May 22, 2013

Degree's Convocation 2013

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


Date : 21st May 2013
Venue : Dewan Sri Iskandar, UiTM Seri Iskandar, Perak.

Istiadat Konvokesyen ke-78 UiTM. Sidang ke 3. Alhamdulillah, my second convocation, and kali ni konvo untuk degree pulak. Last 2 years, aku dah selamat konvo di DATC, Shah Alam for my diploma. Kalau dulu, just mak dengan abah je yang dapat datang, tapi kali ni abang dengan manja pun datang. Too bad my youngest sister can't make it, busy bebenor gayanye kat ukm nun.

Suasana konvo kat kampus Seri Iskandar ni biasa2 je, takla semeriah Shah Alam, but everything went well. Pukul 8.30pagi kami graduan berarak masuk ke dalam dewan sebelum barisan tertinggi kampus dan pro canselor. ohh, pro canselor ni orang yang sama yang sampaikan skrol kat aku masa di DATC dulu. hehe. Jumlah keseluruhan graduan untuk sidang ni lebih kurang 500 graduan. Sebelum jam 11 pagi dah selesai majlis. Seronok okay sebab tak lama nak tunggu majlis istiadat tu habis. Dah la nama aku awal sangat kena naik since kos aku kos kedua yang disusun. 

Yang menariknya kat sini, kami graduan ni dipakaikan kad RFID kat lengan (bawah jubah), dulu kat Shah Alam tak ada okay! Apa tu RFID? sila tanya pakcik google. hehe. Alaaa, dia macam code, bila scan akan keluar information. So, sebelum graduan naik atas pentas, kami akan lalu kat detector yang scan maklumat kami, then nama kami akan automatically keluar kat skrin besar dengan nama program sekali. Untuk kad tu kami kena bayar RM15 masa ambik jubah, and boleh refund kalo tak nak simpan kad tu. 

Selesai je istiadat, aku terus keluar cari family aku, then pi studio untuk tangkap gambar family. Masa tu kaki dah sakit sebab pakai kasut tinggi. Nasib la aku bawak spare kasut flat, senang nak berlari sana sini. hehe. Masa kat studio tu nasib baik orang tak ramai lagi, so takyah tunggu lama. Selesai tangkap gambar, aku berlari pulak ke pusat islam cari Ina dengan kak Nad, tangkap gambar kenangan dengan depa. Nak cari kawan2 lain dah tak sempat. Kesian kat mak abah aku lapar dari pagi tak makan. Laju2 aku settle kan penghantaran jubah dan ambik skrol. 

So, selesailah sudah istiadat konvokesyen untuk kali ni. And i'm now officially a degree holder. All praises to Allah S.W.T. One step ahead. Kalo ada rezeki dan peluang boleh la fikirkan untuk sambung master pulak ye dok? hehe Insyallah.





 

May 12, 2013

Responsibility

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Berakhir sudah PRU13 Malaysia pada 5 May yang lepas. Dah diketahui umum parti mana yang dapat membentuk kerajaan. Alhamdulillah. Okay, ni bukan nak cerita pasal ketidakpuasan hati dengan result PRU, even sampai harini tak habis2 lagi cerita pasal PRU kat laman FB tu. Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Setiap hari, still ada je yang update berkenaan PRU walaupun dah seminggu pun berlalu. Bukan aku tak ambik peduli pasal apa yang terjadi, aku tak kisah pun parti mana yang membentuk kerajaan asalkan biar adil dan telus. Aku doakan yang baik-baik je untuk Malaysia tercinta kita ni.

Aku cuma nak kongsi rasa teruja sebab this is the 1st time aku mengundi. Awal-awal dulu aku dah mendaftar, rasanya 2 tahun lepas kot, masa tu umur pun baru cukup 21 terus semangat pi pejabat pos nak daftar mengundi. Disebabkan rasa excited tu, awal-awal pagi on 5th may aku dah bangun, tapi tak dapat nak atasi rasa excited abang aku, seawal pukul 8pg dia dah keluar rumah pi tempat mengundi. Ohh dia mengundi di Taman Bunga Raya since dia tak tukar alamat dalam IC lagi. Aku pulak mengundi di Padang Rengas, belakang masjid tu.

Dah siap-siap pagi tu, rasa nervous pulak. Bukan sebab apa, tapi sebab takda kawan nak ajak pegi sama. hahaha. Abah aku mengundi kat tempat lain. Aku je yang tercampak kat pekan Padang Rengas. Puas roger sana-sini, jumpa pun kawan satu tempat mengundi. Dalam pukul 10pg, aku gerak ke tempat mengundi dengan Wan. Nasib kami baik, masa sampai tu memang tak ramai orang pun. Lepas park kereta, terus amik slip nombor dari pegawai bertugas tu. Tak payah nak kalut beratur, lebih kurang 5 minit je dah settle mengundi. haaa kan seronok tu. Smooth sangat proses mengundi ni.

Balik dari mengundi, aku kena gerak ke Kuala Kurau pulak. Abah suruh aku bawak mak balik mengundi kat kampung. Sepanjang perjalanan tu memang happening. Asal lalu je kat kawasan mengundi, semua kereta seronok main hon, kiranya bagi sokongan la kat kumpulan penyokong parti kat situ. Puas la aku main hon haritu. Meriahnya pilihan raya ni melebihi meriahnya sambutan hari raya. And i'm waiting for the next general election. Peace!


Pilihanraya dah habis, seeloknya kita bersalaman bermaaf-maafan, tak perlu ada yang bermasam muka dah. Kata 1 Malaysia kan :)

February 20, 2013

The Housemates

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Well, like i said, i'd finished my thesis and it was a good end for me. Final result dah pun keluar last 2 weeks but baru ada kesempatan nak update. Alhamdulillah, dah lulus dengan jayanya dan Insyaallah this coming May will be the Convocation Day. The 2nd convo for me. Kalau sebelum ni dah konvo di DATC, Shah Alam disebabkan kampus Merbok belum ada dewan besar, maka kali ni untuk degree aku akan konvo di kampus Seri Iskandar. How's the feeling? Entah la, aku tak penah lagi tengok istiadat konvokesyen kat kampus seri iskandar, tak tau semeriah mana. Tapi yang pasti takkan meriah macam di DATC. Apa pun, doesn't matter, janji dapat konvo je.

So, diperkenalkan tulang belakang aku sepanjang 3 semester di Seri Iskandar ni yang sama-sama bersusah -senang bersama, seronok bersama, menangis bersama. They are my housemates merangkap my classmates. Camy, Fazrina and Masturah. 4 of us. Apa-apa pun memang kami selalu berempat. Group assignments jangan cakap la, memang muka yang sama je satu group tu. Senang kan dah dok satu rumah. Habis je semester 5, Camy balik Kuching, intern kat sana. Masturah balik Penang, and aku dengan Fazrina intern kat Ipoh. Dah habis praktikal ni baru jumpa balik for about 2 weeks, sama-sama siapkan thesis kami. Last day, kami spend time buat macam-masam. Jalan sama-sama for the last time, dinner for the last time, menggila for the last time, and then snap pic berempat. Bukan la lepas ni tak jumpa dah, tapi mungkin dah susah nak jumpa. Camy menetap kat Sarawak nun. Mas pulak mungkin dah busy dengan her wedding preparation. Yang tinggalnya aku dengan Ina, yelah dah sama orang Perak kan. Hopefully, dapat gather lagi 4 of us. Maybe kenduri kawen salah sorang dari kami? Apa2 pun. i'll be missing u guys so much. Lots of love.



February 09, 2013

Sunway Lagoon with GKP

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Seterusnya, a small reunion with my gkp girls. Fuhh every week ada je plan berjalan kan. Ni pun not a proper planned sebab last minute 2 of us tak dapat join atas masalah-masalah tertentu, juga diz yang tengah internship kat Kelantan. So, there were only 5 of us. Aku-sheila-midah-intan-adlina. Mulanya pening jugak memikirkan tempat pertemuan, and lastly baru masing-masing setuju nak berjumpa kat Sunway Lagoon. Boleh berseronok sama. hehe. So, awal pagi lagi aku dah drive ke Ipoh, janji dengan sheila. Just 2 of us je dari Ipoh. Intan, midah & ina masing-masing dah ada di KL. So kami gerak dari Ipoh jam 8.30pg dan sampai area Sunway Lagoon around 10.30pg. Meet up the girls kat sunway pyramid and sama-sama ke entrance sunway lagoon. Disebabkan entrance fee yang agak mahal, so gunakan kesempatan yang ada untuk cuba segala macam games/attraction yang disediakan. Tapi awal-awal dah decide tak nak mandi, so main kat dry park je. Tapi yang kena air sikit-sikit pun kami belasah jer, yang penting puas hati. Macam-macam benda yang kami cuba, dari rumah hantu, roller coaster, sampai la ke permainan go-kart. Fully utilized masa yang ada. Mujur la kami pegi ni weekdays, so tak ramai sangat orang, tak la berebut nak main. Sebelum berpisah, we had late meal together kat TGIFriday. Perut tersangat la lapar, kena la dengan hidangan kat situ yang memang besar portion untuk sorang makan. hehe, sudahnya semua pakat kekenyangan. Habis makan, pakat berpisah. Aku dengan sheila nak balik semula ke Ipoh walaupun kepenatan. Apa-apa pun we really had a great time. Tak lupa, sempat lagi discuss for next reunion. Hopefully the next one nanti semua boleh commit :)




January 26, 2013

Destinasi Bajet :D

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Belum pun sehari aku balik 'home sweet home', datang notification dari whatsapp, yeah dah tentu dari geng sardin kesayangan, hehe. Mula-mula aku blur dengan discussion depa kat group tu. Mungkin sebab otak dah terlalu tepu dengan hal-hal thesis yang baru je selesai. But then, baru aku sedar rupanya depa dah plan awal-awal nak berjalan ke pulau mutiara. Aku je yang ketinggalan sebab sibuk sangat kat seri iskandar nun. Bincang punya bincang, all agreed.

Esoknya, pagi-pagi si bumble bee empunya cik safara kita dah menjemput kat depan rumah. Safara, raja, liyana, tikan dah siap menunggu. Hehe nampak tak excited nye mereka? Aku pun sama jugak la excited bila masuk bab berjalan ni. So, mulakan perjalanan yang makan masa lebih kurang sejam lebih. Mula-mula singgah Queensbay Mall dulu untuk brunch. Dah isi perut baru la senang hati nak berjalan kan.

Destinasi utama kitorang sebenarnya nak ke Toy Museum. Pardon? hahahh yesss Toy Museum. Excited weh nak pi tengok toys yang besar gedabak kat muzium tu, tapi pusing punya pusing tak jumpa jugak tempatnya. Rupanya dah berpindah. Kecewa disitu. Demi nak mengubati kekecewaan, kitorang hala ke Bukit Bendera pulak. Fortunately tak ramai orang, so takda la kena queue or berhimpit dalam cable car tu. This is my first time naik Bukit Bendera. Kalau tak silap la, tak tau la pulak kalo masa aku kecik-kecik dulu abah dah penah bawak, huhu. Sumpah lenguh ya amat kaki menapak kat atas tu. Tapi muka tetap happy :)

Tak habis kat situ, kitorang ke Padang Kota pulak. Kata orang, tak lengkap la pusing Penang kalo tak pekena pasembor kat Padang Kota kan? Sekejap je, licin pasembor satu pinggan besar tu hadap kat kitorang. Masing-masing puas hati. Dah penat berjalan, baru la ingat jalan nak balik. Kalo masuk penang seberang jambatan, balik ni kitorang naik feri pulak. Amik angin atas feri. Refreshing la sangat :D

Disebabkan kekecewaan tak dapat menapak ke Toy Museum, makanya mungkin akan ada plan lagi untuk ke Penang dengan geng sardin ni. Mungkin. So, 'till then.







January 20, 2013

Last Hangout

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Sehari sebelum semua pakat balik ke rumah masing-masing, kami pakat keluar sama-sama. Yelah, lepas ni dah tak berpeluang nak kumpul ramai-ramai camni. Aku - camy - ina - mas - fatin - mymy. Jalan-jalan Aeon Station 18 tu, kami decide nak tengok movie. Cerita seram. 3AM. Menjerit terkejut aje dalam panggung tu. Tak la segan sangat sebab tak ramai orang pun. hehh. Sebelum balik, snap gambar sama2 buat kenang-kenangan :) Lepas ni jumpa masa konvo la pulak ye.






THESIS DONE!

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah, selesai sudah urusan thesis. Walaupun banyak sangat dugaan, sekarang tersangat la lega. 2 minggu bermastautin kat Seri Iskandar, pulun dengan kawan-kawan menyiapkan report juga prepare untuk viva. Macam-macam ragam keluar. Menangis, menjerit, mengeluh, semua cukup. And now, we're done :)



Markas kami. Seriously tempat ni memang best. Bila stress dengan thesis, boleh hiburkan hati dengan permainan dalam taska ni, juga ambik angin kat padang yang luas tu :)


 Hari VIVA. Semangat. Housemates pun datang bagi semangat :)