September 29, 2018

Trip to Hatyai, Thailand dengan Kereta

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Destination : Hatyai, Thailand
Date : 08 - 10 September 2018

Hi, this is my second time to Hatyai. Sebelum ni pergi dengan whole family, tapi kali ni pergi bertiga je dengan adik dan adik sepupu. Kita layankan je adik sepupu ni nak release tension lepas habis final exam katanya. I named it Trip Anak Dara 😁 Plan asalnya nak ke Hatyai dengan train je sebab boleh rest sepanjang jalan, but last minute tukar plan sebab takut terkejar masa dan train nanti. Maka jom la drive sendiri. Jadinya, a night before tu gigih la google prosedur nak bawa kereta ke sempadan kan. Masa pergi dengan family sebelum ni tak ambil tahu pun kan, semua abang yang settle, sekarang mendapat la.

Jadi, untuk masuk ke Thailand dengan kereta, perlu ada semua ni ye :
  1. Passport / Border Pass
  2. Geran Kenderaan
  3. Insuran Kenderaan di Thailand
  4. Borang Putih (White Card)
  5. TM2 / TM3 (Borang maklumat kenderaan dan maklumat penumpang) 
      * nombor 3-5 tu kedai insuran yang sediakan

Jika kereta tu bukan atas nama kita, perlu la ada surat kebenaran dari pemilik kereta seperti dalam geran. Since kami pergi dengan kereta aku, so tak perlu la surat kebenaran. Kami masuk ke Siam melalui Bukit Kayu Hitam. Untuk Insuran Kenderaan, boleh buat di kedai-kedai di Changloon. Banyak je kedai yang provide Insuran Kenderaan ke Thailand sepanjang jalan nak ke sempadan Bukit Kayu Hitam tu. 

Sampai je di Changloon, kami singgah kat sebuah kedai insuran sebelum stesen Petronas. Bagi je geran kereta dan passport pemandu dan semua penumpang kat pekerja kedai tu, dia akan sediakan dokumen yang kita perlu. So untuk insuran kereta + borang TM2/TM3 + borang putih untuk 3 orang, kami perlu bayar RM33.00 tunai. Nama dan no. telefon kedai tu ada kat plastik gambar di bawah ni. Selesai semua dokumen, isi minyak kereta penuh-penuh sebelum masuk border.


Di Imigresen Malaysia sangat mudah, tak perlu turun kereta pun. Cuma bagi passport pemandu dan penumpang kereta kat pegawai imigresen sambil tunjuk muka sikit kat pegawai tu. Selesai. Then drive tak sampai 1KM, sampai di imigresen sadao pulak. Di imigresen Sadao ni masa kami pergi tu, semua penumpang perlu turun dan beratur untuk cop passport dan serah borang putih (Arrival) kat satu kaunter khas untuk penumpang di hujung laluan. Pemandu beratur la dengan kereta. Sampai giliran, turun kereta dan serah passport serta borang TM2/TM3 kat kaunter untuk di cop. Borang TM2 tu ada inbound dan outbound. Just bagi yang inbound. Dah selesai cop, parking kereta kat tepi jalan, kemudian beratur pulak kat kaunter kastam di bahagian kiri. Serahkan geran kenderaan, insuran kenderaan, dan borang TM2/TM3 tadi kat pegawai kastam situ. Dah selesai, pegawai tu akan bagi custom declaration form dan perlu serahkan semula semasa balik nanti. Dia ada bagitahu jugak kat kaunter mana nak pulangkan borang tu nanti.


Maka selesai lah urusan di sempadan. Sebab nak pakai waze ke Hatyai, kami siap-siap beli simcard yang jual kat tepi jalan betul-betul kat gate lepas imigresen tu. 150 baht. Boleh bayar guna RM jugak, RM20. Kami tukar duit baht di Sadao je, and surprisingly lagi murah dari money changer kat Taiping yang kami pergi sebelum ni. Perjalanan ke Hatyai lebih kurang 1 jam dari sempadan. 

Sampai di Hatyai memang food hunting la kerja kami. Dan lemak-lemak pun menjerit kesukaan. Kata syurga makanan kannnn... Sila google tempat-tempat menarik dan wajib pergi di Hatyai. Kami memang bergantung dengan waze je sepanjang di sana. Mudah.


Untuk proses balik Malaysia pulak, lebih mudah. Habis je last minute shopping kat pekan Sadao tu, masuk la ke kawasan imigresen dan terus beratur dengan kereta. Sampai di kaunter, baru semua turun dan tunjuk muka sorang-sorang kat pegawai imigresen situ. Serahkan borang TM2 outbound dan jangan lupa borang putih sebelum ni, ada bahagian departure kan? haaa bagi la kat pegawai tu dan cop passport keluar. Then drive ke depan, ada satu kaunter last, bagi borang kastam dan kena sign kat satu buku di situ. Selesai di imigresen siam. Sampai di imigresen Malaysia pulak, tak perlu turun kereta, bagi je semua passport dan tunjuk muka sikit kat pegawai imigresen kita. Then, lepas dah scan passport, kat depan tu kena tempuh pegawai kastam pulak. Bagi kerjasama. Buka bonet kereta sebab depa nak tengok apa barang yang kita dok borong sakan kat siam. Tu je 😄 

Dan selesailah trip kami bertiga ke Hatyai kali ni. Mungkin nak try ke Hatyai dengan keretapi pulak lepas ni 😛

'Till then...



Updated : proses masuk kat imigresen Sadao ni tak menentu ye. First time aku pegi dulu, kereta park tepi dan semua penumpang + pemandu kena beratur dalam kompleks untuk cop passport (maybe sebab masa tu pelancong terlalu ramai). Kali kedua ke Siam, proses macam yang aku cerita kat atas (pemandu dan penumpang kena cop kat kaunter berasingan). Dan kali ketiga ke Siam, semua penumpang tak perlu turun untuk cop passport kat kaunter berasingan, stay je dalam kereta dan turun sekali dengan pemandu masa tiba giliran kereta kat kaunter, selesai baru pemandu pegi uruskan pendaftaran kastam.