May 12, 2013

Responsibility

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Berakhir sudah PRU13 Malaysia pada 5 May yang lepas. Dah diketahui umum parti mana yang dapat membentuk kerajaan. Alhamdulillah. Okay, ni bukan nak cerita pasal ketidakpuasan hati dengan result PRU, even sampai harini tak habis2 lagi cerita pasal PRU kat laman FB tu. Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Setiap hari, still ada je yang update berkenaan PRU walaupun dah seminggu pun berlalu. Bukan aku tak ambik peduli pasal apa yang terjadi, aku tak kisah pun parti mana yang membentuk kerajaan asalkan biar adil dan telus. Aku doakan yang baik-baik je untuk Malaysia tercinta kita ni.

Aku cuma nak kongsi rasa teruja sebab this is the 1st time aku mengundi. Awal-awal dulu aku dah mendaftar, rasanya 2 tahun lepas kot, masa tu umur pun baru cukup 21 terus semangat pi pejabat pos nak daftar mengundi. Disebabkan rasa excited tu, awal-awal pagi on 5th may aku dah bangun, tapi tak dapat nak atasi rasa excited abang aku, seawal pukul 8pg dia dah keluar rumah pi tempat mengundi. Ohh dia mengundi di Taman Bunga Raya since dia tak tukar alamat dalam IC lagi. Aku pulak mengundi di Padang Rengas, belakang masjid tu.

Dah siap-siap pagi tu, rasa nervous pulak. Bukan sebab apa, tapi sebab takda kawan nak ajak pegi sama. hahaha. Abah aku mengundi kat tempat lain. Aku je yang tercampak kat pekan Padang Rengas. Puas roger sana-sini, jumpa pun kawan satu tempat mengundi. Dalam pukul 10pg, aku gerak ke tempat mengundi dengan Wan. Nasib kami baik, masa sampai tu memang tak ramai orang pun. Lepas park kereta, terus amik slip nombor dari pegawai bertugas tu. Tak payah nak kalut beratur, lebih kurang 5 minit je dah settle mengundi. haaa kan seronok tu. Smooth sangat proses mengundi ni.

Balik dari mengundi, aku kena gerak ke Kuala Kurau pulak. Abah suruh aku bawak mak balik mengundi kat kampung. Sepanjang perjalanan tu memang happening. Asal lalu je kat kawasan mengundi, semua kereta seronok main hon, kiranya bagi sokongan la kat kumpulan penyokong parti kat situ. Puas la aku main hon haritu. Meriahnya pilihan raya ni melebihi meriahnya sambutan hari raya. And i'm waiting for the next general election. Peace!


Pilihanraya dah habis, seeloknya kita bersalaman bermaaf-maafan, tak perlu ada yang bermasam muka dah. Kata 1 Malaysia kan :)