May 18, 2016

Trip to Ho Chi Minh (PART 2)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


TEMPAT-TEMPAT MENARIK SEKITAR PASAR BEN THANH





PASAR BEN THANH
Ini memang tarikan utama la kan. TEMPAT WAJIB PERGI kata orang. Pasar Ben Thanh mula beroperasi dari jam 9.00pagi hingga 5.00ptg. Kat dalam pasar ni antara yang dijual ialah pakaian siap seperti tshirt, seluar, blouse, baju kanak-kanak, kain pasang, kasut, segala mak nenek beg (handbag, wallet, purse, bagpack, sling bag, luggage), souvenirs, bermacam jenis kacang, kopi, dan banyak lagi.

Kedai-kedai dalam pasar ni kecik-kecik je, dan banyak pulak lorong-lorong kecik antara kedai. Kalau first time masuk, memang tersesat jugak la. Tapi 2-3 kali masuk, confirm tak sesat dah, siap boleh hafal koordinat kedai kat mana lagi.  Dah tu asyik tuju kedai yang sama je :D Macam aku la, 1st day pegi kedai kain ni, tapi bila balik hotel rasa tak puas. Esok ulang pi kedai yang sama lagi. Ok, kedai-kedai kain dalam pasar ni ada ambil upah jahit baju terus. Korang request je nak design macam mana dan jangan terkejut kalau depa hulur ipad tunjuk design latest yang depa cilok kat internet. Dalam masa 24jam dah boleh siap dan depa akan hantar terus ke hotel.

Urus niaga dalam pasar ni boleh pakai Dong / RM / USD. Tapi aku prefer pakai RM sebab senang kita nak kira dan compare. Untuk harga pulak, sila bargain semurah yang boleh. Mulakan bargain dengan potongan dari 70%. Macam handbag, dari harga RM300 boleh dapat sampai RM100 je. Janji pandai runding.



BEN THANH NIGHT MARKET
Pasar Malam bermula dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam. Ia terletak di bahagian kiri dan kanan Pasar Ben Thanh. Basically, apa yang dijual di pasar malam adalah sama je dengan apa yang dijual kat dalam pasar Ben Thanh waktu siang. Kalau dari segi harga pulak, pada aku tak banyak beza pun. Kalau korang nak borong kain ela, better borong kat dalam Pasar Ben Thanh waktu siang sebab lagi banyak choice compare dengan night market. Kalau nak beli beg, kat pasar malam memang banyak choice. Kat pasar malam, aku berjaya rembat bagpack deuter 45litre dengan harga RM25 dan handbag.  



SAIGON SQUARE
Kalau nak ke Saigon Square, jalan kaki sikit je dari pasar Ben Thanh. Dari pintu utama pasar, akan nampak roundabout, then seberang jalan ke sebelah kiri roundabout tu. Jalan sampai hujung, akan Nampak pintu masuk Saigon Square. Kat Saigon Square banyaknya jual shirts, seluar, baju budak. Kat sini peniaga dia tak berapa ramah, so kena approach dulu kalau nak tanya harga or berkenan nak beli. Harga pulak, lebih kurang je kalau nak compare dengan harga barang-barang di pasar Ben Thanh.



TAKA PLAZA
Dari Saigon Square, kena seberang jalan semula kalau nak ke Taka Plaza. Senang refer kat map, payah pulak nak terang arah. Hehee. Kat Taka Plaza, pun sama jugak macam Saigon Square, banyak jual shirts, seluar, baju budak. Masa aku blog walking pasal tempat-tempat menarik kat Ben Thanh, dapat tau yang kat Taka Plaza pun ada jual telekung dan baju kurung yang siap dijahit dengan harga yang quite murah. Tapi sebab dah penat sangat berjalan, kami tak jelajah pun dalam Taka Plaza tu. Serious memang lenguh dah kaki berjalan.



ROHANI COLLECTIONS
Kedai ni betul-betul belakang pasar Ben Thanh. On the way balik hotel kami ternampak kedai ni, saja-saja masuk nak cuci mata, tapi memang best. Banyak baju-baju kurung bermanik dengan harga yang sangat affordable. Jubah, baju kurung moden, tudung, telekung pun ada jugak. Baju kurung cotton manik cuma berharga RM48 sahaja. Masuk kedai tu, bersila la sambil pilih baju. Aku sempat beli sepasang baju kurung moden mini siap dengan harga RM75 dan jubah Zawara bak kata tokei kedai dengan harga RM65. Kat sini pun ada dijual tudung Naelofar & Bokitta Hijab. Tapi tak banyak sangat choice. Kalau niat nak borong tudung naelofar, boleh pegi kat Malaysian Street, serious memang banyak choice. Paling murah boleh dapat dengan harga RM16/helai. Boleh borong untuk sedara mara kat kampung tu.



SPORT SHOPS
Dari arah hotel kami, Halo Hotel cuma jalan kaki tak sampai 10 minit pun kalau nak ke sport shops. Dari arah hotel, jalan terus ke hujung jalan Than Khua Huan. Kat hujung jalan ada simpang tiga. Seberang jalan, dan jalan dalam 50m lagi. Kat sebelah kiri jalan akan nampak sederet kedai yang jual peralatan sukan. Kasut sukan kat sini memang murah. Kami masing-masing beli kasut sukan. Harga range dari RM50-RM100. Ye boleh pakai dong atau RM jugak. Jangan lupa bargain to get the best price ye.




Ok, rasanya ini je tempat-tempat yang kami sempat pegi selama 3 hari kami di Ho Chi Minh City. Yes, memang tak banyak tempat yang dapat pergi sebab kekangan masa. Mungkin lepas ni kena datang lama lagi sebab nak merasa ke Chu Chi Tunnel dan Delta Mekong Tour pulak.

Overall, aku sangat-sangat happy sebab to us, this trip is a success, dan Alhamdulillah takde masalah / benda-benda yg tak diingini jadi kat kesemua kami. Walaupun banyak benda-benda negative yang kami baca sebelum pegi ke Vietnam sampaikan ada yg cakap Vietnam adalah Negara yg tak selamat utk dikunjungi, tapi Alhamdulillah, kami selamat pegi dan balik. Pada aku, pokok pangkalnya pada kita jugak, kalau niat kita betul, InshaaAllah dipermudahkan semua urusan. Sentiasa berhati-hati dan jangan ‘ingker’ sangat bak kata orang Perak :D



Ok bye!


Next trip pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee



May 11, 2016

Trip to Ho Chi Minh (PART 1)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Destination : Ho Chi Minh City, Vietnam
Date : 04 - 06 May 2016
 

Alhamdulillah, our trip to Ho Chi Minh, Vietnam berjalan lancar. Selamat pergi dan kembali ke Malaysia. Eventhough sebelum pergi ada baca banyak bad experience dari backpackers yang dah pergi ke Ho Chi Minh dan viral kat facebook, tambah pulak few days sebelum pegi tu keluar berita pasal rakyat Malaysia ditemui mati dalam bilik hotel kat sana, tapi kami tawakkal je semoga trip kami selamat. Untuk entry ni, aku ringkaskan segala info-info penting pasal trip kami ke Ho Chi Minh City pada 04 May hingga 06 May 2016 yang lepas.




1. TIKET FLIGHT
Trip kami ni, again with my beloved geng sardin. Cuma Raja dan Tikan pulak tak dapat join due to personal matter. Kami pergi bertujuh + sorang baby. Liyana-Haidil, Tikah-Syaha-Naura, Aku-Safara-Pikah. Kami beli tiket flight AirAsia 4 bulan sebelumnya and it costs us RM330.00/adult and RM100.00/infant for return ticket include baggage. Punya la payah nak pilih date sebab nak pastikan semua takda masalah utk date yang akan kami pilih. Bincang punya bincang, we decided to go on 4th May – 6th May 2016. Untuk tiket pergi tu kami beli tak include luggage, so kena betul-betul atur la kami punya hand carry. Segala lag items which is liquids macam sabun, shampoo, perfume, pencuci muka, semua kena isi elok-elok dalam botol-botol kecik yang maksimanya 100ml each. Botol-botol tu boleh beli kat Mr.DIY / Daiso. Then, kena masukkan pulak dalam resealable plastic bag. Letak dlm plastic biasa pun takpe je rasanya. Untuk hand carry, mesti tak lebih 7KG ye. Tapi dari awal masuk departure hall sampai la masuk dalam flight, tak de la pulak hand carry tu kena timbang to make sure below 7KG. Untuk size bag or details pasal hand carry and luggage, boleh check kat website rasmi airasia.



















2. HOTEL
Awal bulan April, aku dah book hotel utk kami semua. Aku book by credit card thru Agoda.com. Pilihan aku Halo Hotel, kat jalan Thu Khoa Huan. Hotel ni area pintu belakang Ben Thanh Market. Cuma 100m je jaraknya. Dekat sangat dah dengan pasar tu, jalan kaki tak sampai 5 minit pun. Keluar pintu hotel, pandang kanan, jelas dah nampak pintu pasar. Ramai yg suggest ambik hotel kat Malaysian Street, tapi aku prefer hotel ni based on good review kat Agoda.com dan harga pun sangat affordable. Aku ambil 2 standard room untuk pasangan kelamin, dan 1 triple room untuk kami bertiga geng bujang ni. Untuk standard room RM90/night dan triple room RM160/night. Untuk hotel, hari-hari jugak aku survey harga kat agoda. Ada few choices la, tapi lepas survey, this is the best hotel dgn rate yg paling sesuai dengan bajet kami. Untuk hotel, aku sangat-sangat recommend hotel ni. Mudah nak ke mana-mana sebab boleh dikatakan hotel di di tengah-tengah kalau nak ke tempat-tempat tarikan utama area ben thanh, convenience store pun dekat je. Sepanjang 3 hari kami menginap di Halo Hotel, kami sangat berpuas hati. Staff hotel sangat helpful dan friendly. Sorang bellboy namanya NAM, nampak je kami turun teksi terus laju-laju dia bukakan pintu hotel dan bawakan luggage kami. Dia pun boleh berbahasa Malaysia sikit-sikit dan inisiatif dia untuk belajar bahasa kita tu buat aku tabik kat dia. Tanya je la apa pun kat dia, even dia tak tau pun dia akan cuba cari info tu untuk kita. Bila kami tanya arah nak ke tempat-tempat menarik kat kawasan sekitar pun, sungguh-sungguh dia explain how to get there, siap tolong lukis atas map lagi. Thanks NAM!




3. MONEY CHANGER
Sebulan sebelum pegi, tiap-tiap hari kena monitor turun naik currency. Di Ho Chi Minh, specifically kalau shopping area Ben Thanh Market tu, kita boleh guna 3 jenis currency: Vietnam Dong / Ringgit Malaysia / US Dollar. Even peniaga situ akan tanya kita nak bayar pakai currency apa. Untuk bayar teksi dan makan guna VND. Shopping boleh guna RM. And utk trip ke tempat-tempat tumpuan pelancong mcm Chu Chi Tunnel / Mekong Delta, guna USD. Since kami pergi cuma 3 hari, so our main objective hanyalah untuk shopping. Thus, kami tukar VND je and standby 10usd sorang for emergency. 5 hari sebelum pegi, aku ke UAEX Change Ipoh untuk tukar duit. Tempat ni betul-betul sebelah McDonalds depan UTC Ipoh. Aku compare few money changer, and this one yang quite okay harganya. VND1,000,000 bersamaan RM180.00. Aku just tukar VND2,000,000 @ RM360.00. Cukup ke nak shopping dengan hanya 2million dong?? Memang tak cukup. Tapi kan boleh pakai RM. So banyak la bawak RM. Jangan risau, even duit kita jatuh pun, as at bulan May 2016 ni elok je depa terima duit kita. Tapi in case korang nak pakai duit dong jugak, and bila sampai sana tak cukup duit dong, boleh cari money changer. Betul-betul kat simpang nak masuk ke Malaysian Street.




4. TOURIST GUIDE
Since our main objective is for shopping, so kami tak perlukan tour guide. Tempat-tempat shopping hanyalah di sekitar Ben Thanh Market sahaja. Saigon Square, Taka Plaza, War Museum, Independence Palace, Sport Shops, semua hanya walking distance je dari hotel. Lagi pula, masa 3 hari tu sangat singkat untuk kami melawat tempat-tempat menarik yang lain di Ho Chi Minh. Ikutkan hati memang nak sangat pergi Tour Delta Mekong. Kata orang, tak complete trip ke Vietnam kalau tak ke Delta Mekong. But it takes one day tour sebab jaraknya dari District 1 ni agak jauh. Same goes to Chu Chi Tunnel Tour. Ia makan masa sekurang-kurangnya half day tour. Mungkin kena datang lagi lain kali untuk ke tempat-tempat ni. Ok, untuk tour ni boleh ambik pakej dari hotel. Macam kat Halo Hotel pun, receptionist ada suggest untuk kami ambil pakej tour dari dorang, tapi memandangkan kesuntukan masa, tak dapat la kami ambik. Kalau taknak ambil pakej kat hotel, di jalan Thu Khoa Huan ni pun ada beberapa travel agencies yang tawarkan berbagai pakej. 


5. PARKING KE KLIA2
Aku-Safara-Pikah akan gerak dari Kuala Kangsar ke KLIA by car. Sebelum subuh lagi kami akan bergerak dari rumah. Liyana-Haidil ambil flight dari KB ke KLIA2. Tikah-Syaha-Naura pulak dari sekitar KL. Aku tanya pakcik google, kat mana park area yang convenience untuk ke KLIA2 since parking kat KLIA2 memang tak mampu la mak nak bayar, so this is the recommended place. Putrajaya Sentral Park & Ride. Waze je Putrajaya Sentral, just ikut arah yang ditunjuk. Ini parking berbumbung ye, so toksah risau kereta berhujan berpanas sepanjang park kat situ. Jangan lupa snap gambar tiang dan ingat floor berapa park kereta, jangan jadi macam kami ni, excited sangat masa nak pegi tapi bila balik dah tak ingat park kat tingkat berapa. Penyudahnya berlegar-legar la dalam tu dekat sejam mencari kereta sendiri. Dah park kereta, terus ke kaunter dalam bangunan tu dan beli tiket KLIA transit ke KLIA2. Ada yg tanya, tak jauh ke dari tempat parking kereta dengan tempat tunggu ERL? Tak jauh pun, dalam bangunan yang sama jugak. Tapi jalan kaki sikit la dalam tu. Untuk 3 hari park kereta kt situ, kami kena bayar RM14.00, dan harga tiket KLIA Transit dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 pulak RM9.60 sehala untuk dewasa. Students boleh pakai kad diskaun siswa ye, dapat 30% diskaun. Dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 makan masa dalam 20minit.




6. SIMCARD
Masa dalam flight, sempat jugak Tikah tanya orang Vietnam yang duduk seat sebelah, simcard apa yang bagus utk pelancong. So dia suggest 2 line ni either VIETTEL or MOBIFONE. Harga dan data/call yang 2 line ni offer sama je, jadi kami pilih VIETTEL. Utk 290,000 dong dapat 3gb data internet, dan 18minit international call. Sebab tak tau nak bajet banyak mana data yang kami akan guna, kami pun beli je la, dah penjual tu pun suggest pakej tu.  Selama 3 hari kat sana, aku cuma pakai 1.6gb data sahaja, tu pun aku bukak streaming runningman, bukak youtube, tak habis jugak. Jadi, aku suggest, tak payah beli data besar sangat. If korang just guna internet utk whatsapp, instagram, FB, twitter, 1gb pun dah lebih dari cukup. If nak beli data besar, boleh share hotspot dengan yang lain-lain je. Lagi senang, tak perlu simcard pun tak apa sebab mostly hotel ada provide free wifi. Boleh la save duit untuk shopping. Heheee


7. TEKSI
Dari pengalaman-pengalaman blogger yang aku baca, ramai pelancong yang kena tipu dengan pemandu teksi. Kena berhati-hati pilih teksi ye. Kat luar airport tu memang banyak teksi menunggu. Tapi jangan mudah ikut. Yang boleh dipercayai hanya teksi VINASUN dan MAILINH. Kalau nak rasa pengalaman kena ketuk dengan driver teksi berkali ganda harga yang sepatutnya bayar, boleh la try ye :D Dari airport ke Halo Hotel, tak jauh pun sebenarnya, lebih kurang 30minit perjalanan, tapi keadaan trafik kat sini, sabar je la nak, kereta motor main hentam kromo je cross sana sini. So, harga tambang teksi yang kami kena bayar VND 130,000. Make sure tengok meter tu betul-betul. Macam teksi VINASUN ni kaedah kira tambang ada ditampal kat dalam teksi. Rajin-rajinkan diri baca dan faham. 





8. MAKANAN HALAL

Basically, kebanyakan hotel memang serve makanan yang tak halal. Kalau ada pun portion makanan halal, still ragu-ragu nak makan. Tapi jangan risau pasal makanan halal kat area ben thanh ni sebab restoran halal yang diusahakan oleh orang Muslim memang banyak. Antara yang kami sempat rasa Restoran Kampung Pandan, Restoran Hajah Basiroh dan Restoran Halal Amin. Actually banyak lagi restoran halal, cuma tak berkesempatan nak rasa semua. Kat tepi-tepi jalan jugak ada ramai peniaga-peniaga yang jual buah-buahan. Lagi satu, area ni sangat terkenal dengan kopi. Jadi, wajib cuma kopi ais kalau kat sini ye. Banyak je peniaga-peniaga naik motor yang jual kopi ais ni. Yang penting, kat motor ada tampal stiker halal lagi. Kalau korang bukan penggemar kopi don’t worry, ada jugak milo ais & teh o ais limau yang korang boleh rasa.

 kakak kopi :D

 N.G. Kampung Restoran Halal Amin. Serious sedap! Ada sambal hitam lagi



9. SERVIS WRAP LUGGAGE
Hotel-hotel kat sini mostly ada sediakan penimbang dan servis wrap beg. Harga wrap beg kat hotel RM10/bag. Better wrap siap-siap kat hotel, sebab harga wrap kat airport mahal sikit. Sebelum tu timbang la dulu, mana la tau dah terlebih berat sebab banyak sangat shopping :D Since kami book tiket flight sekali, so luggage pun kami share berat, as in 20kg terus darab 6orang je, takde asing sorang 20kg. Dah siap timbang, ada lagi lebih kurang 30kg space free, membazir pulak :(





Ok, next entry nak update pasal tempat-tempat menarik sekitar kawasan Ben Thanh yang sempat kami pegi pulak :))

May 10, 2016

TripIt

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful





Have you ever heard about TripIt ? For those yang suka travel, you guys might need it as TripIt is actually an application yang sangat-sangat membantu untuk organize our travel plan dalam satu aplikasi je. Aplikasi ni boleh jadi kita punya trip planner la. Dalam aplikasi ni kita boleh update semua info pasal transportation, tempat penginapan, hingga la ke itinerary sepanjang percutian dari mula hingga habis percutian. Bagi aku, aplikasi ni sangat-sangat membantu sebab aku boleh tengok semua info di hujung jari je. Untuk mula, kena la create satu trip, for example : Trip to Krabi, Thailand. Then update segala details pasal percutian. Once dah create, kita jugak boleh share itinerary dengan those yang join trip kita. So depa pun boleh tengok segala updated itinerary. Senang kan? So bila korang lupa apa nombor flight, bila kena boarding, nama hotel, map ke hotel, dll, korang just bukak je aplikasi ni dan tadaaaa semua info di hujung jari. If korang nak tau lebih lagi fungsi aplikasi ni, why don't you give it a try? Just download this application at play store / app store for free!








Few days before the trip, we'll receive a notification through our email. Best kan? Bertambah-tambah excited :D




'Till then