In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful
Day 2
Jam 7 pagi, kami bersiap untuk aktiviti harini. Ikut perancangan kami nak ke Pasar Baru, Rumah Mode, dan Factory Outlets. Kami breakfast dulu di hotel. Cadangnya, nak ke Pasar Baru naik Angkutan Kota (Angkot) je. Jimat. So kami cuba tahan angkot kat bawah hotel. Ni gamble je kot. Hentam je la, janji sampai Pasar Baru. 2-3 kali kami tahan angkot tapi takde yang nak ke Pasar Baru. Tak lama kami tunggu, ada satu angkot tu berhenti depan kami dan tanya nak ke mana. Kebetulan memang angkot ni nak ke Pasar Baru. legaaaaa. Dalam setengah jam perjalanan kami sampai di Pasar Baru. Bayar 20,000 rupiah untuk 3 orang. Murah weiiii, baru RM6 kalo convert ke RM. Kalo naik cab mau kena kekah sampai RM30++. Dalam perjalanan pulak ada pengamen yg hop on angkot dan nyanyi sambil main gitar, suara fuhhh semua stok ariel peter pan 😉
Masa kami sampai Pasar Baru, baru jam 8.30 pagi.. Kedai pun banyak belum bukak lagi. Pusing-pusing la kami sementara tunggu kedai bukak. Mula-mula kami cari kedai kain untuk kain baju nikah abg & fieza. Rambang mata tengok lace cantik-cantik dan murah-murah. Dari satu kedai ke satu kedai kami terjah. Lama jugak kami cari kain. Bukan cerewet, tapi nak cari yang boleh siap jahit terus. Tapi jahit untuk baju melayu abg je. Boleh siap dalam 1 hari dan depa boleh hantar terus ke hotel bila siap. Cuma untuk baju fieza, tak berani nak bagi depa jahit, kot nanti tak selesa ke. So better beli kain dan lace then hantar kat tailor yang dah biasa.
Settle baju nikah, perut pun dah lapar balik. Kami naik ke floor atas sekali. Ada foodcourt. Pusing-pusing dan aim dulu nak makan apa. Tak boleh main pegi je terus, memang kena kerumun la dengan pekerja-pekerja gerai kat situ. Dah setuju, kami ke kedai makanan sunda. Ada ikan gurame wehh. Sedap! Boleh request nak ikan tu bakar or goreng. Kami mintak yang goreng, buat sweet sour. Serious memang sedap kuah sweet sour dia. Set yang kami makan ni ada ikan, sayur-sayur yang berapa jenis entah, ulam, sambal, dengan air alpokat, semua sekali 120,000 rupiah. Sambil makan sambil interview peniaga tu lagi. Peramah orangnya.
Kemudian, baru proceed shopping untuk yang lain-lain. Aku takde nak beli sangat untuk aku. Baju untuk kenduri pun pikah dah beli sebelum ni. Aku beli kain pasang untuk raya nanti untuk aku-mak-pikah dan mak-mak sedara yang kirim. Dalam takda apa nak beli tu pun dekat 1juta rupiah jugak aku habis. Can't resist to buy kain-kain pasang yang cantik-cantik. Well, perempuan tetap perempuan.
Penuh kiri kanan tangan dengan beg plastik. Nak direct pegi tempat lain macam susah pulak dengan beg plastik banyak. Kami decide balik hotel dulu. Tapi balik ni kami tak bernasib baik sangat. Susah nak dapat angkot yang nak ke Jalan Cihampelas. Tanya punya tanya, ada satu angkot ni boleh bawak kami balik hotel, tapi kami kena sewa satu angkot tu dengan bayaran 70,000 rupiah. Triple kot dari yang kami bayar masa datang pagi tadi. Tapi sebab dah malas nak bersesak depan Pasar Baru tu, kami ambil je angkot tu.
Sampai hotel, rehat sekejap, hari pun dah petang. Tak boleh nak pegi jalan jauh dah. Risau malam kot susah nak dapat angkot. Kami pegi Rumah Mode je. Tak jauh pun, jalan kaki dari hotel pun boleh sampai. Kat Rumah Mode takda beli apa pun, cuci mata je. Ala, barang standard butik, mahal la sikit dari tempat lain. Kami try bakso kat sini. Not bad !
Lepas maghrib, kami keluar ke CiWalk lagi. Kali ni baru nak shopping. Aku beli tshirt untuk adik-adik sepupu. Balik hotel tu memang dah terhincut-hincut kaki ni berjalan. Sakit memang sakit, tapi nak shopping punya pasal, kuatkan jugak la. Sampai hotel, cuba siram kaki dengan air panas water heater. Huishh berdenyut-denyut kaki.