ni dikacukkan antara satu sama lain. Dari Taman Mekarsari, kami menuju ke ITC Chempaka Mas pulak. Shopping mall ni sangatlah besar, potensi untuk sesat memang tinggi. Aku, mak, kak bai, cik as, jalan sekumpulan. Kat sini macam-macam jugak dijual. Mak belikan abah tali pinggang kulit. Aku belikan kain pasang yang Alia kirim. Kat tangan ada baki duit lagi 1,500,000rp. Ikut hati memang macam-macam lagi aku nak beli, tapi memikirkan luggage yang dah penuh sepenuhnya tu, cancel niat. Lepas shopping, kami dinner kat warung yang bertaraf hotel. Hehe. Kemudian, terus check in di Trinity Hotel untuk rehat di malam terakhir. Kat bilik, aku dengan mak sumbat lagi luggage dengan barang-barang yang beli di Chempaka Mas tadi. Penuh 2 beg besar dengan baju-baju kami dan barang-barang shopping. Tak cukup tu, hand carry mak pun penuh. Siap packaging, layan sinetron lagi sebelum tido.



Last day. Awal pagi lepas breakfast, kami check out. Masing-masing bawak turun luggage yang dah beranak-pinak. Yang dari 1 beg, beranak ke 2 beg. Travel agent tu siap prepare extra name tag dah untuk extra bag tu. Memang bagus travel agent ni. Dah check out, kami ke destinasi lawatan terakhir iaitu Monumen Nasional Negara (MONAS) yang terletak kat tengah kota Jakarta. Masa untuk snap pics. Then kami naik menara tu untuk tengok Bandar Jakarta dari atas menara. Memang best. Tapi kecik je kawasan atas tu. Ada macam menara Alor Setar jugak la. Dekat 2jam jugak habiskan masa kat situ. Then, sebelum ke Airport, kami singgah di Thamrin City untuk last minute shopping. Tahmrin City ni lagi besar dari ITC Chempaka Mas. Yang dijual pun lebih kurang macam barang-barang kat Pasar Baru. Aku dengan mak jalan berdua, terpisah dengan Kak Bai dan Cik As. Kat Tamrin, kami shopping telekung untuk sedara mara and kemeja muslim untuk abah. Lagi, untuk habiskan duit yang berbaki 1,300,000rp, aku beli baju ala-ala punjabi untuk aku, pikah dan manja, then body mist. Tak lupa jugak hand carry sebab luggage dah penuh. Selesai shopping, kami singgah pulak lunch. Nasi padang lagi. 4 hari berturut makan nasi padang memang dah tak selera. Tekak ni dah tak mampu terima. Sudahnya makan nasi kosong je. Masa tu memang starving masakan kampung kita dah. Kat kepala dah terbayang-bayang sambal belacan, sambal tempoyak, rendang, kari, fuhhh. 


Jam 4ptg waktu Indonesia, kami dah tiba di Airport and check in luggage. Mula-mula tu risau je kalau berat luggage tu melebihi yang kami dah bayar. Tapi selamatlah still ada lebih 80kg. Sebelum masuk balai menunggu, masing-masing ucap terima kasih kat Pak Adi juga 2 lagi kakitangan Ranah Wisata Travel & Tour yang mengatur aktiviti dan membawa kami semua sepanjang 4 hari di Indonesia. Service dorang memang the best. Lepas ni kalo nak buat rombongan or bercuti kat Indonesia, I’m fully recommend this travel agent. Sangat-sangat berpuas hati.


Sementara tunggu flight jam 6.30ptg waktu Indonesia, kami minum-minum dulu. Then, kami dimaklumkan flight delay by 2 hours sebab cuaca teruk. Jenuh la kami bertapa, nasib la disediakan makanan untuk penumpang-penumpang flight delay ni. Makanan dia not bad la, asalkan bukan nasi padang lagi. Hehe. Jam 8.30mlm baru kami boarding and take off tepat jam 9mlm waktu Indonesia. Kali ni aku dapat duduk tepi tingkap. Cantik sangat dapat tengok lampu-lampu kat Bandar Jakarta. Sekali pandang macam larva gunung berapi pon ada. Baru kira-kira nak tido, stewardess datang bawakkan dinner. Makan lagi. Kali ni nasi goreng sate pulak. Selera dah mati masa tu, pikir nak tido je. Makan pun ala kadar je.

Kami selamat tiba di LCCT, jam 11.40malam. Selesai check in dan check imigresen, selamat tak kena tahan masa dok scan beg tu. Ada antara kami yang kena tahan sebab imigresen detect satu beg tu penuh dengan barang-barang baru yang beli kat Indon. Satu tips nak dikongsi ni yer, kalo korang rasa korang banyak sangat barang shopping, sila tanggalkan plastik-plastik yang bungkus barang-barang tu or kalo taknak tanggalkan, do split those things into different luggage. Jangan letak semua barang-barang shopping tu dalam satu luggage sebab boleh detect. If letak barang-barang tu into differents luggage, tak la nampak banyak sangat barang yang dibeli. Kami ni nasiblah tak letakkan barang-barang dalam satu beg yang sama. Kiranya campur la barang yang baru beli dengan baju-baju yang kami bawak. So, jangan letak barang-barang baru dalam satu beg yer, nanti tak pasal-pasal kena bayar tax mahal. Dannnn, dari pengalaman aku masa tu la kan, masa lalu kat imigresen tu, depa akan perati je kita ni, kalo yang dok bawak satu luggage je depa bagi lepas, kalo yang bawak 2-3 luggage ni yang depa tahan and kasi scan itu luggage. Aku pulak masa tu bukan bawak satu luggage, tapi siap tolak troli kot dengan 4 luggage sebab kak bai tumpang letak kat troli. Tapi bukan semua luggage tu kena scan, ada yang selected je.

Kat luar, driver office dah tunggu. Loading barang-barang dalam van, then masuk tido atas van. Untungnya aku sebab dalam van yang boleh muatkan 10 orang tu, cuma ada 6 je penumpangnya. Aku ambik seat paling belakang, boleh tido melunjur. Haha, buruk perangai. Nasib la waktu malam, so tak nampak sangat. Kami semua selamat tiba di Ipoh jam 3.30pagi. Abg zaidi bawak van punya la laju. Mentang-mentang la van baru, sakan dia drift. Sedar-sedar dah sampai. Ke aku yang tido mati? Hehe. Dari Ipoh, kami gerak balik ke Kuala Kangsar pulak naik kereta Kak Salina. Alhamdulillah selamat jugak sampai rumah jam 5pagi. Terus tuju ke katil. Cover balik tido sampai tengahari. Sekian :D