December 01, 2012

Trip to Indonesia


In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah, selamat pun dah aku pegi dan balik Lawatan Sambil Belajar ke Indonesia selama 4 hari 3 malam. Tapi kalo ikutkan, dah jadi 4 hari 4 malam kalo campur masa perjalanan. Actually, at the first place aku pun tak mengharap yang GM bagi aku ikut serta rombongan ni disebabkan aku hanya pelajar praktikal yang sepatutnya bekerja pada hari-hari lawatan tu. Tapi since cuti aku pun approve, so aku on je la. Ni pun aku pegi atas ‘tiket’ emak aku.

Few days sebelum pegi, aku dengan mak punya la excited sampai pegi pre-shopping dulu barang-barang yang nak bawak nanti. Termasuklah toiletries, sweater, and kasut yang comfy. Duit pun awal-awal lagi dah tukar. Plan asalnya aku dengan mak nak tukar dalam 3,000,000rp je which equals to RM1000+ but then mak cakap dah alang-alang pegi, nak la belikan buah tangan untuk makcik-makcik kat kampung. So tambah lagi 2,000,000rp. Elok pulak sebelum pegi tu elaun praktikal aku pun masuk.

3rd Oct, macam biasa pegi office, then kak sal mintak kat GM balik awal sebab malamnya nak gerak dah. On the way balik rumah sempat lagi pegi cari money changer sebab bawak extra money untuk perbelanjaan office. Malamnya, kak Sal dengan abg Ashmi datang jemput kat rumah untuk ke Ipoh. Dari Ipoh, kami berpecah naik sebuah van + 3 4wheel drive ke LCCT. Rasa macam perarakan je sebab nombor plat kenderaan semua seakan-akan and 4WD tu semuanya hilux. Semua sekali peserta rombongan 20 orang. Tiba kat LCCT jam 4pagi. Travel agent dah tunggu kami untuk uruskan check in.

Dari LCCT kami berlepas jam 7pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta Soekarno Hatta Terminal 3 yang dikhaskan untuk penerbangan AirAsia pada jam 7.55pagi waktu tempatan. Perbezaan waktu Malaysia dan Indonesia cuma satu jam je, yang mana waktu di Indonesia lewat satu jam berbanding Malaysia. Di airport dah ada travel agent yang dah tunggu, Ranah Wisata Tour & Travel dan lawatan kami selama 4 hari tu akan diketuai oleh Pak Adi. Dari Jakarta, kami terus ke Bogor. Di dalam bas persiaran atau di Indonesia dikenali sebagai parawisata, bermula sesi ice breaking antara kami ahli rombongan dengan travel agent. Lawak betul bila Pak Adi nak pronounce nama kami semua, yelah nama kami nak disebut dalam dialek Indonesia. Bila Pak Adi panggil aku nona, kembang kencup rasanya. Hahahah. Ahli rombongan yang lain majoritinya ibu-ibu dan bapak-bapak.


On the way ke Bandung kami singgah lunch masakan padang dan kemudian ke daerah yang terkenal dengan barangan kulit *tak ingat apa nama tempat tu. Mulanya rasa agak asing dengan environment negara orang walaupun tak jauh beza dengan negara sendiri. Nak berkomunikasi pun terpikir-pikir lagi perkataan yang sesuai. Selesai satu aktiviti, bermulalah aktiviti lawatan kami. 1st destination, Ladang Tapos di Bogor yang mana kami melawat ladang lembu. Lembu kat Tapos kalo nak dibandingkan dengan lembu di Malaysia, fuhh jauh jugak bezanya. Aku terkejut sekejap masa tengok saiz lembu-lembu tu. Selesai melawat dalam jam 3ptg, aku dah mula rasa tak selesa sebab still belum dapat mandi. Bau lembu pun dah melekat kat baju. Dari Bogor, kami teruskan perjalanan ke Bandung pulak melalui Punchak. Berhenti sekejap kat Punchak, hari mula nak hujan. Dengan cuaca sejuk kat atas Punchak tu memang cepat-cepat cari sweater. Punchak tu lebih kurang Cameron Highland jugak la, suhu rendah, kiri kanan bukit penuh ladang teh. Lebih kurang jam 9 mlm, kami selamat tiba di Bandung dan terus ke local restaurant untuk dinner. Turun-turun je bas, kami diserbu oleh penjual-penjual jalanan yang jual bermacam jenis souvenir. Untuk dinner, kami makan makanan sunda pulak sambil dijamu nyanyian karaoke lagu-lagu dangdut. Selesai makan, terus ke hotel. Kami check in di Naval Hotel. Masuk je bilik terus serbu katil nak rehatkan badan dan tulang-tulang yang dah naik kematu seharian dalam perjalanan. Dapat pulak mandi lepas seharian tak mandi, lagi lah rasa nikmat. Lepas mandi, cecah je kepala kat bantal memang terus lena. Charge energy untuk aktiviti esoknya.

 

2nd day di Indonesia. Kami masih di Bandung. Lepas breakfast kat hotel, kami ke Balai Penelitian Tanaman dan Sayuran (BALITSA) untuk melihat aktiviti pertanian di sana. Kami diberi taklimat dan seterusnya bersoal-jawab dengan pegawai-pegawai BALITSA. Selepas sesi bersoal jawab, kami dibawa melawat kawasan tanaman dan sayuran. Cantik sangat environment kat sana dan tanaman pun sangat subur. BALITSA ni berdekatan dengan salah satu kawasan gunung berapi di Indonesia dan ini menyebabkan tanah di sana subur dan sesuai untuk aktiviti bercucuk tanam. Selesai di BALITSA, kami lunch masakan padang lagi sebelum ke Pasar Baru. Kami para wanita memang makan sungguh-sungguh nak isi tenaga sebab aktiviti seterusnya memang memerlukan tenaga yang banyak :D Tiba di Pasar Baru, masing-masing berpecah. Pasar Baru ni memang sangat terkenal sebagai tempat membeli belah pakaian, kain pasang, sarung, tudung, telekung, dan merupakan tarikan utama kaum-kaum ibu. Bangunan Pasar Baru ni sangat besar dan kami cuma diberi masa selama 3jam untuk shopping. Aku dengan mak cepat-cepat membeli apa yang patut. Seronok sebenarnya bargain kat sana. Dari harga asal yang peniaga letak, kami cuba bargain harga serendahnya. Hasilnya banyak jugak kain pasang dan telekung yang dapat diborong sampai tak cukup tangan. Kaki aku masa tu memang dah letih ikut mak. 1st time aku tengok mak aku tersangat excited shopping. Maybe sebab abah takde kot, kalo ada abah memang terbatas sikit langkah kami. Hehe. Selesai di Pasar Baru, kami ke Jalan Riau pulak, shopping di factory outlet. Ni masa para lelaki pulak shopping baju dan seluar. Kaki yang dah sedia letih ni bertambah letih bila masuk satu persatu factory outlet untuk belikan abang seluar jeans. Akhirnya jumpa jugak jeans Levi’s dengan harga yang sangat reasonable. Aku pulak sempat beli kemeja panjang. Then, aku cuma duduk tunggu mak aku pusing-pusing dalam factory outlet tu sebab aku dah tersangat letih nak berjalan. Selesai shopping, kami dinner seafood pulak sebelum balik hotel. Dah balik hotel, masing-masing buat aktiviti sendiri. Kak sal dengan kak fiza siap panggil service mengurut kt bilik hotel. Aku tak terpikir langsung nak panggil orang datang urut. Charge pun murah. Memang rasa rugi tiba-tiba. Aku duduk kat bilik layan sinetron, mak pulak pack barang-barang yang shopping tadi dalam luggage. Tapi bila kaki dan mata dah letih, alih-alih layan sinetron dalam mimpi la pulak.


3rd day di Indonesia. Awal pagi lepas breakfast, kami check out untuk ke Jakarta. Dari Bandung ke Jakarta memakan masa lebih kurang 3 jam. Destinasi seterusnya, ke Taman Mekarsari yang terkenal dengan pelbagai jenis buah-buahan. Kami dibawa melawat sekitar taman dengan menaiki kereta api. Taman Mekarsari ni memang sangat besar dan cantik. Macam-macam jenis buah ada. Yang uniknya, banyak buah-buahan ni dikacukkan antara satu sama lain. Dari Taman Mekarsari, kami menuju ke ITC Chempaka Mas pulak. Shopping mall ni sangatlah besar, potensi untuk sesat memang tinggi. Aku, mak, kak bai, cik as, jalan sekumpulan. Kat sini macam-macam jugak dijual. Mak belikan abah tali pinggang kulit. Aku belikan kain pasang yang Alia kirim. Kat tangan ada baki duit lagi 1,500,000rp. Ikut hati memang macam-macam lagi aku nak beli, tapi memikirkan luggage yang dah penuh sepenuhnya tu, cancel niat. Lepas shopping, kami dinner kat warung yang bertaraf hotel. Hehe. Kemudian, terus check in di Trinity Hotel untuk rehat di malam terakhir. Kat bilik, aku dengan mak sumbat lagi luggage dengan barang-barang yang beli di Chempaka Mas tadi. Penuh 2 beg besar dengan baju-baju kami dan barang-barang shopping. Tak cukup tu, hand carry mak pun penuh. Siap packaging, layan sinetron lagi sebelum tido.



Last day. Awal pagi lepas breakfast, kami check out. Masing-masing bawak turun luggage yang dah beranak-pinak. Yang dari 1 beg, beranak ke 2 beg. Travel agent tu siap prepare extra name tag dah untuk extra bag tu. Memang bagus travel agent ni. Dah check out, kami ke destinasi lawatan terakhir iaitu Monumen Nasional Negara (MONAS) yang terletak kat tengah kota Jakarta. Masa untuk snap pics. Then kami naik menara tu untuk tengok Bandar Jakarta dari atas menara. Memang best. Tapi kecik je kawasan atas tu. Ada macam menara Alor Setar jugak la. Dekat 2jam jugak habiskan masa kat situ. Then, sebelum ke Airport, kami singgah di Thamrin City untuk last minute shopping. Tahmrin City ni lagi besar dari ITC Chempaka Mas. Yang dijual pun lebih kurang macam barang-barang kat Pasar Baru. Aku dengan mak jalan berdua, terpisah dengan Kak Bai dan Cik As. Kat Tamrin, kami shopping telekung untuk sedara mara and kemeja muslim untuk abah. Lagi, untuk habiskan duit yang berbaki 1,300,000rp, aku beli baju ala-ala punjabi untuk aku, pikah dan manja, then body mist. Tak lupa jugak hand carry sebab luggage dah penuh. Selesai shopping, kami singgah pulak lunch. Nasi padang lagi. 4 hari berturut makan nasi padang memang dah tak selera. Tekak ni dah tak mampu terima. Sudahnya makan nasi kosong je. Masa tu memang starving masakan kampung kita dah. Kat kepala dah terbayang-bayang sambal belacan, sambal tempoyak, rendang, kari, fuhhh. 


Jam 4ptg waktu Indonesia, kami dah tiba di Airport and check in luggage. Mula-mula tu risau je kalau berat luggage tu melebihi yang kami dah bayar. Tapi selamatlah still ada lebih 80kg. Sebelum masuk balai menunggu, masing-masing ucap terima kasih kat Pak Adi juga 2 lagi kakitangan Ranah Wisata Travel & Tour yang mengatur aktiviti dan membawa kami semua sepanjang 4 hari di Indonesia. Service dorang memang the best. Lepas ni kalo nak buat rombongan or bercuti kat Indonesia, I’m fully recommend this travel agent. Sangat-sangat berpuas hati.


Sementara tunggu flight jam 6.30ptg waktu Indonesia, kami minum-minum dulu. Then, kami dimaklumkan flight delay by 2 hours sebab cuaca teruk. Jenuh la kami bertapa, nasib la disediakan makanan untuk penumpang-penumpang flight delay ni. Makanan dia not bad la, asalkan bukan nasi padang lagi. Hehe. Jam 8.30mlm baru kami boarding and take off tepat jam 9mlm waktu Indonesia. Kali ni aku dapat duduk tepi tingkap. Cantik sangat dapat tengok lampu-lampu kat Bandar Jakarta. Sekali pandang macam larva gunung berapi pon ada. Baru kira-kira nak tido, stewardess datang bawakkan dinner. Makan lagi. Kali ni nasi goreng sate pulak. Selera dah mati masa tu, pikir nak tido je. Makan pun ala kadar je.

Kami selamat tiba di LCCT, jam 11.40malam. Selesai check in dan check imigresen, selamat tak kena tahan masa dok scan beg tu. Ada antara kami yang kena tahan sebab imigresen detect satu beg tu penuh dengan barang-barang baru yang beli kat Indon. Satu tips nak dikongsi ni yer, kalo korang rasa korang banyak sangat barang shopping, sila tanggalkan plastik-plastik yang bungkus barang-barang tu or kalo taknak tanggalkan, do split those things into different luggage. Jangan letak semua barang-barang shopping tu dalam satu luggage sebab boleh detect. If letak barang-barang tu into differents luggage, tak la nampak banyak sangat barang yang dibeli. Kami ni nasiblah tak letakkan barang-barang dalam satu beg yang sama. Kiranya campur la barang yang baru beli dengan baju-baju yang kami bawak. So, jangan letak barang-barang baru dalam satu beg yer, nanti tak pasal-pasal kena bayar tax mahal. Dannnn, dari pengalaman aku masa tu la kan, masa lalu kat imigresen tu, depa akan perati je kita ni, kalo yang dok bawak satu luggage je depa bagi lepas, kalo yang bawak 2-3 luggage ni yang depa tahan and kasi scan itu luggage. Aku pulak masa tu bukan bawak satu luggage, tapi siap tolak troli kot dengan 4 luggage sebab kak bai tumpang letak kat troli. Tapi bukan semua luggage tu kena scan, ada yang selected je.

Kat luar, driver office dah tunggu. Loading barang-barang dalam van, then masuk tido atas van. Untungnya aku sebab dalam van yang boleh muatkan 10 orang tu, cuma ada 6 je penumpangnya. Aku ambik seat paling belakang, boleh tido melunjur. Haha, buruk perangai. Nasib la waktu malam, so tak nampak sangat. Kami semua selamat tiba di Ipoh jam 3.30pagi. Abg zaidi bawak van punya la laju. Mentang-mentang la van baru, sakan dia drift. Sedar-sedar dah sampai. Ke aku yang tido mati? Hehe. Dari Ipoh, kami gerak balik ke Kuala Kangsar pulak naik kereta Kak Salina. Alhamdulillah selamat jugak sampai rumah jam 5pagi. Terus tuju ke katil. Cover balik tido sampai tengahari. Sekian :D

July 19, 2012

END OF 5th SEMESTER

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah, i'm done with my fifth semester and next 2 weeks i'll start with practical training. Lega rasanya dah habis final exam. Masa last paper ahad lepas, as soon as ketua pengawas peperiksaan announce that masa menjawab dah tamat, i just can't stop smiling. Lega yang teramat sangat. And overall, i think i did my very best for each paper that i took. 1st time rasanya stay up sampai 4-5 pagi sebab buat revision. Kalo previous semesters, paling kuat pun aku mampu tahan sampai 2pagi. And Alhamdulillah aku puas hati menjawab exam semester akhir ni. 

Habis je paper, i had lunch with all classmates for the last time. Petang tu jugak, my housemate merangkap my roommate, Mas, went back to Penang. Sedihhhhh. Lepas Maghrib, me with the other housemates = Ina, Camy & Kak Nad lari ke Lumut. We stayed at Lumut Valley Resort Condominium. Betul-betul menghadap laut, kena angin laut malam-malam memang syok habis.


The next morning, kami jalan2 pekan Lumut and Teluk Batik. Ohhh, kak nad belanja
kami makan seafood = ikan kerapu sweet sour yang besar gedabak + tomyam campur. Terharu tau, kak nad suka belanja kami makan bila kami pegi sana, and actually we didn't pay a single cent for tempat penginapan tu sebab it belongs to family kak nad. Kak nad kata, tu family dia jadikan rumah tetamu.



Dah puas jalan-jalan, kami pulang la ke Seri Iskandar since my parents nak datang ambil barang-barang aku yang melambak tu kat rumah sewa. Malam tu pulak kami dinner for the last time as housemates and then clear kan rumah sewa. The next day, masing-masing balik ke kampung halaman masing-masing. Sedih memang la sedih, tapi berpisah sekarang bukan bermakna dah tak dapat contact each other kan.

Ok, will be continued to the next entry ~

July 10, 2012

BM223/5B Family Picture

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

First thing first, jangan ditanya kenapa lately memang asyik update pasal UiTM saje. This is my final year okeh, so many things i would love to share here.

Hari ni aku still dalam mode exam week since ada lagi 2 paper, eh 2 Killer Papers yang menunggu sebelum aku dapat tarik nafas lega menamatkan kehidupan di kampus sebagai degree student. I'll be missing my campus life. Early August, i'll undergo my practical training until mid of December, InsyaaAllah.

3 semesters i've been in UiTM Seri Iskandar with my classmates yang awesome. Actually baru last semester ni yang agak rapat hinggakan ada yang cemburu dengan unity yang kami ada yang takda kat kelas-kelas lain. The first 2 semesters ksmi masih dalam proses mengenali dan cuba adapt dengan perangai masing-masing. 

So here i attached pictures of my BM223/5B family. There should be 13 girls and 7 boys in this picture tapi 2 of the girls got other commitment so tak dapat join the group photo session. Actually that day our class is having sesi fotografi sempena hari terakhir kuliah + preparing some video untuk our HASTA nanti. Tapi hari ni cukup la letak 2 gambar dulu :)



June 16, 2012

Farewell Dinner

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Date: 6th June 2012
Event: MAJLIS PERPISAHAN & PRA GRADUAN PPSM SEMESTER 5

Sebak je hati bila tengok tajuk event. Sedar tak sedar, dah nak berakhir dah semester terakhir kat kampus. Semester depan dah start praktikal. Banyak pahit manis sepanjang 3 semester kat UiTM SI ni. 

Ok, bukan nak cerita pasal tu, ni nak cerita pasal Majlis Perpisahan & Pra Graduan Pelajar-Pelajar Sumber Manusia Semester 5 UiTM SI atau lebih dikenali dengan program FAREWELL DINNER. Event ni  juniors HR yang anjurkan a.k.a freshie specially untuk seniors part 5. Ye, aku dulu pon masa freshie kena conduct event ni untuk seniors. So, sekarang turn batch aku pulak untuk diraikan.

Temanya Beauty & the Geek. Tapi aku tak tau baju apa nak pakai. Memang tak prepare apa langsung. Sampai la petang sebelum majlis tu, aku robek-robek almari baju untuk cari baju yang sesuai. Memang tak da. Semua baju aku biasa-biasa je which is semua shirts and seluar jeans. Then, pakat-pakat dengan housemates geledah wardrobe masing-masing untuk mix and match baju. Hasilnya? Ok, kat bawah tu ada gambar. Muka pon tak meriah dengan warna-warna. Pergi majlis dengan baju dan muka yang seadanya :P

Masa mula diarak masuk dewan pun dah rasa terharu + sebak. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Head of Faculty, then wakil pelajar part 5. Lepas tu ada tayangan montaj gambar-gambar kami and ada video amanat dari Head of Faculty and Coordinator. Yang lainnya ok. Ada games antara lecturers and students, ada cabutan nombor bertuah, persembahan pelajar, juga tak terkecuali persembahan dari kami seniors. Then, snap pic here and there untuk kenang-kenangan.


June 14, 2012

Seminar IR @ KL

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Date: 5th June 2012
Venue: Menara Yayasan Tun Razak, Jln Bukit Bintang, KL
Activity: Dialog Tripartite Isu-isu Perhubungan Perusahaan

1st day of class after break cuti Hari Gawai. Memang busy sebab tinggal lagi 3 minggu before final exam starts. Semua assignments mengejar hari untuk di submit dan presentation pun berderet. Belum kira TEST 2 lagi. Fortunately, class pagi yang 3jam cancelled sebab lecturer meeting. Then, class at 10am berjalan macam biasa. Sampai je class received information dari classmate yang mana the next day which is 5th of June kami semua kena pegi KL. Atas sebab apa dan kenapa, memang menjadi tanda tanya. Yang tahu, ni arahan dari lecturer. Curious kot sebab last minute dapat tau dengan banyak keje lagi nak siapkan. But then, me and 2 classmates pegi jumpa lecturer tanya pasal benda MISTERI tu. Baru tau sebenarnya it is an IR Seminar and they just need 20 students to join. Memandangkan my class memang cukup-cukup 20orang, so kami jadi INSAN-INSAN TERPILIH untuk pegi program tu dan tinggalkan sebentar kerja-kerja yang melambak kat SERI ISKANDAR TERCINTA.

Esok sebelum subuh, tepat 4.45pagi, aku and housemates dah terpacak tunggu kat depan foyer FSPU. Tengok-tengok takda sorang manusia pun lagi yang datang. Lagi la cuak. Rupanya kami yang paling awal sampai. Punya la semangat sampai awal sebab risau OMY and Madam K dah sampai dulu. Baru tau yang lecturer pengiring tunggu kat tempat laen. Tepat 5.30am, bergerak la kami dari UiTM dengan bas. Masing-masing terus tido as soon as amik seat. Pukul 6.50am berhenti sekejap kat R& Tapah untuk solat subuh + breakfast. 

Suppose program yang kitorang nak attend ni starts at 8.30am, tapi kitorang sesat kat dalam KL. Almost 10am baru sampai kat tempat dituju. Masuk-masuk je dewan ceramah, tengok Timbalan Menteri Sumber Manusia tengah berucap. Terus amik seat masing-masing and kusyuk dengar taklimat.

Overall, memang best program ni sebab ia membahaskan isu-isu dalam Industrial Relations. Masa sesi dialog, punya la berbut nak tanya soalan. Yang tanya tu pulak bukan calang-calang orang, pakat semua presidents union. Kagum sekejap. Banyak info yang aku and kawan-kawan dapat sepanjang program ni terutamanya antara masalah-masalah yang kerap timbul di tempat kerja antara majikan dan union dan pandangan serta penyelesaian dari wakil-wakil pihak kementerian. Apa yang keliru dah pun clear. Dan masanya pulak untuk gerak balik.

Masuk bas, sekali lagi semua pakat tido. hehe, penat sangat agaknya. Badan lenguh-lenguh sebab lama sangat duduk atas bas. 


February 20, 2012

Assessment for HRD

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Disebabkan terlampau bosan, so tadi dok robek-robek la folder album. Then, i found this one folder yang aku copy from my classmate. Baru teringat aku ada copy semua gambar masa one activity yang our class handle last semester. 

Nama program tu Program Pemantapan Etika dan Disiplin Pekerja. Actually this program is under one of my course assessment. HRD - Human Resource Development. Yeah, throughout the semester aku belajar how to develop employees' and the essence of training. So, kemuncaknya, kena la apply to this program which my class kena conduct a training program for UiTM staff. Thus, we chose staff dari HEA. And due to lack of expertise untuk train orang yang lagi berusia dari kami, so we invited 2 orang penceramah which is sorang pensyarah dari UiTM sendiri and sorang lagi Pengurus Operasi Negeri, Posmel, Pos Malaysia Perak.

Sebagai Biro Protokol, kerja aku jadi MC sepanjang program tu. And Alhamdulillah program tu selesai jugak even ada banyak masalah. But, kami jadikan itu sebagai pengajaran untuk lebih berjaya dalam program2 akan datang, as a student our responsibility is to learn and this would be one of the lesson for us to upgrade our experiences and skills. 


*Naik semester baru ni will be my last semester before undergo practical. Thus, akan banyak lagi event & program -___-