May 18, 2016

Trip to Ho Chi Minh (PART 2)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


TEMPAT-TEMPAT MENARIK SEKITAR PASAR BEN THANH





PASAR BEN THANH
Ini memang tarikan utama la kan. TEMPAT WAJIB PERGI kata orang. Pasar Ben Thanh mula beroperasi dari jam 9.00pagi hingga 5.00ptg. Kat dalam pasar ni antara yang dijual ialah pakaian siap seperti tshirt, seluar, blouse, baju kanak-kanak, kain pasang, kasut, segala mak nenek beg (handbag, wallet, purse, bagpack, sling bag, luggage), souvenirs, bermacam jenis kacang, kopi, dan banyak lagi.

Kedai-kedai dalam pasar ni kecik-kecik je, dan banyak pulak lorong-lorong kecik antara kedai. Kalau first time masuk, memang tersesat jugak la. Tapi 2-3 kali masuk, confirm tak sesat dah, siap boleh hafal koordinat kedai kat mana lagi.  Dah tu asyik tuju kedai yang sama je :D Macam aku la, 1st day pegi kedai kain ni, tapi bila balik hotel rasa tak puas. Esok ulang pi kedai yang sama lagi. Ok, kedai-kedai kain dalam pasar ni ada ambil upah jahit baju terus. Korang request je nak design macam mana dan jangan terkejut kalau depa hulur ipad tunjuk design latest yang depa cilok kat internet. Dalam masa 24jam dah boleh siap dan depa akan hantar terus ke hotel.

Urus niaga dalam pasar ni boleh pakai Dong / RM / USD. Tapi aku prefer pakai RM sebab senang kita nak kira dan compare. Untuk harga pulak, sila bargain semurah yang boleh. Mulakan bargain dengan potongan dari 70%. Macam handbag, dari harga RM300 boleh dapat sampai RM100 je. Janji pandai runding.



BEN THANH NIGHT MARKET
Pasar Malam bermula dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam. Ia terletak di bahagian kiri dan kanan Pasar Ben Thanh. Basically, apa yang dijual di pasar malam adalah sama je dengan apa yang dijual kat dalam pasar Ben Thanh waktu siang. Kalau dari segi harga pulak, pada aku tak banyak beza pun. Kalau korang nak borong kain ela, better borong kat dalam Pasar Ben Thanh waktu siang sebab lagi banyak choice compare dengan night market. Kalau nak beli beg, kat pasar malam memang banyak choice. Kat pasar malam, aku berjaya rembat bagpack deuter 45litre dengan harga RM25 dan handbag.  



SAIGON SQUARE
Kalau nak ke Saigon Square, jalan kaki sikit je dari pasar Ben Thanh. Dari pintu utama pasar, akan nampak roundabout, then seberang jalan ke sebelah kiri roundabout tu. Jalan sampai hujung, akan Nampak pintu masuk Saigon Square. Kat Saigon Square banyaknya jual shirts, seluar, baju budak. Kat sini peniaga dia tak berapa ramah, so kena approach dulu kalau nak tanya harga or berkenan nak beli. Harga pulak, lebih kurang je kalau nak compare dengan harga barang-barang di pasar Ben Thanh.



TAKA PLAZA
Dari Saigon Square, kena seberang jalan semula kalau nak ke Taka Plaza. Senang refer kat map, payah pulak nak terang arah. Hehee. Kat Taka Plaza, pun sama jugak macam Saigon Square, banyak jual shirts, seluar, baju budak. Masa aku blog walking pasal tempat-tempat menarik kat Ben Thanh, dapat tau yang kat Taka Plaza pun ada jual telekung dan baju kurung yang siap dijahit dengan harga yang quite murah. Tapi sebab dah penat sangat berjalan, kami tak jelajah pun dalam Taka Plaza tu. Serious memang lenguh dah kaki berjalan.



ROHANI COLLECTIONS
Kedai ni betul-betul belakang pasar Ben Thanh. On the way balik hotel kami ternampak kedai ni, saja-saja masuk nak cuci mata, tapi memang best. Banyak baju-baju kurung bermanik dengan harga yang sangat affordable. Jubah, baju kurung moden, tudung, telekung pun ada jugak. Baju kurung cotton manik cuma berharga RM48 sahaja. Masuk kedai tu, bersila la sambil pilih baju. Aku sempat beli sepasang baju kurung moden mini siap dengan harga RM75 dan jubah Zawara bak kata tokei kedai dengan harga RM65. Kat sini pun ada dijual tudung Naelofar & Bokitta Hijab. Tapi tak banyak sangat choice. Kalau niat nak borong tudung naelofar, boleh pegi kat Malaysian Street, serious memang banyak choice. Paling murah boleh dapat dengan harga RM16/helai. Boleh borong untuk sedara mara kat kampung tu.



SPORT SHOPS
Dari arah hotel kami, Halo Hotel cuma jalan kaki tak sampai 10 minit pun kalau nak ke sport shops. Dari arah hotel, jalan terus ke hujung jalan Than Khua Huan. Kat hujung jalan ada simpang tiga. Seberang jalan, dan jalan dalam 50m lagi. Kat sebelah kiri jalan akan nampak sederet kedai yang jual peralatan sukan. Kasut sukan kat sini memang murah. Kami masing-masing beli kasut sukan. Harga range dari RM50-RM100. Ye boleh pakai dong atau RM jugak. Jangan lupa bargain to get the best price ye.




Ok, rasanya ini je tempat-tempat yang kami sempat pegi selama 3 hari kami di Ho Chi Minh City. Yes, memang tak banyak tempat yang dapat pergi sebab kekangan masa. Mungkin lepas ni kena datang lama lagi sebab nak merasa ke Chu Chi Tunnel dan Delta Mekong Tour pulak.

Overall, aku sangat-sangat happy sebab to us, this trip is a success, dan Alhamdulillah takde masalah / benda-benda yg tak diingini jadi kat kesemua kami. Walaupun banyak benda-benda negative yang kami baca sebelum pegi ke Vietnam sampaikan ada yg cakap Vietnam adalah Negara yg tak selamat utk dikunjungi, tapi Alhamdulillah, kami selamat pegi dan balik. Pada aku, pokok pangkalnya pada kita jugak, kalau niat kita betul, InshaaAllah dipermudahkan semua urusan. Sentiasa berhati-hati dan jangan ‘ingker’ sangat bak kata orang Perak :D



Ok bye!


Next trip pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee