January 31, 2015

Short Getaway to Langkawi Island, Kedah (PART 1)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Destination : Pulau Langkawi, Kedah
Date : 23 - 25 January 2015



Betul la kata orang, kalau dengan kawan-kawan ni tak payah nak plan beria kalau nak ajak bercuti. Memang la ada jenis geng yang memang nak plan betul-betul in details bila nak vacation kat mana-mana untuk elak kelam-kabut. Tapi bagi geng aku rasanya adhoc punya plan ni lagi efektif kot? heheee

Ok, nak dijadikan cerita. Sebenarnya dah lama plan dengan geng nak pegi bercuti sama-sama. Tapi macam yang dikatakan la, bila dah plan beria, alih-alih last minute nanti ada je la perkara yang menghalang. Nak buat macam mana kan.... So, trip kali ni memang simple je. Dari mana datang idea pun tak sure, tapi a week before tu saja-saja sembang dengan geng kat whatsapp group, and ada one of us yang mention pasal trip ke Langkawi. Yang lain pulak setuju. Decide untuk stay 3hari 2malam dari Jumaat - Ahad. Semua excited. Excited tu bukan sebab tak pernah pergi Langkawi, tapi excited sebab this would be out 1st vacation sama-sama. The next morning, masuk je office aku pun cepat-cepat apply cuti and on the spot dapat approval. hehehe. So aku confirm. Lyana & Safara tengah further Master so takde masalah cuti sebab tengah tak busy dengan projek. Raja pulak tengah cuti sem. Mulanya ingat Raja tak dapat join. Yelah, dia nak kawen dah kot within a month, tapi parents dia lepas jugak. Last fling before the ring gituu. Kira boleh jadi bacheloratte party la ni untuk Raja. Hahah. Tikan pun on. Once semua dah confirm, aku terus google tempat penginapan kat sana. Tengok kat Agoda ada insider deal di Simfoni Resort Langkawi. RM 308.00 / 2 nights untuk 2 bedroom apartment include breakfast. Bila tanya dengan geng, semua setuju. So, BOOKED !

Untuk pengangkutan, aku minta pinjam CRV abah sebab bonet besar. Boleh sumbat segala beg-beg kami. Harap 'celuih' la semua. A day before pergi tu, adik aku balik cuti sem. Dia pulak nak ikut. Aku dah pening, macam mana nak sumbat masuk kereta. Plan asal cuma 5 orang je. Aku - Lyana - Raja - Safara - Tikan. Memang just nice la naik CRV. Tapi ni dah 6 orang. Tawakkal je la. Bila bincang balik dengan geng, semua ok.

Ok, sambung next entry. Daaaa!