July 11, 2011

REUNION SKTDI Batch 1996-2001



Date : 9 July 2011
Venue : Kuala Kangsar, Bandar Diraja
Event : Reunion SKTDI, Batch 1996-2001

Macam tak sangka, impian jd nyata
Ingatkan lepas dah tinggal sekolah rendah dulu,
terpisah la dengan kawan-kawan yang bawak haluan masing-masing.
Ni dapat jugak berkumpul balik selepas hampir 10tahun.
Masing-masing dah lain wajah juga perwatakan.
Yelah dulu still budak-budak kan, now dah layak jadi mak-bapak budak.
Ada yang still study, ada yang dah berkerjaya
tak kurang, ada yang dah popular, selamat dah jadi artis.
Ishhhh, nk tumpang glamor boleh tak?? hehe
Thanks to those yang plan reunion ni.
Even it's just a small reunion, but dah memadai.
Lepas ni boleh la organize yang gempak sikit than previous one.
Macam-maca, benda dok sembang, bertukar cerita, snap2 gambar.
Conclusion..... I'M HAPPY :)



 p/s ada yg pelik tengok ketinggian aku,
ye, 10tahun dlu mmg la aku kecik molek jer
sekarang dah renjong merimbun :)




July 10, 2011

10 Hari Menyembunyi



As- salam

Wahhh tajuk nak gempak je kan. Menyembunyi la sangat. Aku just lari sekejap ke negeri yang banyak tinggalkan kenangan manis untuk aku. Ye, negeri Jelapang Padi. Tak well planned pun. Tapi bila dapat call dari ayah angkat yang beria pelawa aku datang sana, aku pun jadi seronok nak pegi. Aku just plan nak dok sana around 5 days, tapi macam mana entah boleh extend sampai 10 hari. Seronok sangat la tu kan?? hehe

28 Jun lepas, aku beli tiket ke SP dari KK ni. Beli pun on the spot je, terus naik bas. Aku nak buat surprise kat ayah. Aku memang cakap nak datang rumah ayah, tapi tak bagitau pun bila. On the way ke rumah ayah masa kat Tol Gurun, baru aku call ayah risau kot ayah pegi mana-mana kan. Ayah tak percaya bila aku kata aku dah kat Gurun. hehe. Dah sampai depan pintu rumah baru dia percaya. Sengih sampai ke telinga dia bila tengok anak-anak angkat dia ni datang. Ohh, lupa nk bagitau, aku datang dengan Diz...  Diz yang jemput aku kat SP. Tapi Diz tak boleh lama kat rumah ayah. Sampai je terus ayah jamu durian then bawak kami pegi dusun.

 
The next day, picnic kat dusun. Abg ngah panggang ikan. Kami goyang kaki. hehe. Lepas maghrib aku, diz, cousin diz, dan abg ngah pegi SP. Nak tengok wayang katanye. Sayangnye, Transformers dah full house, so layan KL Gangster je la. Then pi lepas kempunan kat Le Boss. Terbaek wokkk. Still sedap dan puas hati mcm dulu-dulu. hehe. Lepas dinner, kami singgah kejap rumah Adlina. Dah alang-alang kat SP kan, tunggu la kejap Ina balik keje. Sembang-sembang dengan Ina juga Shera. Seronok sangat. Balik tu kami tak tido rumah ayah, tapi tido kat dusun, ayah dengan mak pun memang dah tunggu kat dusun. 1st time aku tido atas dangau yang terbuka. Perghhh sejukkk.

muka puas dpt lepas kempunan :)

 a big thanks to abg ngah :)
 
Esoknye diz dah kena gerak balik Kelantan. Tinggal la aku je kat rumah ayah.  Sedihhh... Tapi aku cuba cool jer sebab ada Putri. Eeee, seronok gila dapat layan baby comel ni. Weekend tu, mak abah aku datang dari K.Kngsar. Abg pulak dengan 3 kawan dia datang dari Kangar. Kami semua picnic kat dusun lagi. Ayah seronok bila tengok ramai tetamu. Pakat melantak durian. Siap bawak balik lagi. 

 
tempat beradu aku kat dusun

Tak lama lepas tu, Aliah pulak datang dari KL. Baru la aku hidup sikit sebab dah ade teman. hehe. Malam tu kami BBQ pulak kat dusun. Ade Kakak-kakak angkat dengan family masing-masing. Memang huru hara la kejap dusun yang sunyi tu. Depa semua pakat tido kat dusun, aku aliah mak & ayah je balik tido kat rumah.

Esoknye aku dan aliah teman mak ayah pi Hospital Sultanah Bahiyah, bawak adik Putri buat check up. Kesian adik Putri, kecik-kecik dah kena berulang alik ke hospital. Seram sejuk pulak rasa kat hospital tu. Tetiba teringat masa aku yang buat check up - operation - follow up kat Hospital SP tahun lepas. 

Putri Nur Azeera Dayana yg super comel :)

Lama jugak rasanya spend time kat rumah ayah. Dannn sampai jugak la waktu berpisahnye kan. Malam sebelum aku & aliah balik rumah masing-masing, ayah jamu kami kat Tanjung Dawai. Memang habis hati aku dapat pegi sana lg. Yelah rasanya last aku datang Tanjung Dawai pun masa menuntut kat Uitm Kedah dulu.  Ahhh gaya macam la lama sgt. hehe.

Dah balik rumah sendiri ni tiba-tiba rasa rindu pulak dengan suasana kat sana. Tiap-tiap pagi mak jamu nasi lemak, makan tengahari pulak mmg sedap-sedap mak masak. Lagi, tiap-tiap hari aku melantak durian fresh kat dusun. Jadi driver mak ke dusun tiap-tiap hari. Melayan ragam adik Putri yang comel tu. Rasa macam saat ni jugak aku nak terbang balik ke sana. Ishhhh... RINDU.......