January 14, 2018

Trip to Ho Chi Minh (PART 4)

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


DELTA MEKONG 1 DAY TOUR


Jam 8 pagi, kami dah berkumpul depan Bismillah Tours. Tour ni diketuai oleh sorang tour guide yg berbahasa inggeris campur-campur melayu sikit. Dia gelar diri dia Mawi. Tang mana yg mawi tu aku tak sure. Rombongan ni ada lebih kurang 25 org yg mana lebih kurang 3/4 adalah Malaysian. Bas yg disediakan adalah bas aircond dan siap ada wifi dlm bas. Perjalanan ke Delta Mekong makan masa lebih kurang 2 jam. Dinasihatkan sarapan pagi terlebih dahulu supaya tak kebulur nanti. Satu jam pertama perjalanan, si Mawi ni cerita la serba sedikit  pasal sejarah Delta Mekong, tak kurang jugak dia kasi tips dan nasihat untuk elak kena tipu oleh penjaja dan pemandu teksi kat area ben thanh. Sejam kedua tu rasanya semua pun hanyut menyulam mimpi.


1st Stop - Souvenir Shop

Kami diberi masa 30 minit kat sini. Kedai souvenir ni terletak lebih kurang dalam jarak 5 minit dari jeti bot Delta Mekong. Kat sini ada dijual t-shirt, jubah, kasut sukan, handbag, bag, topi dan cenderahati. Harga rasanya lebih kurang dengan harga kat night market Ben Thanh. Kat sini kami cuci mata je sebab barang yang ada sama je boleh dapat kat area ben thanh.

2nd Stop - Jetty

Sampai di sini, kami terus naik bot. Sekali tengok cantik pulak bot-bot yang bawak pelancong ni, kerusi elok tersusun cantik, dengan langsir lagi keliling bot. Dalam bot ni dah disediakan air kelapa fresh untuk setiap org. Ambik la sorang sebijik, FOC. Ehh ni dah caj sekali dalam pakej ni. Memang refreshing dan feeling betul minum ayaq nyoq sambil kibar kibar shawl effect angin dalam bot. Sambil minum ayaq nyoq tu dengar la tour guide dok cerita pasal pulau-pulau kat sungai mekong ni. Memang banyak pulau yang kami lalu (unicorn, dragon, turtle, phoenix, etc)

3rd Stop - Coconut Candy Workshop

Kat sini kami ditunjukkan macam mana gula-gula kelapa dihasilkan. Bukan takat tunjuk je, dapat rasa jugak. Dan lastly mesti kena beli la kan? hahahh tapi kami tak beli pun sebab kurang minat gula-gula kelapa. Kalau bagi rasa free memang la tak tolak. Selain gula-gula kelapa, ada jugak dijual souvenir lain.


Selesai kat workshop gula-gula kelapa ni, kami naik kuda padi ke sebuah pasar tempatan. Tak ingat apa nama pasar tu. Ye, naik kuda padi/horse cart. Satu kuda tu boleh naik 5-6 org. Tak boleh lebih, kesian kuda tu semput nanti. Kat pasar ni kami semua tak cuci mata pun, cuma lalu je lorong-lorong dalam pasar sampai la ke jeti kat penghujung pasar. 



4th Stop - Bee Farm

Dari pasar, kami naik semula bot untuk ke bee farm. Kat bee farm, kami dapat rasa madu fresh dari sarang lebah. Siap korek pakai jari lagi. Memang sedap. Boleh bergambar jugak sambil pegang sarang lebah. Lepas tu kami dihidangkan dengan teh madu sambil promote segala kegunaan dan khasiat madu lebah dan royal jelly. Kat sini jugak ada ular sawa okay. Boleh selfie dengan ular sawa. Aku memang takkan la. Mau mengigau seminggu. Tengok pun dari jauh je.



Ok, sepatutnya lepas stop kat workshop gula-gula kelapa tu kami lunch dulu. Tapi memandangkan air sungai akan surut, kami postpone lunch dan teruskan aktiviti seterusnya. Kalau tak nanti tak sempat nak naik perahu. 

5th Stop - Kebun Buah-Buahan

Dari bee farm, kami berpecah 4 org sekumpulan untuk naik perahu pulak. Ni yg highlight pun dari mekong tour ni. Naik perahu dengan pakai topi dan feeling feeling ala local. Dari bee farm ke kebun buah, jarak lebih kurang 2 km. Memang tak jauh, tapi tengahari rembang wehh dok mendayung sampan dengan heavy traffic lagi. hahahh heavy traffic pun bolehhh. Tapi seriously, memang agak sesak waktu tu, maybe semua nak kejar masa naik sampan waktu tu. Tour guide inform yg waktu petang air akan surut, dan kalau nak dayung jugak, memang melekat la sampan ko kat tengah-tengah selut tu. Naik sampan ni kena bayar tips ye. Supposedly bayar lebih kurang RM2 sekepala, tapi masa tu takde duit kecik dong, aku campur je dgn RM. Entah berapa total aku bagi entah.




Sampai kat kebun buah mesti la dihidang buah kan. Banyak buah-buahan dihidangkan dalam piring-piring kecil. Tak cukup tu, telinga pun dihidangkan dengan nyanyian oleh orang local. Untuk nyanyian tu pun depa mintak tips ye. Disebabkan waktu dah agak lewat dan kami semua memang dah kebulur, memang lahap la makan buah. 




6th Stop - Lunch @ halal restaurant

Dari kebun buah, kami naik semula bot ke halal restaurant. Waktu masa ni lebih kurang jam 2.40 ptg. Memang masing-masing dah lapar. Kami singgah makan tengahari dan solat zohor kat sini. Sampai je memang makanan dah dihidang untuk group kami. Ada nasi putih, gulai ikan, telur dadar, sup, dan sayur. Makan tengahari ni dah include dalam pakej. 



Dah kenyang, kami naik semula bot untuk balik ke jeti. Di jeti, bas kami dah tunggu untuk gerak balik ke Ho Chi Minh City. Disebabkan penat, masing-masing tidur dalam bas. Tour guide pun tido. Nasib driver bas tak tidur sekali.

Last Stop - Kilang Pakaian

Ok last stop. Kalau ikut resit, nama tempat ni Danny's Shop. Area Binh Tan, Ho Chi Minh. Kat sini ada jual baju kurung, jubah, lace, blouse, telekung, dannn segala mak nenek tudung/shawl. Tapi sekarang kat sana tengah in shawl Duck dan Ariani. Memang banyak design. Tinggal nak bersila dan pilih je. Tapi aku tak beli pun sebab harga mahal sikit kalau compare dgn area Ben Thanh walaupun beli borong. So kat sini aku, mak & pikah just beli telekung. 

Around 5.30 ptg kami sampai semula di Malaysian Street. Masing-masing dah kepenatan. 

Overall, aku sangat recommend pakej tour dari Bismillah Tours ni. Harga pun berbaloi. Actually harga asal ialah VND 320,000 sekepala. Since kami book lebih dari 2 org, dapat VND 300,000 sekepala. Kalau nak private tour pun bolehhh. Kalau tak silap RM120 sekepala. Tapi bagi aku lagi syok pegi group ramai-ramai camni, meriah sikit. 

Okayyyy, next post please!



No comments: