December 15, 2018

Trip to Japan (PART4)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Day 6 (Karuizawa, Nagano)

Hari terakhir di Tokyo. As for today, kita ke Karuizawa pulak. Ia adalah sebuah pekan di Nagano prefacture. Dari Tokyo Station, hanya satu jam perjalanan ke Karuizawa dengan Hakuta shinkansen. Kami ke Karuizawa Prince Hotel Ski Resort. Ikutkan plan ke sini nak main ski. Tapi harga terlalu mahal, tak sanggup pulak habiskan duit untuk ski sahaja. Masa google sebelum ni ingatkan one price include all tapi rupanya tak. Tiket lift harga lain, ski gear pulak sewa lain. Tak silap total up untuk satu pakej tu hampir 10,000¥. Dari habis duit kat situ baik la bawak shopping kan. So kami cuma bergambar je la kat ski area tu.

 Di luar Karuizawa Station                                               Hamid's kebab di luar kawasan ski

Suhu di sini agak rendah berbanding di Tokyo. Masa kami sampai waktu tengahari je suhu lebih kurang 13℃. Dan lewat petang sebelum gerak balik ke Tokyo suhu drop ke 9℃. Takat sejuk macam ni pun dah menggigil, macam mana la nak survive kalau datang musim winter ye. Mungkin kena pakai baju 5-6 lapis.


Kat sini jugak ada Prince Shopping Plaza. Macam premium outlet la. Banyak sangat kedai / butik kat plaza ni. Memang penat berjalan dari satu butik ke butik lain. Kawasan sekitar plaza pun sangat cantik dan bersih. Ada kawasan lapang, kawasan berpokok, tasik mini, foodcourt, dan playground untuk kanak-kanak. Tapi, banyak sangat anjing kat dalam plaza. Bukanlah anjing terbiar tu tapi anjing peliharaan. Kebanyakan penduduk tempatan akan bawak anjing peliharaan untuk bersiar-siar dalam plaza ni. Macam-macam jenis anjing boleh tengok kat sini, yang kaki kontot, ekor kontot, badan panjang macam sosej, semua ada. Rasa geram je nak pegi dekat sebab comel-comel. Kami berehat di satu kawasan lapang di tengah plaza. Kawasan ni tak dibenarkan untuk haiwan peliharaan. Kawasan ni sangat cantik, memang best untuk bergambar.


Lewat petang kami pun bergerak balik ke station. Tambah pulak waktu tu cuaca dah gelap, dan suhu pun semakin sejuk. Menggeletar satu badan. Since tiket balik ke Tokyo Station habis, kami ambil tiket untuk turun di Ueno Station. Untuk dinner kami cuma makan di guest house dan habiskan segala bekalan makanan yang tinggal sebab esok dah nak gerak ke Osaka. Sebelum balik sempat aku dan adik singgah di kedai 100¥ di Ryogoku Station dan shopping sedikit souvenirs untuk bawak balik Malaysia. Kedai 100¥ ni macam kedai RM2, tapi dah convert 100¥ tu lebih kurang RM4 jugak la. Macam-macam barang kat dalam kedai macam kedai Eco RM2 tu. Tak lupa, kami sempat singgah beli crepe kat luar Ryogoku Station. Berkali-kali lalu situ sebelum ni asyik jenguk je, malam last ni kami teringin nak rasa sebab aroma crepe tu harum sungguh. 

Crepe di luar ryogoku station. Sedap !

Day 7 (Osaka - Universal Studio Japan)

Awal pagi kami check out dari guest house dan terus ke Tokyo Station. Dari Tokyo Station kami naik bullet train untuk balik ke Osaka. Hari ni agak tergesa-gesa sebab nak kejar waktu untuk ke Universal Studio (USJ). Sebelum tu kena check in dulu di guest house berhampiran Asashiobashi Station. Guest house ni tak jauh dari USJ. Kawasan sekitar dari station ke guest house sangat tenang. Tak sesak macam di Kyoto dan Tokyo. Kami sampai agak lewat di USJ sebab sesat cari guest house sebelum tu. Untuk tiket, kami dah book awal-awal dengan KLOOK jugak. Cuma scan QR code di entrance dan enjoy la main puas-puas kat dalam tu.


Datang USJ ni dah aim nak masuk ride Harry Potter. So masuk je USJ tengok map dan terus cari kat mana The Wizarding World of Harry Potter. Nasib kami baik sebab masa sampai situ barisan tak panjang sangat. Sebelum masuk tu ada crew bertugas yang assist kami sebab dia nampak group kami datang bawa baby. Since kami semua nak naik ride jadi dia bagi sekeping kertas untuk tukar turn jaga baby. Kami semua berbaris macam biasa dan sebelum naik ride akan ada satu waiting room. So kami split ke dua kumpulan, as in first group naik ride dulu dan yang satu lagi tunggu dengan baby. Then tukar turn jaga baby lepas first group selesai ride. Agak senang la bila ada kemudahan macam ni kan. Puas hati sangat dapat naik ride ni, walaupun pening sikit berpusing-pusing ride tu. Rasa macam betul-betul terbang naik broomstick dengan effect angin segala. Cuma turn off sikit sebab Harry cakap japanese. Sepatah apa tak faham tapi buat-buat faham je la, apa guna layan Harry Potter Series kan. Dah sampai sini jangan lepas peluang untuk cuba minuman Butterbeer. Jangan risau, selamat untuk diminum ye. Rasa ala-ala root beer A&W tu.

Masa nak naik ride Jaws pun ikutkan baby tak boleh naik sebab tak lepas tahap ketinggian yang ditetapkan, tapi baik hati pulak crew tu bagi naik. Cuma dia pesan suruh pegang baby kuat-kuat. Sebenarnya tak bahaya pun untuk budak kecil sebab kami naik bot besar yang dipandu biasa, tapi mungkin risau budak-budak menangis sebab takut tengok ikan jaws dan pemandu bot tu main senapang mainan pi tembak-tembak ikan jaws. Baby pun seronok la tengok ikan Jaws yang besar tu walaupun agak ngeri rupanya berdarah-darah.

Tak banyak rides yang kami sempat naik sebab hari dah makin gelap. Dengan sejuk mencengkam. Dengan penat dan lapar lagi. So sebelum pukul 8 malam kami dah keluar. Dari USJ kami terus ke Dotonbori. Kat sana masa tengah cari restoran halal, kami terjumpa sekumpulan pelancong muda dari Malaysia. Tiba-tiba excited kan bila jumpa bangsa sendiri kat tempat orang. Since kami pun tengah cari restoran halal, depa recommend satu Restoran India ni untuk kami cuba. Sebab dah lapar, kami terus tuju ke situ. Makan nasi biryani lagi. Di area Dotonbori ni ada agak banyak kedai dan stall yang jual my favorite Takoyaki. Sempat aku singgah satu kedai yang jual Takoyaki. Takoyaki dia agak besar ye kalau nak compare dengan yang selalu aku beli kat pasar malam kuale tu. Sotong kat dalam dia pun agak besar. Puas makan. 



Day 8

Sedih rasanya nak balik sebab tak puas explore Osaka. Since JR Pass kami dah expired sebab dah cukup 7 hari, so hari ni kena beli tiket manually guna machine. Dari Asashiobashi Station kami ambil train ke Bentencho Station. Di Bentencho Station pulak, ambil train Osaka Loop Line yang akan bawa kami terus ke Kansai Airport. Semasa check in baggage, few times staff Vietnam Airlines tu confirmkan dengan kami flight details sebab kami perlu transit di Ho Chi Minh dahulu, siap mention pasal halal meal yang kami request. Particular betul dia buat kerja sebab agak lama turn kami di kaunter tu compared to penumpang lain. Since kami request halal meal, memang kami akan dihidang terlebih dahulu sebelum passenger lain semasa dalam flight. Dah kenyang, pakai headphone, pasang lagu di skrin, terus pejam mata. Perjalanan dari Kansai ke Ho Chi Minh adalah 5 jam setengah. Transit 2 jam di Ho Chi Minh dan baru ke KLIA. Overall kami sangat puas hati dengan servis Vietnam Airlines. Semoga ada rezeki lagi naik Vietnam Airlines di masa akan datang.








December 02, 2018

Trip to Japan (PART 3)

In the Nama of Allah Most Graceful MostMerciful

Day 3 (Tokyo)


Selepas check out dari guest house pagi ni, kami ambil cab ke Kyoto Station. Terus ke kaunter JR untuk ambil reserved seat shinkansen. Quite excited sebab this is our first time nak merasa naik bullet train. Untuk ke Tokyo, kami naik Hikari shinkansen dan perjalanan memakan masa 2 jam 40 minit untuk sampai ke Tokyo Station. Semasa dalam train berkesempatan juga lihat Gunung Fuji dari jarak jauh. SubhanAllah, cantik sangat. Pilot train akan buat announcement untuk inform passengers bila train akan melintasi view Gunung Fuji. Tapi frust tak dapat nak snap gambar Gunung Fuji sebab mamat seat sebelah dok conquer tepi tingkap. Sabo je lah. Aku ada baca tips di internet, katanya kalau nak dapat clear view of mt.Fuji semasa dalam shinkansen, make sure ambil seat di bahagian kiri train jika travel dari Osaka / Kyoto dan sebaliknya jika dari Tokyo. So, pegi la reserved seat train awal sehari dua dari tarikh nak travel tu. Kalau beli on the spot macam kami memang harapan la nak dapat best seat.


Dari Tokyo Station, kami cari train untuk ke Ryogoku pulak which is area guest house kami. Kami akan stay 5 hari di sini. Mulanya agak kalut jugak sebab belum pandai tengok lane, tambah pulak memang banyak lane di Tokyo Station. Nasib baik ada abang yang handal bab cari jalan dan baca peta. Untuk ke Ryogoku, perlu cari Yamanote Line dahulu dan turun di Akihabara, then ambil train ke Ryogoku di Chuo-Sobu Line. Since kami ada JR Pass, tak kalut dah nak beli tiket JR, cuma tunjuk pass kat petugas kaunter setiap kali lalu di kaunter masuk / keluar.  Di Tokyo, sepanjang masa sesak di stesen. Semuanya berjalan laju. Setiap kali naik train pun, tiap kali tu jugak padat dengan penumpang walaupun waktu malam. Well, Tokyo kan antara bandar paling padat dengan penduduk di dunia. Aku sebagai orang kampung yang selama ni hidup dalam suasana tenang aman damai permai di Malaysia memang naik pening kepala tengok berduyun manusia depan mata. Kalau kat Malaysia main redah je kan bila naik train, tapi di Jepun silalah berdisiplin. Nak naik train perlu beratur ikut line yang disediakan, dan naik escalator pun berdiri one side di belah kiri untuk bagi laluan kepada mereka yang nak berjalan laju. Ada sekali semasa dalam Family Mart, kami ditegur oleh sorang pakcik ni sebab tak berbaris masa nak berurusan di kaunter, bukan sengaja pun tapi sebab tak perasan pakcik tu berdiri kat garisan queue nun kat hujung kaunter. Cashier tu pun rasanya tak perasan pakcik tu berbaris kat tepi so dia hampir nak scan barang kami. Entah apa pakcik tu bebel kat cashier, kami mampu cakap sorry je. Depa tak bagi muka ye.

Our guest house @ Tokyo. 3 bilik tidur, lengkap dengan dapur

Guest house kami di Ryogoku sedikit jauh dari station. Agaknya dalam 1 KM kot. Tapi sebab banyak bangunan dan kedai sepanjang jalan, tak terasa jauh tu. Guest house kali ni besar sikit tapi agak lelah ye nak menapak sebab nun kat tingkat 4 paling atas. Lenguh kaki naik turun tangga. Dalam guesthouse cuma ada toilet. Bilik mandi pulak kat rooftop sekali dengan bilik laundry. Tapi rooftop tu hanya kami yang boleh access so tak risau la mandi. Sangat bersih ye guesthouse ni, puas hati. Lepas check in, kami cari restoran halal untuk lunch. Kali ni kami ke Ayam-Ya Okachimachi. Kami main pilih je dari order machine tu, entah tak tau la macam mana rasa kan. Kali ni dan pandai sikit pakai mesin order tu. Hehee. Alhamdulillah dapat jugak rasa ramen yang katanya the best ramen in town. Tapi memang sedap pun. Kedai ni walau agak kecil tapi selesa. Ada juga disediakan surau. Selesai makan, kami jalan-jalan sightseeing di kawasan berdekatan. 



Day 4 (Disneyland, Maihama)

Semangat bangun pagi ni sebab nak ke Disneyland. Yayy! Cuaca pagi ni agak sejuk sebab baru lepas hujan. Breakfast hari ni kami cuma makan nasi goreng yang mak masak. Beras dan perencah nasi goreng all the way from Kuale. Dari Tokyo Station kami ambil Keiyo Line untuk ke Maihama Station. Memandangkan kat dalam Disneyland tu susah nak dapat makanan halal, so aku bawak bekal roti putih dengan tuna spread. Cukup la kot untuk lapik perut sementara tunggu dinner. Masa kat entrance Disneyland tu ada security check tau. Security suruh bukak beg nak check ada bawak benda-benda yang tak dibenarkan tak. Makanan luar tu antara benda yang dilarang la kan. Tapi sebab aku letak bekal roti ni dalam backpack dan terlindung dengan pashmina so boleh terlepas pulak.


Tiket Disneyland ni kami beli through KLOOK. Harga a bit murah dari harga walk in. Bila sampai di Maihama Station tu, ada agent Klook yang dah tunggu untuk kami redeem tiket. Dah dapat tiket boleh la terus jalan ke entrance Disneyland. Oh ya, aku baru tau once dah masuk park, boleh ye nak keluar sekejap tapi kena stamp kat tangan. Mana la tau nak keluar sekejap je untuk cari makanan. Aku ada baca servis penghantaran halal lunchbox untuk area Disneyland dari Facebook, tapi kena order 1 week prior. Kalau order servis tu boleh la keluar sekejap untuk makan kan, takde la kebulur nak tunggu sampai malam.  


Masa kami pergi Disneyland ni, orang sangat ramai walaupun weekday. Jadi waiting time untuk satu-satu ride agak lama. Cuma masa parade berlangsung je queue kurang panjang. Dalam pamphlet ada state pukul berapa parade akan lalu, so sebelum parade memang nampak la sepanjang jalan orang dok bentang tikar sebab nak dapatkan the best spot untuk tengok perbarisan watak-watak disney yang popular tu. Kami tak tunggu sampai malam sebab agak lapar dan cuaca pun renyai-renyai. Balik tu dari Maihama Station, kami turun di Tokyo Station dan tukar train untuk ke Okachimachi Station. For dinner kami ke sebuah restoran India Pakistan. Restoran Sultan. Makan biryani. Ada yang order biryani kambing, ada jugak order biryani ayam. Alhamdulillah sedap sangat sebab perut memang betul-betul lapar. Portion makanan pun agak besar. Tak mampu nak habiskan sepinggan nasi biryani kambing tu. So aku mintak untuk bungkus. Masa kami datang tu, waiter kata ada discount 10% untuk setiap dinner set. Set biryani kambing yang aku order harganya 1000¥ dan ada side dish untuk nasi biryani dan mango lassi. Recommended.



Day 5 (Tokyo Sightseeing)

Plan asal nak menikmati keindahan Gunung Fuji di Kawaguchiko, tapi sebab kesuntukan masa so we decided untuk batalkan plan tu dan jalan-jalan sekitar Tokyo sahaja. Dari Ryogoku Station, kami turun di Akihabara Station dan tukar train untuk ke Shimbashi Station. Nak sightseeing sekitar Ginza. Ginza ni adalah area yang termahal di Tokyo dan terkenal sebagai Tokyo’s most high-end shopping district. Sepanjang jalan di Chuo Dori memang berderet kedai-kedai branded seperti LV, Gucci, Chanel, tapi ada jugak la affordable store untuk kami shopping. Kalau butik-butik mahal tu mampu tengok dan jeling dari luar je la.


Dah penat berjalan cuci mata, kami singgah lunch di restoran Luna Hala. Aku order grilled fish setmeal sebab lapar nasi. Dapat makan set ikan salmon yang fresh, memang sangat puas hati. Teringat-ingat pulak manisnya rasa ikan salmon panggang tu. Harga pun agak murah. Kedai ni sangat kecil dan berkongsi dengan kaunter reception hotel. Hanya sebuah meja panjang bar counter je. Restoran ni berhampiran dengan Tsukiji Fish Market.


Lepas makan kami berjalan di area Tsukiji Fish Market. Banyak street food di area ni tapi tak berani beli sebab was-was. Seronok tengok kepelbagaian makanan kat sini. Abah sempat beli ikan salmon untuk masak dinner nanti. Penangan makan salmon grill kat Luna Hala tadi. Harga sangat murah kalau nak dibandingkan dari yang aku selalu tengok kat pasaraya di Malaysia.



Dari Ginza, kami ke Akihabara pulak yang juga dikenali sebagai ‘Electric Town’. Kat sini cari la segala jenis alat elektronik, ada jer. Akihabara jugak tempat popular kalau nak cari benda berkaitan anime, games, manga, dan cosplay. Basically ni memang tempat wajib singgah la kalau ke Tokyo. Nak masuk semua kedai memang tak larat sebab kebanyakan kedai memang besar dan bertingkat-tingkat.

Penat berjalan kami balik ke guest house. Dinner malam ni agak special sebab abah yang masak. Hasil beli ikan salmon di Tsukiji Market siang tadi. Walaupun cuma perap sekejap dengan garam, rasa ikan tu MashaAllah sedapnya. Lauk tambahan ada sardin dan sambal goreng dari Malaysia. Lepas makan abang, kak ipar dan adik nak ke Shibuya pulak. Nak ke Shibuya Cross katanya. Tapi aku tinggal dengan si kecik tu, dia tidur. Kesian nak kejutkan. So aku pun babysit dia sambil tidur sekali.
dah bangun tidur, hadap youtube pulak, kaki tuuuuuu


Trip to Japan (PART 2)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Day 1 (Arrival - Kiyomizudera Temple)

Our first pit stop is Kyoto. Masa ambil JR Pass tu, kami terus ambil tiket reserved seats untuk train ke Kyoto. Untuk ke Kyoto, kami naik Haruka Train dan perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit dari Kansai Airport ke Kyoto Station. Tiba di Kyoto Station, dah start tengok orang tempatan bukan main ramai lagi dengan jalan lajunya. Yang berlari kejar train pun tak kurang ramai. Culture shock sekejap.


Sampai di Kyoto dah hampir tengahari, perut pun dah start berbunyi, melilau la kami cari restoran halal. Bila google restoran halal terdekat, kami decide untuk makan di restoran Ayam-Ya tapi sampai je depan restoran nampak ada tampal notis yang restoran tu tutup. So kami ke McDonalds je. Semua pakat makan filet o fish. Depan McD ada Family Mart, so aku beli Onigiri je dulu untuk lapik perut. Selesai makan, baru kami check in guest house, letak barang, dan terus proceed ke destinasi seterusnya. Guest house kami comel je dan agak compact. Cukup dengan dapur memasak dan mesin basuh. Ruang kosong yang ada cukup-cukup untuk sorang jalan je. Walaupun comel je guesthouse ni, tapi tetap convenience. Family mart pun cuma jarak 5 minit berjalan kaki.

Ini guest house kami di Kyoto. 2 tingkat dan ada 5 katil single

Kami ke Kiyomizudera Temple dengan bas. Dari jalan besar nak ke temple, penat juga nak berjalan sebab jalan mendaki. Sepanjang jalan ke atas, banyak kedai-kedai yang buat sewaan kimono.


Plan asal lepas ke Kiyomizudera, nak ke Inari pulak. Tapi semua dah kepenatan sebab tak dapat cukup tidur masa dalam flight. So kami berjalan kaki la balik ke guest house. Untuk dinner, abang dan kak ipar tapau nasi briyani kat restoran pakistan area guest house. Yang lain-lain dah tak larat dah nak keluar berjalan.


Day 2 (Sagano Romantic Train - Bamboo Forest - Fushimi Inari Taisha)

Awal pagi kami breakfast dulu di guesthouse. Beli roti putih dari Family Mart, makan dengan tuna spread bekalan dari Malaysia. Plan untuk hari ni nak ke Bamboo Forest Arashiyama dan Fushimi Inari Taisha. Lepas je breakfast kami cari train ke Arashiyama, tapi kami turun di JR Umahori Station sebab nak naik romantic train ke Bamboo Forest. Dari Umahori Station perlu jalan dalam 500m ke Kameoka Torokko Station untuk naik Sagano Romantic Train. Harga tiket Sagano Romantic Train ialah 620¥ dan masa kami beli tiket train, semua seat dah penuh so kami kena berdiri. Alang-alang dah kena berdiri kami mencilok ke coach sebelah yang paling hadapan which is open air punya coach. Baru best rasa angin yang boleh tahan sejuk. Pemandangan sepanjang perjalanan tu seriously amazing, tak puas rasanya tengok. SubhanAllah, sangat-sangat cantik tengok daun-daun pokok di musim luruh. Kami turun di Arashiyama Torokko Station untuk ke Bamboo Forest.

Di Bamboo Forest punya la ramai pelancong. Memang payah nak dapat gambar yang cantik sebab depan belakang sesak dengan pelancong. Mampu sightseeing je. Kami lunch kat sebuah restoran halal berhampiran, tak ingat apa nama restoran tu. Sempat snap gambar makanan je sebab lapar sangat. Masa ni agak tergagau sebab order semua thru machine. Kami 6 orang pun masing-masing confuse tak tau nak order apa. Tekan-tekan mesin, masuk duit, keluar resit dan serah kat kaunter, then baru order kami akan proceed ke kitchen.


Next, kami ke Arashiyama Station untuk balik ke Kyoto dan terus ke Inari. Keluar je dari JR Inari Station, jalan sikit dah nampak pintu utama Fushimi Inari Taisha, sebuah kuil di Fushimi Ward yang mempunyai beribu tiang-tiang oren yang dipanggil tori. Sebelum masuk kuil tu ternampak ada sorang Japanese pegang banner 'sewa kimono' untuk 3 jam. Yes, ejaan SEWA tu dia tulis dalam bahasa melayu ye. Sebabkan ejaan tu la terus aku, adik dan kak ipar terus pegi ke promoter tu. Bila lagi nak merasa pakai kimono kan? Wishlist tu. Untuk 3 jam kalau tak silap tak sampai 2000¥ termasuk tax. Dapat juga sekeping gambar 3R setiap seorang. Boleh la berangan jadi orang jepun berjalan di bawah ribuan tori sampai ke atas bukit. Staf di kedai tu pun sangat friendly, dan depa akan tolong kita pilih dan matchingkan kimono, obi belt, beg, sandal, sampai la make up dan setting rambut. Tapi kami tak la make up dan mendandan sebab dah bertudung. Depa jugak provide kami map dalam Inari tu dan siap bagitau kat spot mana yang cantik untuk bergambar. Memang terbaik la servis depa, Tip Top. Mula-mula pakai kimono tu agak sesak nafas jugak la sebab belah dalam kimono depa pakaikan bengkung apa entah then kat luar kimono pakai obi belt tu lagi. Berjalan pun dapat langkah ciput-ciput je dengan sandal tu. Such an experience. This is their website Kyoto Kimono Rental . Boleh tengok IG depa jugak Karenfushimiinari

 ini la kedai sewa kimono tu, lupa pulak snap gambar promoter yg pegang banner 'Sewa Kimono' tu

Dah penat berjalan seharian, kami balik ke guest house. For dinner cuma beli nasi putih segera di Family Mart dan masak bekalan makanan dari Malaysia je. Jimat. Kemudian nak packing barang sebab esoknya nak check out dan ke Tokyo pulak.