August 28, 2011

Selamat Hari Raya


On the Name of Allah Most Gracious most Merciful

InsyaAllah, kurang dari 48 jam lagi, sama2 kita melangkah ke bulan Syawal meninggalkan Ramadhan. Ishhh, sayu lak rasanya dh nak habis Ramadhan ni.

Okeh2, just wanna say a very Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin to all my Muslim Friends, 
SK Tun Dr. Ismail Batch 1996-2001, SMK Tun Perak Batch 2002-2006, Lower 6 Art 2 2007 Clifford School, warga DBS 2007-2010 UiTM Merbok, warga BHR 2011 UiTM S.Iskandar, juga pada yg mengenali diri ini.

Semoga raya tahun ni memberi lebih erti dari yg sebelumnya :)



August 24, 2011

Kemaafan Dendam Terindah


Setiap orang punya ego tersendiri. Yang membezakan setinggi mana ego tu. Tak kisah setinggi menara KLCC sekalipun ego tu, lama-lama makan diri sendiri jugak. That was what i felt. Jadi seorang yang sangat ego. Taknak kalah dengan kesalahan sendiri. Akhirnya, sendiri yang merana.

Dengan itu, sempena bulan suci ni, aku cuba ambik kesempatan ni nak runtuhkan keegooan aku, and ask for forgiveness dari orang-orang yang aku dah banyak buat salah disebabkan terlalu ikutkan kata hati aku. ' Di kala bulan Ramadhan ni, pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, ini masa yang sangat sesuai untuk mintak maaf, jangan tunggu raya baru nak mintak maaf '. That's what i heard. Untuk itu, i got positive feedback yang buat aku jadi kembali segar untuk menjernihkan kembali apa yang tak sepatutnya keruh.


FORGIVENESS isn't something we do for OTHER PEOPLE
We do it for OURSELVES to GET WELL and MOVE ON

Dalam persahabatan perlu ada win-win situation. Tak boleh nak rely on one side je utk put effort to harmonize the relationship. Both side perlu participate supaya semua salah faham dapat dileraikan, percanggahan pendapat dapat diselesaikan, thus make the relationship lasts longer.

To those yang aku maksudkan, you know who you are, thanks for giving me such opportunity untuk perbaiki semula persahabatan kita. BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH. Aku SAYANG kamu KAWAN :)




August 13, 2011

Kenangan Ramadhan


In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 13 Ramadhan 1432H.
Maka dah hampir separuh bulan la kan kita menjalani ibadah puasa.
Lega rasanya sebab sampai hari ni masih semangat.
Kalau last year, sepanjang bulan puasa memang keje aku ulang alik ke hospital buat check up, operation & follow-up, sampaikan puasa aku pun tunggang langgang.  Makan ubat tak boleh putus.
Tension jangan cakap la..  Nasib ada kawan-kawan yang selalu bagi semangat.  Orang kata, sakit penghapus dosa, jangan kita yang cari penyakit ~

Bila ada dalam bulan penuh keberkatan ni, macam-macam kenangan yang datang menyinggah kat kepala ni. Kenangan di bulan puasa tahun-tahun lepas la kan.


@  Sahur & Berbuka

Yang paling melekat mestilah kenangan bersahur & berbuka kat kampus dengan geng. 3tahun diploma aku kat Merbok means 3x la aku dan geng dapat sambut Ramadhan bersama. Firstly pasal sahur, awal Ramadhan memang semangat la lagi nak bersahur. Tiap-tiap malam turun ramai-ramai ke dining hall pakai baju tido. Masuk minggu ke-2, just bersahur minum air masak jer. Tapi, last year dah dok rumah sewa lain la sikit suasananya.  Yang rajin bangun sahur just Intan,Shiela,Mai je. Aku?? ohhh tidak.. macam biasa, siapkan air masak tepi bantal sebelum tido, so sahur nanti senang. hehehe

fesyen ke dining hall utk sahur :)

Berbuka pulak bergilir-gilir ambik turn dari bilik ke bilik.  Geng aku divide ke 3bilik, so rotate la tiap-tiap hari.  Hari ni bilik aku/lia/mai/bib,  esok bilik Shiela/dayah,  lusa bilik Intan/ina/diz/shera, dan pusing balik bilik aku sampai la akhir Ramadhan.  Memang happening berbuka ramai-ramai. Kami lebih kurang 10org berbuka sama-sama, so riuh la bilik,  juadah pun memang variety la. Besttttt..  Then kitorang akan arrange satu event berbuka outdoor punya. Tempat pilihan kalau nak berbuka mesti kat Tanjung Dawai.  Ikan bakar dia perghhhh...terangkat kot !  Then, last sem kat Merbok, aku kerap jugak la berbuka puasa kat rumah family angkat.  Asal weekend jer mesti balik rumah family angkat.  Juadah berbuka memang penuh la satu meja.  Kembung terlebih perut.

 Sem 2.  1st time berbuka outdoor with GKP @ Tjg Dawai

Sem 2 jugak, berbuka puasa dgn group kokurikulum @ Tjg Dawai 

 Sem 4,  again berbuka puasa outdoor with GKP @ Tjg Dawai


Masuk 2nd week Ramadhan, kitorang berlumba pulak pasang lampu raya lip lap lip lap.  Kira satu floor kitorang tu, just 3bilik ni je la yang rajin pasang lampu tu.  Then masuk pertengahan Ramadhan baru la ada bilik-bilik lain yang follow.  Memang seronok bila ingat zaman tu.  Bila dah dok menyewa kat luar, lampulampu tu kitorang combine kan dan sangkut kat atas sliding door rumah sewa pulak.  Malam kitorang sakan main mercun.  Dah tak kesah sebab takda guard yang nak control. Anak-anak jiran siap join main sama.  Mau tak happening?  


R . I . N . D . U